CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Baju merdeka murid sekolah boleh jadi kostum Miss Universe’ - “Senyuman manis macam Umi Nazirah. Bakal model tersohor”

30-8-2024 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 53751| Komen: 49

 


PETALING JAYA – Rata-rata netizen memuji rekaan baju merdeka yang diperagakan oleh seorang murid sekolah sehingga berpotensi untuk menjadi kostum Miss Universe.

Menerusi perkongsian video di TikTok @Muhammad Aswad memaparkan baju dengan motif batik lukis dan aksesori rekaan wau bulan digayakan dengan sangat elegan oleh seorang murid perempuan.

“Love gila baju merdeka ni, tahniah orang Pantai Timur,” tulis Muhammad Aswad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terpegun dan memuji keindahan baju merdeka itu.

“Wau bulan paling mahai tu. Batik Lukis tu semua cantik dari atas sampai bawah. Tahniah dik,”kata Fieza Damia85.

“Lawanya, tahniah ibu dan bapanya atas inisiatif mencipta baju merdeka tercantik,” kata Vienzz.

“Kalaulah contoh kostum ni jadi ilham untuk dipakai Miss Universe mesti gempak ni,” kata Farziy.


Sementara itu, ramai juga yang memuji bakat cilik itu memperagakan busana tersebut.

“Senyuman manis macam Umi Nazirah. Bakal model tersohor,” kata PermaisuriTuankujiwa.

“Cantiknya dik Ya Allah berbakat sungguh macam professional dah,” kata yin_azlinakamalbashah.

“Pandai ‘eyecontact’ dia yang penting tu cantik,” kata mipanzuzuzu. 


Sumber – KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 30-8-2024 03:57 PM
Baju ni mmg lawa lah. Xperlu nak designer mahal2, mcm ni je pon dah cun. Adik tu sendiri pon lawa. Kalah ratu cantik Ms Malaysia weeee
Quote Cenderakirana9 30-8-2024 04:00 PM
Cantik kostum dan orangnya
Quote dua_chzy 30-8-2024 04:02 PM
Uiyo, cantik! First time nampak kostum Merdeka konsep princess Perak? (pakai seluar), dengan tema wau. Biasa mak2 suka buat gaun kembang2.
Quote mizruncing 30-8-2024 04:05 PM
cantiknyaaa. sekian komen aku dari mak2 yg tak rajin nak siapkan anak gini
Quote ekselen 30-8-2024 04:12 PM
cantekkk..siyes.. iols setuju pendapat netz.. so naiss
Quote pittjie 30-8-2024 04:18 PM
cantikkkk sgt! terkagum2 la jgk tgk. adik ni pun cantik dan pandai pose pose.
Quote lo_la 30-8-2024 04:52 PM
Cantik! Both adik and costume.
Pandai dia gayakan
Quote xy_daen 30-8-2024 05:01 PM
Satgi kena klaim
Quote bellaamsar 30-8-2024 05:06 PM
Baju cantik, yg pakai pun cantik
Quote OshinDaSolja 30-8-2024 05:21 PM
Cantikk..iollz approved... tahniah juga kepada parents beliau atas creativity yg mmg wow
Quote missbigrockstar 30-8-2024 05:27 PM
Not over the top. Cantik!
Quote nebbit 30-8-2024 05:34 PM
Yg ini cantik, sweet je. Ada satu lagi video pemenangnya contestant yg baju kembang tu agak x kenan tgok gaya adik tu. Yg ini acik approved.
Quote Firenzza 30-8-2024 05:41 PM
Klau masuk miss universe nti kena ada satu sesi yg kena pakai 2 piece....
Quote Barebow77 30-8-2024 06:19 PM
Seronok anak2 zaman sekarang time sekolah sekali sekala dapat dressup camni..time sambutan aidilfitri pon boleh melaram baju raya cantik2..time kita dulu2 mana ada camni..kalau ada pun parents mesti tak mampu..sob3
Quote B40tastePosh 30-8-2024 06:22 PM
dua_chzy replied at 30-8-2024 04:02 PM
Uiyo, cantik! First time nampak kostum Merdeka konsep princess Perak? (pakai seluar), dengan tema wa ...

Macam pakaian Puteri Perak.
Quote Suchi 30-8-2024 06:41 PM
dua_chzy replied at 30-8-2024 04:02 PM
Uiyo, cantik! First time nampak kostum Merdeka konsep princess Perak? (pakai seluar), dengan tema wa ...

Maybe kat sek uols kot sbb kat sek anak iols kalau tema srikandi mmg pakai seluar belaka
Biasanya tema srikandi tak pakai la kaler merdeka tu sbb tak nampak klasik sgt kan
Tp byk je kat shopee jual baju kaler merdeka tema srikandi nih dorang sebut baju tun teja.
Sek anak iols pun tahun ni tema srikandi/pendekar, cikgu2 pun kemain bergayaaa tadi dah mcm puteri perak
Quote sayawifenikmie 30-8-2024 06:43 PM
comel melayu budak ni
lawa
semoga dia Menang
cuuuuuu
bila besar nanti jangan gedik2 ye
just menten ayu2 malu2 gini
Quote Suchi 30-8-2024 06:47 PM
OshinDaSolja replied at 30-8-2024 05:21 PM
Cantikk..iollz approved... tahniah juga kepada parents beliau atas creativity yg mmg wow

Kat fb tu kemain ada je yg menyindir mak2 yg beria siapkan anak utk merdeka nih
Tahla tiap tahun ada isu ni, masalahnya bebudak ni mmg tertunggu sgt hari merdeka nk melaram
Dan hanya sek rendah je yg beria sambut merdeka gini sek menengah sendu je mana ada dah melaram sambutan merdeka pun mcm tak de je so acik2 jgnlaa risau takut bebudak ni sampai besor asik nak melaram atas pentas.
Kalau nak tau sek menengah tu hari guru pun sendu, tanya la cikgu2 byk tak dapat hadiah berbanding yg ngajar sek rendah huhu
Quote orkid_amani 30-8-2024 06:49 PM
Sejak habis covid meriah xtvt sekolah dgn aneka pakian beragam..pakaian Merdeka,lepas tu Pakian 1Malaysia / traditional,lepas tu pakaian kerjaya,melaram sakan time raya posa..last skali jamuan akhir tahun

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047419 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top