CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 8 bulan maut selepas dihantar ke Taska - ‘Kami telah berkahwin selama 14 tahun, Al Fateh cahaya mata kami pertama selepas 13 tahun’

7-9-2024 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 84464| Komen: 271

 


ALOR GAJAH – Pasangan suami isteri tidak menyangka cahaya mata yang dinantikan mereka selama 13 tahun, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri, 8 bulan, maut selepas dihantar ke sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, dekat sini.

Menurut Mohd. Fikry Abdul Halim, 39, dia dan isteri Sabrina Hakiem Zaini, 39, masih terkejut dengan kejadian yang menimpa Al Fateh kerana pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan anaknya dapat membesar dalam keadaan selamat.

“Saya dan isteri tinggal berjauhan kerana saya bekerja di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur manakala Sabrina seorang guru di Melaka, jadi kami hanya berjumpa pada hujung minggu sahaja.

“Kami telah berkahwin selama 14 tahun dan Al Fateh ini adalah cahaya mata pertama kami selepas penantian selama 13 tahun.

“Memang tidak sangka perkara ini terjadi kerana isteri sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun bagi menjaga Al Fateh sehingga usianya sesuai dihantar kepada pengasuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, tadi.


Ujarnya, dia juga telah menyelidik beberapa buah taska berhampiran kediamannya sebelum menghantar Al Fateh dan dimaklumkan taska terlibat merupakan salah satu yang menyediakan perkhidmatan terbaik.

“Saya tidak percaya pengasuh taska itu sendiri telah bedung Al Fateh, sumbat botol susu, tutup dia dengan kain dan tekup menggunakan bantal.

“Saya harap benda ini diambil tindakan supaya tak jadi pada orang lain, benda ini tidak sepatutnya berlaku kerana saya ingat selama ini taska tersebut ada lesen sebab sudah beroperasi selama empat tahun. Selepas disiasat polis rupanya lesen pun tidak ada, itu yang saya terkilan,” ujarnya.

Tambahnya, meskipun keadaan luaran isterinya kelihatan stabil, namun dia bimbang dengan tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh pasangannya itu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 7-9-2024 09:43 AM
Ya Allah sedihnya..rupanya isteri dia siap amik cuti sethn...baby yg dihantar pun dah msk 8 bulan..kira regular dah waktu tidurnya baya ni...apa ke musibat pengasuh tu pi tekap dgn bantal?
Quote miss_perfect 7-9-2024 10:42 AM
Takziah. Kesiannya. Parents dah usaha yang terbaik, orang lain pulak yang bunuh. Gila ke pengasuh tu?
Quote dua_chzy 7-9-2024 10:45 AM
Berita ni buat aiol emo semalam.

Kenapa taska Melayu/pengasuh Melayu ni suka bunuh anak kecil?

Adakah pengasuh tipikal gundu bertudung malas bergerak sebab terlalu gemok so jaga anak orang dia buat macam jaga sampah?
Quote dua_chzy 7-9-2024 10:49 AM
Dalam artikel ni tak cerita detailed,

tapi artikel yang aiol baca semalam cerita camna baby ni masa dijumpai. Mulut berdarah, muka/badan dah biru, bila ibu dukung, dah lembik di pangkuan si ibu. Maksudnya dah mati. Pengasuh sumbat mulot dengan botol susu ka apa tah, tak silap aku, pehtu bior baring sendirian, tak cek.

Sial sangat la. Semoga kena 302 pengasuh sial sebegini. Apsal tak pernah jatuh 302 ya kes2 begini di tanahair? Memang niat nak kasik mati tu, bukan reti call ambulans/999 bila nampak baby dah biru. Pi call la pulak si mak, ambik anak dia. Tu pun ntah dah berapa lama budak tu gitu, baru kau call. Bodoh! Eh sial sial sial mudah2an anak kau mati sekor2 sebagai balasan!
Quote shuk_one 7-9-2024 10:57 AM
Eh celaka sungguh .. sanggup bunuh budak. Harap kena gantung 302.
Quote lasagnaklcc 7-9-2024 11:11 AM
Lain rasa bila jadi kat kwn sendiri

Sab & ekey, korang insan yg hebat
Quote edayildiz 7-9-2024 11:12 AM
kesiannyaa..jhtnyaa
Quote Suchi 7-9-2024 11:15 AM
Dah kenapa g tekup baby tu?

Besar betul ujian dorang harap takde la sedara mara gi salahkan si mak
13 tahun dah dia dipersalahkan sbb blm mengandung, ni kang dipersalahkan plak sbb tak jaga anak sendiri padahal dia pun dh amik cuti setahun.
Baby dh besar pun baru berani antar ke taska.
Quote kaoru44 7-9-2024 11:20 AM
comel bdk nya..kesiann[em:9:]..smoga mak ayh arwah kuat..
Quote sapeka 7-9-2024 11:30 AM
Edited by sapeka at 7-9-2024 11:32 AM

Berat dugaan pasangan ni
Semoga dipermudahkan urusan mereka
Allah sebaik perancang
Semoga hukuman setimpal bagi pelaku
Katanya pelaku pun ada 3 org anak
Mesti anak dia dia layan cincai
Diherdik2
Quote naina 7-9-2024 11:35 AM
Jahatnyaaaaaa!
Ko kenapa mental sangat sampai tekup2 budak tu
Gila ke?? Tak kesian kat mak bapaknya dah tunggu 13 tahun baru dapat 1 tu..ya Tuhannn. Semoga hukuman berat sebenarnya didunia dan akhirat.
Quote TeropongThaico 7-9-2024 11:37 AM
Allahuakhbar sebaknya baca berita ni. Apa le yg bermain dlm kepala hotak setan tu sampai sanggup buat gitu dkt baby

Ya Allah bglah kekuatan buat couple ni
Quote syamzana 7-9-2024 11:44 AM
ya Allah nape yg dibuat gitu baby tu.
mak tu baby sampai besar laa baru berani hantar taska ujung2 ko bunuh anak dia.
celaka hanat betina camni. sakit jiwa pengasuh ni?? leinkali p bunuh diri jgn dok bunuh anak org
Quote makita 7-9-2024 11:44 AM
Meols tak tahu nak describe mcmana. Ada org dia nampak baby (tak kisah anak sapa) terus rasa mcm gembira dan syg (wpon baby tu dia rasa tak comel)

Ada org, bila nampak baby, rasa nak lempang. Nak2 mangsa tu x mampu nak lawan balik. Meols x tahu nak describe org yg mcm ni. Tapi mmg ada org dewasa mcm ni. Kalau yg umo 4 5 tahun ke kan lagi dia nangis sbb kesakitan lgi org dewasa ni suka hempuk. Paling ringan pon maki2 buat kanak2 tu takut
Quote misc 7-9-2024 11:45 AM
Babi punya pengasuh. Jangan ckp ada mental problem. Kalau betul ada niat membunuh harap babi ni ke tali gantung
Quote Kangkung1M 7-9-2024 11:52 AM
Suchi replied at 6-9-2024 11:15 PM
Dah kenapa g tekup baby tu?

Besar betul ujian dorang harap takde la sedara mara gi salahkan si mak

Si pembunuh dah kena tahan.

[TikTok]7411735190592146689[/TikTok]
Quote dua_chzy 7-9-2024 11:54 AM
lasagnaklcc replied at 7-9-2024 03:11 AM
Lain rasa bila jadi kat kwn sendiri

Sab & ekey, korang insan yg hebat

Sending prayers to them.

Fight biar pengasuh tu masuk penjara seumur hidup!
Quote delia3003 7-9-2024 11:57 AM
Edited by delia3003 at 7-9-2024 12:01 PM

I baca berita ni pagi tadi pun emo je rasa. Kesian parents, 13 tahun tunggu sebelum dapat rezeki. Mak nye sanggup cuti tanpa gaji setahun sebab nak jaga anak sampai besar sikit. Baru 5 hari je hantar ke taska. Umur mak nye dah 39 tahun. Semoga ada rezeki untuk dapat anak lagi lepas ni. Berat dugaan pasangan ni.

Pengasuh umur 34 tahun, anak 3. Anak² pun mesti kecik² lagi. Malang sungguh budak² tu dapat mak macam ni.
Quote dua_chzy 7-9-2024 11:57 AM
Baru perasan ada rupanya mentioned, baby Fateh ni kena tekup mulut, muka ditutup kain.

Memang niat membunuh sangat ya!

Lihat semua komen(271)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066672 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top