CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Populasi rakyat Malaysia menurun kepada 1.6 anak setiap wanita

3-9-2024 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29222| Komen: 80

 

PETALING JAYA – Populasi kelahiran bagi setiap wanita di Malaysia pada tahun 2022 telah menurun kepada 1.6 iaitu jauh di bawah paras penggantian iaitu 2.1.

Public Health Malaysia (PHM) berkata, jumlah tersebut jauh berbeza berbanding pada tahun 1980 iaitu 4.9 anak per wanita.

Jelasnya, hanya penduduk di Terengganu, Kelantan, dan Pahang masih menghasilkan bayi yang mencukupi untuk mengekalkan populasi mereka dengan 2.5 anak per wanita.

“Negeri seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menunjukkan kadar kesuburan yang sangat rendah pada tahun 2022, dengan masing-masing 1.2 dan 1.4 anak per wanita,” kongsi PHM di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, PHM berkata, bilangan anak yang terlalu rendah boleh menyebabkan penurunan populasi.

Selain itu, ia menyebabkan peningkatan jumlah warga emas dan tekanan terhadap sistem sokongan sosial.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan semula dasar-dasar keluarga, sokongan kepada ibu bapa dan cara kita boleh mencipta persekitaran yang lebih mesra keluarga,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 3-9-2024 08:14 AM
I la tu salah sorang penyumbang data. Anak sorang je.
Quote Isninselasarabu 3-9-2024 08:16 AM
Sekolah tetap jugak penuh murid dalam kelas di bandar besar
Quote mejaputih 3-9-2024 08:18 AM
cuba check populasi pendatang asing negara kita
Quote Mrs.lara 3-9-2024 08:40 AM
impian sis mmg nak meramaikan umat msia. namun, dah 15 thn kwen belum ada rezeki.. sis reda..
Quote AbukRokok 3-9-2024 08:58 AM
xpe kita boleh je import bangla yindia pukistan rohingya memenuhkan tempat kosong dgn bangsa yg lebih berdaya saing malaydesh
Quote Suchi 3-9-2024 09:11 AM
Tp knp sekolah tetap padat melekat sampai tak cukup kelas padang pun dikorbankan
Quote green~tea 3-9-2024 09:30 AM
Yang rajin beranak puak2 B40 tu je lah...


Tp takpe.. kita mmg perlu tenaga2 buruh untuk buat keje kasar... takkan nak rely on pendatang asing plak
Quote syamzana 3-9-2024 09:33 AM
Suchi replied at 3-9-2024 09:11 AM
Tp knp sekolah tetap padat melekat sampai tak cukup kelas padang pun dikorbankan

eh betul la...awal bulan 8 p sek keb area rumah nak tnya psl reg sek anak darjah 1 kerani tu ckp cepat buat decision sbb kat sini cepat penuh (anak iols skrg baru 5 thn) i baru berkira2 nak reg keb/private kot nati anak intvw tak lepas
satu kelas dlm 35++
tang mana yg kurang anaknya. sek anak sedara iols kat melawati lagi la almost 40 pun ada drjah 2.
Quote nisako 3-9-2024 09:41 AM
ye ke kurang tapi kt sekolah penuh je tgk
Quote cm_vungtau 3-9-2024 09:43 AM
Anak sikit best la. Anak iols 2 orang, ni pun dah besar. Tunggu yang kecik masuk uni then yabedabedu
Quote ketambangkang 3-9-2024 10:26 AM
"anak kau brp org dh skrg?"

baru 1.6
Quote pokokmeranti 3-9-2024 10:31 AM
adakah berpunca dari kaum cina yg x mau anak ramai?
Quote silance 3-9-2024 10:42 AM
Edited by silance at 3-9-2024 10:52 AM

Kejadian dalam 12 tahun lepas, Satu sekolah ni, diluar pagar budak budak conteng tulis komplen pasal budak indon. Sebabnya sekolah tu memang ramai keturunan indon.
Quote nusaraya 3-9-2024 10:45 AM
Edited by nusaraya at 3-9-2024 10:50 AM
AbukRokok replied at 3-9-2024 08:58 AM
xpe kita boleh je import bangla yindia pukistan rohingya memenuhkan tempat kosong dgn bangsa yg lebi ...

Jika Melayunisasi "Gagal" atau "Dihentikan" ...Apakah perlu dilakukan proses "Banglanisasi" atau "Rohingyanisasi" terhadap  orang melayu yang masih "Tersisa" di masa hadapan ?
Quote asudau 3-9-2024 10:46 AM
Anak 2 seorang laki seorang perempuan, cukup le gitu
Quote gadis_tulip 3-9-2024 10:51 AM
Kami, generasi Millennials lebih prefer anak 2-3 saje memandangkan semua sekarang perlukan duit.

Kami juga prefer, quality anak dari quantity anak.
Quote ifanonline 3-9-2024 10:56 AM
bilangan andartu semakin bertambah, kajian pakar andartu tepat sekali
Quote yenil95 3-9-2024 11:00 AM
kat kampung iols satu darjah ada 1 kelas. 1 kelas 20 org.
So memang terpakai la artikel ni.

Tambah lagi ramai yang berumur 24 tahun ke atas belum berkahwin.
Quote Chah21 3-9-2024 11:30 AM
syamzana replied at 3-9-2024 09:33 AM
eh betul la...awal bulan 8 p sek keb area rumah nak tnya psl reg sek anak darjah 1 kerani tu ckp c ...

Kelas ank i 40 org..sama mcm skolah i dulu .. satu kelas 46 org

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035415 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top