CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajak & Shahrol Berbaik Selepas Tiga Tahun Tidak Bertegur - "Inilah Asam Garam Dalam Persahabatan"

29-8-2024 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16315| Komen: 30

 


Penyampai radio Ajak Shiro memaklumkan ikatan persahabatan dengan pelawak Shahrol Shiro sudah kembali pulih selepas tiga tahun tidak bertegur sapa.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 39, dia bersyukur tiada campur tangan pihak ketiga dan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara baik.

"Inilah asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik itu, tiada pihak ketiga masuk campur di antara saya dan Shahrol."

"Tiada siapa melaga-lagakan dan kami selesaikan secara dewasa. Akhirnya perbalahan tiga tahun ini selesai."

Ajak berkata demikian semasa ditemui di sidang media Jelajah Suria Kuasa Dua yang diadakan di The Estate on Federal Hill, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Berkongsi lanjut, Ajak akui terkejut selepas menerima mesej daripada Shahrol untuk berjumpa dan mengakhiri persengketaan mereka.

"Semasa balik Hari Raya Haji dia nampak video saya dan malam itu dia mesej ajak berjumpa di pejabat. Banyak yang dibincangkan."

"Kami bersembang dan ingat semula kenangan lama. Saya rasa sebak ketika itu sebab mestilah masih ada rasa sayang."

Dalam pada itu, tambah Ajak, tindakan masing-masing menurunkan ego berjaya meleraikan persengketaan yang berlaku antara mereka.

"Kita kena turunkan ego sebab benda itu tak merugikan pun. Jangan fikir masing-masing betul. Kalau gaduh lama pun, tiada siapa yang sebenarnya betul."

Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanamsyar 29-8-2024 03:00 PM
nape gaduh dulu? masa kumpulan shiro tgk elok je.. gaduh pasal kontrak ke?
Quote jalfa 29-8-2024 03:13 PM
Sepah bila lagi
Quote SalenaGomez 29-8-2024 03:19 PM
jalfa replied at 29-8-2024 03:13 PM
Sepah bila lagi

Sepah ni mungkin susah kot. Badi nama group kot. Habis madu sepah dibuang …xpon ahli group bersepah2 … githhchewww sis melalut. Tapi mana nak tau kan. Nama tu pon doa juga
Quote Jikookie 29-8-2024 03:51 PM
Kurusnya si shahrul
Quote Jikookie 29-8-2024 03:52 PM
Bagus la dah berbaik. Harap sepah pun berbaik jgk nanti
Quote mamaazim 29-8-2024 04:31 PM
kenape ku nampak ajak macam pakai baju tidur je hihi bagus lah dah berbaik tiada guna berbalah kalau ada peluang utk berbaik baik
Quote edoraixora 29-8-2024 04:32 PM
betullah...salah sorang kena turunkan ego untuk minta maaf
kalau tak sampai bila2 lah tak bertegur sapa
Quote ezacbee 29-8-2024 05:05 PM
Nampak cam sakit lak shahrol ni..

Xtau la shiro bergado..
Quote amandalopez 29-8-2024 10:14 PM
edoraixora replied at 29-8-2024 04:32 PM
betullah...salah sorang kena turunkan ego untuk minta maaf
kalau tak sampai bila2 lah tak bertegur s ...

Mcm mana eh nk turunkan ego ni..sbb kwn i yg jauhkan diri, tp i masih tetap syg dia..kadang2 rindu pada kenangan masa masih baik dgn dia
Quote Tunakimchi 29-8-2024 10:35 PM
Diorang gaduh sebab apa dulu?
Quote tulip-rain-2 29-8-2024 10:55 PM
Oh diorang pun ade isu jugak.
Quote anony-mous 29-8-2024 11:02 PM
jalfa replied at 29-8-2024 03:13 PM
Sepah bila lagi

Payah sbb yg sekor tu bajet bagus
Quote anony-mous 29-8-2024 11:04 PM
amandalopez replied at 29-8-2024 10:14 PM
Mcm mana eh nk turunkan ego ni..sbb kwn i yg jauhkan diri, tp i masih tetap syg dia..kadang2 rindu ...

Pujuk je uols. Prempuan lama2 lembut la tp jgn paksa. Bkn hari2 mesej. Bday dia jgn lupa wish
Quote mojarean_X 29-8-2024 11:04 PM
Jantan pun bergaduh. Euwww sangat...
Quote rain2169 30-8-2024 08:46 AM
alhamdullillah dah berbaik kerana Allah....
Quote BellaThePrinces 30-8-2024 08:58 AM
ni gaduh pasal mula2 mereka berdua sama2 dapat tawaran jd DJ Era..tp sharol kata jgn terima..so Ajak tolak...tup tup ghupernya sharul terima utk diri dia sendiri....ni apa nama kawan mcm ni...??
Quote dua_chzy 30-8-2024 09:13 AM
Kalau tengok gambo, macam Ajak ja beriya. Shahrol idok.
Quote MistrezHermanaz 30-8-2024 09:22 AM
dua_chzy replied at 30-8-2024 09:13 AM
Kalau tengok gambo, macam Ajak ja beriya. Shahrol idok.

tp ajak ckp shahrol yg start msg kn..tp mmg patut pun sbb shahrol puncaaaaa
Quote KamikuP 30-8-2024 10:18 AM
gADOH SBB PAHAMan POLITIK kot? - kataku memfitnah di pagi Jumaat

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.099126 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top