Usaha PMX membawa rakyat Palestin yang memerlukan rawatan di Malaysia dikritik dan diperkecilkan oleh rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang mengecam langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat ke negara ini.
Beliau mengharapkan rakyat untuk membuka minda mereka kerana Malaysia merupakan negara pertama di Asia dalam melakukan tanggungjawab kecil yang dilakukan atas dasar ihsan terhadap rakyat disana. "Kita ambil (rakyat Palestin) di sempadan, kena runding dengan kerajaan Mesir, syaratnya mesti bawa tentera udara, kena ada kelengkapan (kerana) ada risiko.
"Rakyat Palestin tahu risikonya mungkin ditembak peluru berpandu Israel, jadi orang-orang di dalam pesawat itu, misalnya ibu iringi anaknya tahu akan risiko," katanya.
Anwar berkata kebenaran untuk membawa rakyat Palestin juga antara lain disebabkan hubungan erat Malaysia dan Mesir, serta beberapa negara Timur Tengah yang lain.
"Saya telefon Presiden Mesir minta kerjasama kerana tak mungkin kita dapat bawa mereka ke sini jika tiada kerjasama dengan Mesir. Ini baiknya kerana kita ada hubungan baik dengan Qatar, Mesir, Arab Saudi, UAE (Emiriah Arab Bersatu), Iran... itu yang membolehkan kita laksanakan operasi ini," katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dengan sedikit kemampuan dikurniakan kepada negara ini, selain nikmat keamanan, Malaysia mampu membantu rakyat Palestin yang menerima seksaan dan malapetaka kerana kezaliman Zionis.
"Ini tanggungjawab kecil yang kita laksanakan, yang upaya kita lakukan, kalau tanya saya syukurlah kepada Allah SWT kerana kita ada perasaan ihsan, timbang rasa dan tolong ringankan beban.
"Berapalah sangat 40, 50 orang ini berbanding 40,000 orang yang ditembak ganas oleh Israel," katanya.
|
nusaraya replied at 19-8-2024 12:24 PM
Jelaslah harus dikritik dan ditertawakan oleh seluruh umah islam seluruh dunia ...
Bayangkan saja . ...
batmana replied at 20-8-2024 06:32 AM
Pada aku lagi elok bwa 40 petugas doktor,komando berani mati ke sna.lagi ramai dpt dibantu dari bwa ...
abbyhoney replied at 19-8-2024 04:17 PM
Yg dibawa masuk tu rakyat P yg dah keluar dari P pergi ke hospital mesir sebelum border ditutup bl ...
lostnfaun replied at 20-8-2024 07:52 AM
Kesian ada jgk tapi memikirkan kita sendiri nak dptkan rawatan punya lama, bt appointment pun berbul ...
batmana replied at 20-8-2024 06:32 AM
Pada aku lagi elok bwa 40 petugas doktor,komando berani mati ke sna.lagi ramai dpt dibantu dari bwa ...
aciksenah replied at 20-8-2024 10:12 AM
Sapa yang kritik tu??
aciksenah replied at 20-8-2024 10:12 AM
Sapa yang kritik tu??
ADVERTISEMENT