View: 17825|Reply: 27
|
PMX kesal langkah bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia untuk rawatan dikritik rakyat
[Copy link]
|
|
Usaha PMX membawa rakyat Palestin yang memerlukan rawatan di Malaysia dikritik dan diperkecilkan oleh rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang mengecam langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat ke negara ini.
Beliau mengharapkan rakyat untuk membuka minda mereka kerana Malaysia merupakan negara pertama di Asia dalam melakukan tanggungjawab kecil yang dilakukan atas dasar ihsan terhadap rakyat disana.
"Kita ambil (rakyat Palestin) di sempadan, kena runding dengan kerajaan Mesir, syaratnya mesti bawa tentera udara, kena ada kelengkapan (kerana) ada risiko. "Rakyat Palestin tahu risikonya mungkin ditembak peluru berpandu Israel, jadi orang-orang di dalam pesawat itu, misalnya ibu iringi anaknya tahu akan risiko," katanya. Anwar berkata kebenaran untuk membawa rakyat Palestin juga antara lain disebabkan hubungan erat Malaysia dan Mesir, serta beberapa negara Timur Tengah yang lain. "Saya telefon Presiden Mesir minta kerjasama kerana tak mungkin kita dapat bawa mereka ke sini jika tiada kerjasama dengan Mesir. Ini baiknya kerana kita ada hubungan baik dengan Qatar, Mesir, Arab Saudi, UAE (Emiriah Arab Bersatu), Iran... itu yang membolehkan kita laksanakan operasi ini," katanya. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dengan sedikit kemampuan dikurniakan kepada negara ini, selain nikmat keamanan, Malaysia mampu membantu rakyat Palestin yang menerima seksaan dan malapetaka kerana kezaliman Zionis. "Ini tanggungjawab kecil yang kita laksanakan, yang upaya kita lakukan, kalau tanya saya syukurlah kepada Allah SWT kerana kita ada perasaan ihsan, timbang rasa dan tolong ringankan beban. "Berapalah sangat 40, 50 orang ini berbanding 40,000 orang yang ditembak ganas oleh Israel," katanya.
Kredit: bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
ye takde masalah bawak masuk rakyat palestin
tapi kalau benar ada hubungan baik dengan pak arab, suruh la pak arab bawak investment ratus2 bilion masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 19-8-2024 12:25 PM
Jelaslah harus dikritik dan ditertawakan oleh seluruh umah islam seluruh dunia ...
Bayangkan saja ... seorang Imam Mahdi selaku pemimpin tertinggi dan imam besar seuruh umah islam dunia hanya mampu membawa 40 orang Palestine yang cidera .. padahal masihada ratusan ribu yang hingga kini menderita dan mati di tanah Palestine ..
JIka memang X mampu menjadi Imam Mahdi ... mintalah Tuhan ambil gelar Imam Mahdi kau itu agar X menjadi bahan olokan dan lawakan seluruh dunia sebagai Imam Mahdi NATO .. Imam Mahdi yang hanya pandai bicara tanpa action sama sekali ...Imam Mahdi yang No Action Talk Only .. Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ada walanon yg dah tak tau nak post ape, diulang2 je post yg takde hujah yg sama.. bingai betul
ada jugak acik porem kategori budak tak cukup umur dlm porem ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dibawa masuk tu rakyat P yg dah keluar dari P pergi ke hospital mesir sebelum border ditutup bln 5 hari tu. Semua tu yg cedera dan mereka dtg ke sini untuk rawatan susulan. Ramai lagi yg masih ada kt hospital di mesir tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku lagi elok bwa 40 petugas doktor,komando berani mati ke sna.lagi ramai dpt dibantu dari bwa kesini |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 20-8-2024 06:32 AM
Pada aku lagi elok bwa 40 petugas doktor,komando berani mati ke sna.lagi ramai dpt dibantu dari bwa ...
Kita x tau situasi kat sana mcm mana..mybe nk kurangkn risiko bahaya kpd petugas kita sendiri. Alangkan wartawan je dh brp yg mati kat sana. Si setan Israel tu ada gak bom negara² yg sempadan dgn P jugak kan. |
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney replied at 19-8-2024 04:17 PM
Yg dibawa masuk tu rakyat P yg dah keluar dari P pergi ke hospital mesir sebelum border ditutup bl ...
Benda bole kecam, buat ape nak puji. Acik² porem F je yg bijak pndai |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ada jgk tapi memikirkan kita sendiri nak dptkan rawatan punya lama, bt appointment pun berbulan tunggu Q jd tak tau ler nak cakap apa lagi. Haha
Kira yg dtg nie terus dapat rawatan & hantar balik ke? Berapa lama stay tue? Byk jgk duit PMX yer, igtkan MY dah takde duit sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana pesakit2 ni dipilih ye... |
|
|
|
|
|
|
|
mereka dtg sini buat rawatan susulan kemudian akan hantar balik ke mesir. Contoh baby yg nama mustofa yg mata sebelah dia tu kena serpihan bom, kena bom sampai tertimbus bawah bangunan, ibu dia syahid dgn famili dia yg lain. Ada yg pesakit cancer dan mcm2 lagi pesakit kritikal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak bawa doktor ke mana? Ke Gaza ke? Dah tak boleh masuk dah. Doktor2 yg ada kt sana pun ramai dah syahid, kena culik. Hospital pun dah tak de, hancur lebur. Kalau ada pun 1 tapi jadi tempat berlindung rakyat P, itupun kena bom juga. Kita tak boleh nk risikokan keselamatan doktor2 kita. Hari tu pun dah ada 6 org doktor2 dari Malaysia masuk sana sebelum border ditutup. Tapi alhamdulillah, dah dpt keluar dari sana semuanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg kita tak mampu buat, bila kerajaan buat patutnya sokonglah..nak menderma duit pun tak berapa nak ada. Jadi sokonglah langkah yg kerajaan ambik atas nama kemanusiaan. Pemilihan dan tapisan pihak kerajaan dan kerajaan Mesir dah buat. Mereka ni yg perlukan rawatan susulan dengan kepakaran dan peralatan canggih yg Malaysia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
siti kasim, influencer taqhib shaher, melayu islam, cina india semualah yg pertikai.
|
|
|
|
|
|
|
|
acik forum
obviously
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala Pak Non relax la...x kan x leh kn kecam..dl ms Pak Non jd pembangkang pun duk kecam x berhenti2...biasa lah tu x semua penjilat...x semua pembaris...ade yg nk langgar garisan..br meriah suasana...x kan asyik nk dgr saya ulang...hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|