CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebelum Al Fateh, bayi enam bulan Haura maut dibedung 6 jam

9-9-2024 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9539| Komen: 23

 


ALOR GAJAH – Kematian bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhamad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri akibat dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) Jumaat lalu turut berlaku melibatkan bayi perempuan berusia enam bulan dua tahu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, kejadian malang itu menimpa Haura Najia Mohd. Kamaruddin Helsa di sebuah taska di negeri ini pada 27 Oktober 2022.

Katanya, Haura bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat di hospital selama dua hari selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat dibedung kira-kira enam jam dan disumbatkan botol susu dalam keadaan mengiring.

“Kes Al Fateh ini sama dengan kes dua tahun lalu, ada kepincangan yang berlaku di setiap taska (terlibat) ini macam melepaskan batok di tangga dan adakah mereka (pengasuh) peka akan perbuatan salah itu?.


“Maknanya paling senang nak jaga, bedung bayi kemudian bagi susu dengan harapan bayi tak bergerak dan tidur sedangkan cara penjagaan begitu salah dan ini sudah kes kedua terjadi dengan cara kematian itu sama puncanya,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut beliau berkata, susulan dua kes kematian melibatkan kaedah asuhan yang salah, pihaknya akan memanggil semua penguasaha taska dalam masa terdekat untuk memberikan latihan intensif penjagaan.

“Kita akan panggil dan setiap pengasuh mereka akan diberikan latihan serta advokasi walaupun sebelum ini memang sudah ada garis panduan ditetapkan JKM yang perlu dipatuhi pengasuh.

“Kita akan banteras habis-habisan kerana saya tak mahu lagi ada kes ketiga dan seterusnya dengan modus operandi sama nak bagi budak senyap senang dijaga pengasuh bedung dan sumbat dengan botol susu,” tegasnya lagi.

Terdahulu, kejadian menimpa Haura turut tular di laman sosial pada 2022 apabila ibunya, Nurul Fateha Sandollah meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan taska yang sanggup membiarkan bayinya dalam keadaan dibedung selama enam jam.

“27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima pAnggilan daripada taska mengatakan Haura tidak sedarkan diri, saya segera ke taska dan dimaklumkan mereka telah bawa ke klinik berdekatan, dlm beberapa saat dimaklumkan bayi saya dibawa ke Hospital Melaka.

“Doktor memaklumkan haura datang (dihantar) dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24 minit CPR diberikan nadi ada semula namun terlalu lemah. Haura di intubasi dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan,” tulisnya.

Katanya lagi, suaminya telah berjumpa dengan pengasuh di taska dan dimaklumkan Haura telah dibedung penuh dan diberikan susu sebelum dibiarkan dalam keadaan mengiring.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 9-9-2024 01:19 PM
Jap..taska yg sama ke ni?

Quote honeybee1802 9-9-2024 01:21 PM
Makanya jgn le pengerosi asyik mesorat je...mesorat2 bior le ada hasil...buat training ke...penguatkuasaan seme tu...dpt le.staf kome meronda2 kan...
Quote SalenaGomez 9-9-2024 02:18 PM
Macam taska yg lain tapi di melaka juga

“ Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, kejadian malang itu menimpa Haura Najia Mohd. Kamaruddin Helsa di sebuah taska di negeri ini pada 27 Oktober 2022.”
Quote batmana 9-9-2024 02:24 PM
Mesti pengasuh taska di Melaka tu bermulut puaka agknya
Quote ekselen 9-9-2024 02:38 PM
bkn buat latihan...yg penguatkuasa ni kena pantau la selalu.. pastu kena selalu alert ngan aduan2 org ramai... bagi latihan byk mana pun kalo jenis mmg buat keja utk duit semata mmg jgn harap la diorg ni nk ikut undang2 bagai.. buat keja mcm melepaskan batuk di tangga je lah..
Quote Jikookie 9-9-2024 02:53 PM
Latihan tu satu hal. Satu lagi kena selalu buat pemeriksaan dan pemantauan. Banyak je taska yg melanggar peraturan tapi selalu 'selamat' dan akhirnya budak yg tak bersalah jadi mangsa. Banyak je kes melibatkan taska, kantoi dgn tak je.
Quote imanda 9-9-2024 03:13 PM
setiap taska kena ada mandor la selalu round dok sama2 dlm taska tu, selain dr cctv yg ada.
Quote Ciktiekus 9-9-2024 03:17 PM
Pengasuh2 taska ni kome g interviu dekat wad gila ke apa??memasing perangai lebih kepada kebinatangan..
Quote zanorba 9-9-2024 03:51 PM
Macam tak biasa pihak berkuasa kita - xda aduan, kerja x jalan. Semua tunggu aduan rakyat, takda aduan seolah tiada masalah - itu konsep kebanyakan mereka termasuklah majlis2 perbandaran. Mcm kes pusat asuhan tak berlesen ni - sama je. Bila ada kes baru tahu tak ada lesen, tak dapat kelulusan. Tanggungjawab kita agaknya sebagai rakyat/pengguna untuk check lesen bagai ni.
Quote Tiggybiru 9-9-2024 04:17 PM
Sebenarnya
Pengusaha taska tu sendiri kena screen pekerja dia
Nk dpt pekerja yg bagus dan jujur mmg susah
Tp kalau hg sendiri bg gaji tak cukup..mmg laaa mengundang
Quote Tiggybiru 9-9-2024 04:19 PM
Lagi satu apa ke gila taska ni semua tak berdaftar?
Asyik2 bila ada problem satg mula la jkm kata tak berdaftar
Why dont you guys wajibkan semua tadika/taska berdaftar before you guys bg dia kelulusan buka taska
Takda ka enforcer p melawat satu2 taska utk tgok ada kelulusan jkm atau tak
Ntah apa2
Benda ni dah berlaku dah berapa tahun dah dari zaman dinosaur lg
Quote hashashes 9-9-2024 04:58 PM
Meols pernah pergi kat taska yang jaga baby2 kecik
Kesian sangat bukan lah penjaga tu mendera ke apa
Tapi memang jaga sambil lewa je la sebab baby ramai kan, mana dan nak attend 1-1

Korang kalau ada baby, stretch la maternity leave tu selama mana yang boleh
Kalau kena juga hantar baby seawal 3 bulan ke taska, minta doa byk2 kat Allah semoga baby korang dijaga dengan elok
Quote talapia 9-9-2024 05:19 PM
teringat kata pengusaha taska anak2 aku dulu..
nak cari taska yg ok... salah satunya.. pengusahanya kena ada dan hands on dengan taska..
bukan datang ujung bulan kutip duit aje ke.. seminggu sekali.

sekarang ni strict jugakla utk guru2 taska... ada kursus.. ada kelayakan etc..
cikgu2 taska ada kursus2 khas pengendalian EBM, cara handle newborn..
and please alert.. di taska tak boleh ada buaian. itu salah satu syarat lesen kalau x silap. anak2 taska semua tido bergelimpangan atas mat

anak2 aku dulu.. yg besar2 tido atas portable cot sendiri2,
yg baby2 tido atas gym mat + tilam nipis.
tengok mcm kesian.. takde tilam gebu2.. takde buaian..
tapi untuk keselamatan..
Quote kaishi 9-9-2024 08:42 PM
pocongkiutss replied at 9-9-2024 01:19 PM
Jap..taska yg sama ke ni?

taska lain lain, tp jarak tak jauh mana.
Quote kaishi 9-9-2024 08:43 PM
batmana replied at 9-9-2024 02:24 PM
Mesti pengasuh taska di Melaka tu bermulut puaka agknya

terpaksa akui...

sbb dah lalui mcm2 kerenah pengasuh di melaka.
Quote Insomniac 9-9-2024 11:59 PM
Jkm tak pantau name yer.
Ade juga taska yang buat bisnes jaga budak sekolah transit. Baby menangis macam kena cekik. Budak2 sekolah main sekeliling kereta pengusaha taska yang diletakkan dalam garaj. Wtf
Quote fcl29 10-9-2024 12:33 AM
bendung tu xde masalah.. mmg baby perlu dibendung.. tp xtau la cane dorg handle.. biar aje ke lama2 tanpa pantauan..
pengasuh anak aku kata anak aku kene bendung, bg susu.. baru lena.. itu pon dah umo setahun lebih
Quote pocongkiutss 10-9-2024 12:41 AM
fcl29 replied at 10-9-2024 12:33 AM
bendung tu xde masalah.. mmg baby perlu dibendung.. tp xtau la cane dorg handle.. biar aje ke lama2  ...

Kalau budak dh boleh pusing2 badan tu bahaya bedung sebenarnya
Quote Tumpang-Sibok 10-9-2024 04:20 AM

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.198086 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top