Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai surat tular bagi menjawab pertanyaan status halal beberapa premis makanan. Katanya, untuk makluman, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim. “Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL Jakim, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang SPHM. Justeru, maklum balas yang disediakan oleh jabatan telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini tadi. Katanya, berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia juga mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. “Jabatan telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 pukul 11.36 malam iaitu hari sama diberi maklum balas atas pertanyaan diajukan. “Untuk makluman pengguna, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
mizruncing replied at 3-9-2024 12:17 PM
hurmmmm selalu makan wehhh acaner nak samak perut? tp lepas dapat tau dlu pasal johnys tu mmg ja ...
hasniey replied at 3-9-2024 12:27 PM
Baru je aritu brcerita dgn kawan lama xmkn johnny's dgn black canyon.suka tomyam kt sini.sedap.lagi ...
Orix replied at 3-9-2024 01:25 PM
kedai mamak takde halal jakim ummah tak bising pula ???? tak cite lagi psal kedai2 kelantan mek siam ...
ADVERTISEMENT