CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkini, Dua cedera parah kereta jatuh tanah jerlus

30-8-2024 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27232| Komen: 34

 


SEOUL – Dua orang cedera parah selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terjatuh ke dalam tanah jerlus di Seoul, Korea Selatan, lapor portal berita MSNews hari ini.

Gambar-gambar kejadian menunjukkan SUV putih itu dalam keadaan senget dengan hanya sebahagian daripada kenderaan tersebut yang kelihatan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.26 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Dua individu yang cedera ialah pemandu lelaki berusia 82 tahun dan penumpang wanita berumur 76 tahun.

Menurut agensi berita Yonhap, anggota-anggota bomba melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas mangsa wanita selepas menyelamatkannya.

Mereka kemudian menghantar kedua-dua mangsa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak berkuasa kemudian mengepung kawasan itu dan sedang dalam proses membaiki jalan.


Menurut laman berita KBS News, lubang benam itu berukuran 6 meter lebar, 4 meter panjang dan 2.5 meter dalam.

Pihak berkuasa akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian. – AGENSI 



Sumber – KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 30-8-2024 11:26 AM
Tanah jerlus = sinkhole
Selama ni ingatkan pasir jerlus itu quicksand
Quote lilacomot 30-8-2024 11:38 AM
sinkhole d mana2
Quote kemaruk 30-8-2024 12:08 PM
HAARP lettew
Quote kucingitam 30-8-2024 12:17 PM
tonton filem 2012..jalan merekah, sinkhole sana sini..terus teringat kes skrg..
Quote Decaffeinated 30-8-2024 12:20 PM
Mak kata apa ni, Korea pun ditimpa bala bukan kita ja?
Quote intan_smsb 30-8-2024 12:40 PM
korea rupanye
Quote B40tastePosh 30-8-2024 12:53 PM
Batuan Karst jugak ke?

Sebab tu pindah ke Sejong?
Quote mdhelmi 30-8-2024 12:56 PM
alamak kene cepat2 beli kereta terbang ni
Quote imransulaiman 30-8-2024 01:41 PM
Berita berantai...isu yang sama di mana-mana terus viral. Tambah seram!
Quote snowflakes 30-8-2024 01:58 PM
Sinkhole everywhere.. tapi kl tu memang kena stop dah tambah apa2 bangunan ke highway ke... udah2 la...
Quote noor2 30-8-2024 02:05 PM
Dunia nk kiamat..makin hancur  la kut
Quote Minami2013 30-8-2024 02:07 PM
[youtube]8Zty_4MUm3g?si=3KgNlNq3WXF7IL3N[/youtube]

7 tahun dulu. Laju japan buat kerja.
Quote green~tea 30-8-2024 02:23 PM
Laaa aku ingat kejadian dekat Ampang landing miring baekkk punya keta tu
Quote shernazz 30-8-2024 02:55 PM
Korea plak
Iols dah la tengah layan cite goblin ni .
Korang dah tengok..iols baru nak tengok...hahahah
Quote Neno90 30-8-2024 03:29 PM
Berjemaah ke kt tmpt² lain pun sama
Quote PULANGKAN 30-8-2024 04:24 PM
Iols kagum pemandu berusia 82 tahun tersebut

bapak Iols baru 65, drive macam ape. rasa nak report polis je bila heols pegang kunci

lubang, bonggol, divider, semua dia redah. sudahnya kereta berkali-kali rosak
Quote Pajeri_Nenas 30-8-2024 04:33 PM
Kena pindahkan Seoul ni....kata palatao
Quote ashilalat 30-8-2024 06:51 PM
Ada gua jugak ke bawah bandaraya seoul dan tokyo? So diorg kena pindah ibu negara ke kalimantan gak ke?
Quote lanacondor 30-8-2024 07:07 PM
shernazz replied at 30-8-2024 02:55 PM
Korea plak
Iols dah la tengah layan cite goblin ni .
Korang dah tengok..iols baru nak tengok...hahah ...

Best ke chuolz.. kalau best nak tgk jgk mlm nt

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039471 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top