CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ellie Suriaty Bercinta Dengan Lelaki Usia 30-an, Berstatus Bujang - “Siapa Orangnya Itu Biarlah Rahsia"

30-8-2024 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23927| Komen: 35



Bahagia menyulam cinta dengan kekasih hati, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan individu berumur lebih 10 tahun muda daripada dirinya.

Ellie, 53, bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti lelaki yang berusia hujung 30-an itu.

Katanya, dia sangat terharu meskipun usia menjangkau 50 tahun, namun masih ramai lelaki yang berusaha untuk mendekati dirinya.

“Ada ramai yang ingin berkenalan dengan saya, tetapi mereka itu semua hanya kawan biasa, melainkan dia, kerana dia istimewa pada saya.

Sekarang kami sedang saling mengenali. Sejujurnya jika ada jodoh saya bersedia untuk bergelar isteri semula, tetapi perkara sebegitu lebih baik serahkan kepada Tuhan yang menentukan.

“Siapa orangnya itu biarlah rahsia. Kami saling mengenali sudah lebih setahun dan dia juga orang dalam industri hiburan,” jelasnya.


Ditemui pada pementasan teater Andak Bertandak di Pusat Persembahan Kesenian Kuala Lumpur (KLPAC) semalam, Ellie turut berkata, dia tertarik dengan kesungguhan kekasihnya yang terbuka menerima statusnya sebagai ibu tunggal dengan dua anak.

Tambah Ellie, dia juga gembira menjalani hubungan dengan kekasihnya sekarang di samping mengharapkan keluarga lelaki tersebut dapat menerima dia seadanya.

“Saya kalau boleh tidak mahu bercerita lebih-lebih sebab nanti kalau tidak jadi, malu. Tetapi kalau ada jodoh saya okey saja.

Usia dia lebih muda daripada saya dan dia juga bujang. Bagi saya, apabila dia boleh menerima anak-anak, itu sudah memadai.

“Saya juga kena pastikan keluarga dia boleh terima saya dengan anak-anak atau tidak. Pengalaman berkahwin sebelum ini membuatkan saya faham tentang hubungan dengan sanak saudara,” katanya.

Pelakon filem Spinning Gasing itu turut memberitahu bahawa kekasihnya mengaku lebih tertarik dengan wanita berusia.

“Pada usia begini saya tidak sangka akan menemui cinta lagi. Terus terang saya segan untuk naik pelamin lagi.

Saya ada bertanyakan kepada dia kenapa suka dengan saya, tetapi jawabnya kerana senang bercinta dengan wanita matang. Tetapi pada saya ini bukan satu perkara mudah.

“Orang akan mempersoal mengapa bercinta dengan orang tua. Saya sendiri berasa sukar kerana umur saya 53, bukan 35. Saya bukan tidak mempercayai dia, tetapi saya kurang percaya dengan diri sendiri, adakah mampu untuk menjalani semua ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Ellie atau Ellie Suriaty Omar berkahwin dengan aktor Azri Iskandar pada 2003 dan bercerai pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun usia perkahwinan.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Dalam perkembangan lain teater Andak Bertandak dipentaskan bermula semalam sehingga 1 September depan di Pentas 2, KLPAC.

Selain Ellie teater tersebut turut dibintangi Aizat Saha, Azhan Rani, Jay Iswazir, Dottie, Riena Diana, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin. 



Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 30-8-2024 10:37 AM
ohh bkn 43 ke..tahniah la ye...senang dia dpt bf ek
Quote IzzahF 30-8-2024 10:57 AM
moga bahagia macik
Quote eiman 30-8-2024 11:12 AM
Bole ke menandingi kemantapan pucuk muda?
Quote afiezaazizan87 30-8-2024 11:25 AM
nanti nak kawen, dudanya akan uruskan ..hehe
Quote noor2 30-8-2024 11:26 AM
Oh..peliss..x yahla cari muda
Quote acikbajuhijau 30-8-2024 11:33 AM
good luck acik ellie.
Quote syamzana 30-8-2024 11:52 AM
dlm pic tu filter ke?? nmpk mulus nau kulitnya.
tgk drama nafsu yarabbi rasa nak tlg gosok dgn sandpaper muka dah nama retis takkan nak setara dgn acik2 berkerak.
Quote Olumis 30-8-2024 02:20 PM
"tetapi saya kurang percaya dengan diri sendiri, adakah mampu untuk menjalani semua ini,”

Acik ni sebenarnya tak confiden di malam pertama.
Quote swateng1 30-8-2024 05:24 PM
jantan tu mesti nak duit je (fikiran burukku berkata)
Quote MissVixen 30-8-2024 05:29 PM
Dah akhir 30 an tapi tak pernah nikah. Hati2 acik elly.. takut perangai macam duda dulu. Biawak hidup ke, gay ke, jigolo ke.
Quote edoraixora 30-8-2024 05:33 PM
moga bahagia lah acik ellie
jangan kena kencing macam duda kau sudah lah
Quote Carcosa 30-8-2024 08:56 PM
Like ex hasbeng, like ex wipe.
Dua2 berangan.
Quote katak hijau 30-8-2024 09:00 PM
Semoga dapat laki mcm intan najwa olive oyl. Bujang, kaya dan pertengahan usia
Quote imanjannah 30-8-2024 09:12 PM
entahlah..moga yg baik2 aje utk acik Elie
Quote TeropongThaico 30-8-2024 09:13 PM
Tahniah kiranya achik yelly tak kalah le dgn achik jeri dpt pucuk muda kau
Quote green~tea 30-8-2024 10:54 PM
Elok laa dah kurus sikit.. dulu kuss semangat.. nenek aku lagi lawa
Quote bedahmenjuyah 30-8-2024 10:59 PM
TeropongThaico replied at 30-8-2024 09:13 PM
Tahniah kiranya achik yelly tak kalah le dgn achik jeri dpt pucuk muda kau

Pucuk apa pun achik jerri takde. Dah kena rejek. Ok moga berjodohan lah achik ellie dan bf remaja beliau. Mesti la nak bahagia ye dak.
Quote Guess_who 31-8-2024 04:14 AM
Olumis replied at 30-8-2024 02:20 PM
"tetapi saya kurang percaya dengan diri sendiri, adakah mampu untuk menjalani semua ini,”

Aci ...

Suruh acik ellie gi menuntut ilmu dgn acik kepam liyana rosli mcmmana nk over konfiden di malam pertama
Quote Olumis 31-8-2024 05:30 AM
Guess_who replied at 31-8-2024 04:14 AM
Suruh acik ellie gi menuntut ilmu dgn acik kepam liyana rosli mcmmana nk over konfiden di malam pe ...

Ooopppsss yang itu haruslah habiskan rm200k utk dapatkan confiden itew.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.183232 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top