Disebabkan saiz payudaranya, model ternama Jourdan Dunn disingkirkan dari pertunjukkan fesyen jenama ternama dunia, Dior. Malah, model itu sempat menulis di laman Twitter tentang hal tersebut. Nasib baik, Dunn tidak kelihatan terlalu kecewa mengenainya. Bukan sahaja itu, model berusia 22 tahun itu juga seolah-olah memahami bahawa dadanya terlalu besar dan sememangnya dunia permodelan mempunyai piawaian yang ketat dan sering tidak realistik. Bukan Dunn sahaja mengalaminya malah model Filippa Hamilton juga turut menerima nasib yang sama apabila disingkirkan dalam pertunjukan fesyen Ralph Lauren kerana kenaikan berat badan..
|
ADVERTISEMENT