KUALA LUMPUR – Seperti diramal, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal). Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris sebentar tadi, juara dunia lapan kali itu tidak berdepan banyak masalah apabila menang 21-13, 21-15 ke atas pemain Indonesia, Suryo Nugroho dalam tempoh 42 minit. Kemenangan itu turut menyaksikan Liek Hou meraih pingat emas kedua berturut-turut pada temasya sukan terbesar dunia tersebut, sekali gus mempertahankan emas yang dimenagi di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu. Sebaik melangkah masuk ke dalam gelanggang, pingat emas sebenarnya sudah boleh dianggap berada dalam genggaman pemain berusia 36 tahun itu memandangkan dia baru sahaja menewaskan Nugroho di peringkat Kumpulan A sebelum ini.
Beraksi sebagai pilihan utama kejohanan, Liek Hou menampilkan aksi cukup dominan dengan mengawal sepenuhnya permainan di set pertama dan berjaya meletakkan pemain lawan berada dalam tekanan sehingga melakukan banyak kesilapan mudah sebelum menang 21-13. Berbekalkan keyakinan yang diraih menerusi kemenangan set pertama, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu terus mempamerkan aksi meyakinkan di set kedua dan mendahului permainan dengan kedudukan selesa 20-15. Nugroho yang cuba melakukan kebangkitan dengan harapan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, bagaimanapun terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan tandingan Liek Hou apabila tewas 21-15. Sebagai rekod, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Liek Hou bakal menikmati habuan RM1 juta selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, sama seperti yang diterima ketika menjadi juara pada Paralimpik Tokyo sebelum ini. Sementara itu, dalam aksi penentuan pingat gangsa yang berlangsung serentak, seorang lagi pemain negara, Muhammad Fareez Anuar terpaksa akur dengan kehebatan Dheva Anrimusthi, juga dari Indonesia apabila tewas 21-17, 19-21, 12-21. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Decaffeinated replied at 3-9-2024 08:13 AM
Soalan jujur ramai ka yang kisah pasal paralimpik ni?
kucingitam replied at 3-9-2024 10:55 AM
atlet para ni mmg dipandang sepi tapi sllnya drg yang sumbang bnyk pingat sbnrnya..
ekselen replied at 3-9-2024 12:35 PM
iols kisah tp kuciwa kt tv xde pun tunjuk live... dok carik2 jgk channel astro tp tarak..sedeyy
kucingitam replied at 3-9-2024 01:58 PM
badminton smlm ada kan... tv2
ekselen replied at 3-9-2024 12:35 PM
iols kisah tp kuciwa kt tv xde pun tunjuk live... dok carik2 jgk channel astro tp tarak..sedeyy
Ai_kiu replied at 3-9-2024 06:18 PM
Aku kesah paralimpik
Boleh tgk kat chanel sukan rtm & tv okey
Dan yg paling aku kesahkan kbs m ...
ekselen replied at 3-9-2024 06:28 PM
sbb diorg tu para sbb tu la.. cuba kalo di olimpik gigih di janjikan mcm2 imbuhan.. patutnya bg la ...
Ai_kiu replied at 3-9-2024 06:37 PM
Kan.. double standard..
padahal dlm arena sukan ni semua atlet bawak nama negara xkira atlet norm ...
ekselen replied at 3-9-2024 06:46 PM
itulah.. sian diorg.. nk bg gelaran tu pun mcm xbyk je kt atlit2 oku.. ni dok tumpu sgt kt atlit o ...
Ai_kiu replied at 3-9-2024 06:58 PM
Latest update dpt habuan akhirnya
ADVERTISEMENT