CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Untung bersih 99 Speed Mart melonjak kepada RM125.53 juta

3-9-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29999| Komen: 26

 


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 melonjak kepada RM125.53 juta daripada RM75.48 juta pada suku kedua 2023.

Keuntungan bersih yang lebih tinggi itu didorong oleh sumbangan jualan yang bertambah baik, pencapaian diskaun yang lebih baik dan kadar pendapatan operasi lain daripada pembekal, kata peruncit rantaian pasar mini tempatan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hasil juga meningkat 8.2 peratus kepada RM2.41 bilion daripada RM2.23 bilion sebelumnya, terutamanya oleh sumbangan positif daripada pengembangan cawangan.

"Kumpulan mempunyai penambahan bersih sebanyak 59 cawangan, menjadikan jumlah cawangan sebanyak 2,646 pada 30 Jun 2024.

"Terdapat juga impak positif daripada platform e-dagang jualan pukal yang dilancarkan secara rasmi pada Disember 2023, yang telah menyumbang kepada pendapatan tambahan kira-kira RM2.6 juta kepada kumpulan pada suku kedua 2024," kata 99 Speed Mart.


Sejajar dengan itu, jumlah urus niaga jualan meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada 113.8 juta urus niaga pada suku dalam tinjauan berbanding suku kedua 2023.

Dalam kenyataan berasingan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata keputusan yang kukuh telah mencerminkan daya tahan model perniagaannya.

"Prestasi kewangan yang kukuh menekankan komitmen kami untuk menyediakan kemudahan dan nilai yang lebih besar kepada pelanggan.

"Penyenaraian kami yang akan datang di Pasaran Utama Bursa Securities mewakili peristiwa penting bagi syarikat kerana kami terus memacu pertumbuhan yang mampan dan memberikan nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan," katanya.

Thiam Wah melahirkan rasa teruja tentang peluang baharu penyenaraian itu akan dibuka, yang akan membolehkan mereka mempercepatkan trajektori pertumbuhan.

"Hasil daripada penyenaraian akan digunakan secara strategik untuk mengembangkan kehadiran pasaran kami dan mengukuhkan kedudukan peneraju pasaran kami dalam industri pasar mini di Malaysia," tambahnya.

Penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Securities dijadualkan pada 9 September 2024, dengan permodalan pasaran kira-kira RM13.9 bilion berdasarkan harga runcit akhir RM1.65 dan modal sahamnya yang diperbesarkan sebanyak 8.4 bilion saham selepas penyenaraian .


Sumber – Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 3-9-2024 08:35 AM
Harap pantau supplier stokin ketat2.
Quote dua_chzy 3-9-2024 08:41 AM
Support Speedmart!
Quote nisako 3-9-2024 10:05 AM
wow
Quote Firenzza 3-9-2024 10:17 AM
Still untung lg tu wpun byk bukak cawangan baru
Quote Lolalala 3-9-2024 10:24 AM
Speedmart tempat aku ni, x dan diorg susun kat rak dah diambil orang. Hari lori sampai anta stok, suri rumah dah tunggu nak borong.
Quote tri-max 3-9-2024 10:25 AM
bangga org klang...

>
Our founder, Mr. Lee Thiam Wah opened a sundry store called Pasar Raya Hiap Hoe in Tepi Sungai, Klang — first foray into the retail grocery sector.
Quote supernaturalee 3-9-2024 11:50 AM
wicha je ha
bukan kaleng2 ya


Quote areyam 3-9-2024 12:32 PM
woww... kaya lah fonder... tak dapat dato' ke?

aku setakat ni macam wajib sekali sehari paling kurang... kadang2 4-5 kali sehari... kedai paling dekat dengan rumah... betul2 depan pagar taman....
Quote ninja boy 3-9-2024 12:49 PM
Zaman jib dulu ada kedai 1 malaysia
Quote Skuau 3-9-2024 12:51 PM
99 vs rm2.40
Quote haluz 3-9-2024 02:17 PM
Harap 9/9 ni merasa la 200%.. Dday IPO.
Quote venom1 3-9-2024 02:23 PM
ninja boy replied at 3-9-2024 12:49 PM
Zaman jib dulu ada kedai 1 malaysia

Masa tu Mydin yang banyak supply barang
Quote Weller 3-9-2024 03:02 PM
taman baru ada shoplot, sure 1 speedmart punya. huhuhu
Quote lipans 3-9-2024 03:20 PM
Untung la sapa dapat ipo sepitmart nextweek.
Quote fanaz82 3-9-2024 05:16 PM
speedmart sekarang banyak betul cawangan. setiap taman mesti ada satu cawangan.
mau nya tak untung.
Quote edoraixora 3-9-2024 05:26 PM
speedmart baru nak bukak kat area rumah aku....yeayyyy
kalau tak, yg terdekat 4km jaraknya
Quote bebulu 3-9-2024 06:34 PM
Nombor 99 betul2 ada ong maa
Quote azimodin 3-9-2024 08:13 PM
Kat area taman aku ni ada 2. Pergh, jarang tengok speedmart lengang waktu puncak (waktu lunch, waktu orang balik kerja, & waktu nak tutup). Aku suka beli susu farm fresh coklat dekat speemart, murah berbanding lotus dan seangkatan dengannya.
Kat rumah mak aku kampung ceruk2 pon dah ada speedmart. Lega sikit. Kalau x, stress bila mak suruh pergi kedai 4-5 kali petang raya sebab kedai paling dekat kena drive 15minit 1way dari rumah.
Quote cruz2 3-9-2024 08:20 PM
I suka beli roti dekat speedmart.
Roti cheese dgn coklat tu yg rm4.20 harga kat speedmart rm3.90/rm3.95 jer

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.071560 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top