BEIJING: China hari ini memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu "tiada hak untuk campur tangan" dalam pertikaian maritimnya dengan Filipina selepas satu lagi pertembungan berhampiran terumbu yang dipertikaikan di Laut China Selatan. China dan Filipina menghadapi beberapa pertikaian di perairan berkenaan sepanjang tahun lalu, termasuk di sekitar sebuah kapal perang yang terkandas pada tahun 1999 oleh Manila di Terumbu Thomas Kedua yang dipertikaikan, yang menempatkan unit tentera. Kedua-dua negara semalam menyatakan bahawa kapal penjaga pantai mereka telah bertembung berhampiran Terumbu Sabina yang dipertikaikan, terletak 140 kilometer barat pulau Palawan di Filipina dan kira-kira 1,200 kilometer dari pulau Hainan, tanah besar China yang terdekat. China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa memutuskan bahawa tuntutannya tiada asas undang-undang.
AS mengutuk "tindakan berbahaya" terhadap "operasi maritim Filipina yang sah" semalam selepas kejadian pertembungan berkenaan. "Tindakan ini adalah contoh terbaru bagaimana (China) menggunakan langkah berbahaya dan menambah ketegangan untuk menguatkuasakan tuntutan maritim Laut China Selatan yang luas dan tidak sah," kata jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel. Ketika ditanya mengenai kenyataan Patel semalam, rakan sejawatnya dari China, Mao Ning mempertahankan "langkah-langkah sah Beijing untuk menjaga kedaulatan wilayah dan hak serta kepentingan maritimnya". "AS tidak terbabit dalam Laut China Selatan dan tiada hak untuk campur tangan dalam pertikaian maritim antara China dan Filipina. "AS harus berhenti mencetuskan perselisihan di Laut China Selatan, tidak mengganggu kestabilan kawasan, dan tidak menambah ketegangan," kata Mao dalam satu taklimat. Penganalisis berpendapat China berusaha untuk mengembangkan pengaruhnya dari Terumbu Thomas Kedua ke arah Terumbu Sabina di Kepulauan Spratly, yang terletak dalam zon ekonomi eksklusif Filipina. Langkah ini bertujuan untuk memperkukuh penguasaan China di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai norma. Tindakan itu mengingatkan pada tahun 2012 apabila Beijing mengambil alih penguasaan Terumbu Scarborough, satu lagi ciri strategik di Laut China Selatan yang paling dekat dengan Filipina. - REUTERS Sumber: – Berita Harian |
Orenn1 replied at 20-8-2024 07:39 AM
China ni pun pening jugak dgn perangaii dia kat belah asea ni. US tu mmg dasar tak sedar diri perang ...
Dwdrum replied at 20-8-2024 04:15 PM
Aku pun sokong US keluar dari SCS biar tinggal UK and allies protect.... Not worth guna american t ...
Orenn1 replied at 20-8-2024 10:26 AM
Ye better focus negara sendiri yg byk masalah tu dr nak jadi polis donia
Orenn1 replied at 20-8-2024 10:26 AM
Ye better focus negara sendiri yg byk masalah tu dr nak jadi polis donia
DARSITA replied at 20-8-2024 07:02 PM
sebab tanpa gaduh gaduh di negara negara ini US cannot make money.
Dwdrum replied at 20-8-2024 08:14 PM
Haah... Tarik balik investments yang perlu di jaga di overseas... Bangnon boleh tarik investors da ...
Orenn1 replied at 20-8-2024 12:56 PM
I am not talking about investments, just berhenti dr kucar kacirkan donia.
Dwdrum replied at 20-8-2024 09:36 PM
Ko kena reality check.... Malaysia dapat tarik foreign investors yang lari dari china and taiwan.. ...
Orenn1 replied at 25-8-2024 04:52 PM
Cameon i dont have to do anything. I stated my opinion n that's it! U were d one who initiated thi ...
Dwdrum replied at 26-8-2024 01:53 AM
Geopolitical bukan marhein opinion untuk pick a side based ko punya hatred seperti opinion applied ...
Orenn1 replied at 25-8-2024 10:34 PM
Ok now putti g words into my mouth w your narrative, go ahead go ahead make u happy.
As expected ...
Dwdrum replied at 21-8-2024 05:36 AM
Ko kena reality check.... Malaysia dapat tarik foreign investors yang lari dari china and taiwan.. ...
ADVERTISEMENT