PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Sijil Gred Ke-8 dan Black Belt Kehormat Taekwondo semalam. Beliau dalam satu hantaran di media sosial berkata, sijil dan Black Belt Kehormat Taekwondo itu diberikan oleh Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia. “Persatuan Taekwondo Kukkiwon merupakan persatuan yang berkuasa memberikan tali pinggang hitam kepada pemain taekwondo. “Terima kasih diatas Sijil 8th Dan Black Belt Kehormat yang dianugerahkan kepada saya oleh Grandmaster Prof. Datuk Dr. Riza dan Grandmaster Datuk Dr. T. Arasu,” katanya. Menurut Ismail Sabri, beliau turut menerima uniform taekwondo dan tali pinggang hitam yang diserahkan oleh Grandmaster Lim Chui Ann dan Grandmaster Kalaiselvan. “Semoga Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia terus sukses,” katanya.
Sumber – KOSMO |
Thunderclouds replied at 30-8-2024 08:05 AM
Honorary sajorkkkkkkkk
Bro azalina senyum sinis ja dekkkkkk
sapeka replied at 30-8-2024 03:44 PM
Wow
Hebat
MissYouSayang: Edited by MissYouSayang at 31 ...
realmcord80 replied at 30-8-2024 03:49 PM
Black Belt Kehormat tu, anugerah khas. Bukan sbb capai level mcm pengamal Taekwondo.
TOPwind replied at 31-8-2024 05:21 AM
Kehormat je
bukan asli, taitel je.
realmcord80 replied at 30-8-2024 07:49 AM
Black Belt Kehormat tu, anugerah khas. Bukan sbb capai level mcm pengamal Taekwondo.
_kelly replied at 1-9-2024 10:44 PM
baru nak kagum sebab iols berangan jugak nak g belajar martial art ni tapi baca komen2 kat atas tak ...
s@s@ replied at 2-9-2024 08:50 AM
badan lagi besar dari tu pun boleh sepak lepas kepala lagi geng2 taekwondo ni.
tapi dgn syarat ko ...
ADVERTISEMENT