CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu ‘King’ biru lawan arus di Penang diambil keterangan

19-8-2024 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22255| Komen: 11

 


GEORGE TOWN – Polis telah mengambil keterangan seorang pemuda yang tular memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru secara melawan arus di Jalan Masjid Negeri di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya terkesan dengan satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 39 saat menerusi halaman X berhubung kejadian itu, kira-kira pukul 3 petang, semalam.

“Rakaman video tersebut memaparkan kejadian sebuah kereta dipandu secara melawan arus. Hasil semakan mendapati, kejadian berlaku pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 4.48 petang di Jalan Masjid Negeri.

“Susulan daripada itu, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an telah dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan rakaman video berkenaan,” katanya.

Menerusi video tular itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru dipandu dalam keadaan melawan arus di kawasan jalan yang sibuk.

Bagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini apabila pemandu kenderaan lain dilihat memandu perlahan dan mengelak daripada bertembung dengan kereta Perodua Myvi itu.

Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 19-8-2024 01:16 PM
lepas duduk penang nih, baru sedar banyak rupanya kesalahan jalan raya yang manusia mampu lakukan dengan kreatifnya sebab cara pemikiran pemandu di sini memang di luar kotak di samping tiada otak
Quote nisako 19-8-2024 01:51 PM
patut buh dlm jail je org cm ni
Quote sharlenetexas 19-8-2024 02:49 PM
Perguna kad oku?


Quote kemaruk 19-8-2024 02:54 PM
Sakit         
Quote manehnya 19-8-2024 03:31 PM
babirah, msti type C


nasib baik tak kena orang lain babirah
Quote PULANGKAN 19-8-2024 05:29 PM
lesen kopi?
mabuk?
lesen kopi sambil mabuk?

tiba2 ada kad OKU?
Quote jihyomelly 19-8-2024 05:38 PM
angin mcm2 perangai kalau weekend memang avoid town area esp mlm minggu sbb yg merempit..yg drive mabok mcm org gila byk
Quote ctaz 21-8-2024 10:56 AM
mesti org cina dari china
Quote mdhelmi 21-8-2024 04:28 PM
org luar kot
dulu aku pon xtau
sampailah aku benti kat petrol station utk tanya jalan
org pam tu yg bgtau jalan kat sana semua 1 way je
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:06 PM
-----
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:07 PM
-----

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.078862 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top