CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ustaz tak salah, dia diarah ceraikan saya – Nora Ariffin

13-8-2024 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25881| Komen: 164



Menyedari suami menjadi sasaran kecaman, penyanyi Datuk Nora menjelaskan lafaz talak menerusi video yang dibuat Dr. Rushdi Ramli adalah atas arahan pihak tertentu, bukan kemahuan sendiri.

Kata Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 51, diharap orang ramai tidak menyalahkan lelaki terbabit mahupun mengutuk tindakan menceraikannya.

“Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.

“Dia melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story miliknya. 

Pun begitu, pelantun lagu Samudera itu n tidak menyatakan secara terperinci identiti individu yang memberikan arahan tersebut.

Menerusi hantaran sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu turut memberitahu dia tidak dapat mengulas perceraian itu selain hanya mampu reda.


“Saya tergamam, tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” ujarnya. 

Semakan menerusi ruangan komen, video lafaz cerai dilakukan Rushdi yang dimuat naik  Nora dalam Instagram mengundang pelbagai respons daripada netizen. 

“Macam begitu je kena cerai? Siap buat video? Apa mahu jadi dengan dunia sekarang sudah macam dalam drama,” komen netizen itu.

“Kalau ye pun mahu ceraikan isteri, buatlah secara elok, ini melalui video sahaja, tak budiman langsung, kasihan Nora,” demikian akomen netizen itu.

Terdahulu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. 

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021. 

Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya selain hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan. 

SUMBER: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moolanji 13-8-2024 12:14 PM
Tak kena denda ke lafaz cerai luar mahkamah??
Lepastu.. sah ke jatuh talak sebab cerai paksa??
Quote habisnamadahni 13-8-2024 12:25 PM
mna video tu
Quote cap_ayam 13-8-2024 12:27 PM
Haiya minta jauh laa dari diuji kehidupan macam ni. Nikah kawin cerai macam main2.
Quote MistrezHermanaz 13-8-2024 12:34 PM
kata video lama dan dh rujuk balik, utk apa up balik, pastu justifikasi mengundang org hencap org lain..ko dpt apa??? puasss
Quote miss_perfect 13-8-2024 12:48 PM
Jahat ye perempuan ni. Main persepsi. Nak suruh netizen kecam laki (ex?) dan madu dia la tu. Mentang2 dia retis orang ramai kenal so dia guna persepsi orang awam.
Quote cm_vungtau 13-8-2024 12:49 PM
Sayangnya. Patut lek2 aje takyah kawin lain. Teringat arwah Johan dulu sayang gila kat Nora.
Quote heythere123 13-8-2024 12:50 PM
miss_perfect replied at 13-8-2024 12:48 PM
Jahat ye perempuan ni. Main persepsi. Nak suruh netizen kecam laki (ex?) dan madu dia la tu. Mentang ...

setuju. Bagi iols makcik ni licik.

Kenapa nak kena up dekat ig? takleh je ke submit dekat court kalau nak fight sangat.
Quote heythere123 13-8-2024 12:50 PM
Bawang123 replied at 13-8-2024 12:35 PM
Katanye video lama,dah selamat rujuk balik dah pun. Motif up semula? Play victim much? Jeles madu ce ...


dekat mana chuols dia kata dah rujuk? ig sheols ke
Quote alesandra 13-8-2024 12:56 PM
eyyy kowsernyer drama berebut batang ni.lepaskan aje akak oiiiii....mungkin ko boleh temu ketenangan lps ni
Quote dua_chzy 13-8-2024 01:02 PM
Sundal dan psiko.
Quote Zezo 13-8-2024 01:06 PM
Ada je pmpn cmni. Johan tu, entah² asyik makan hati je dgn dia. Tu yg dpt heart attack tu. Pmpn jenis hati kering cmni la selalunya. Maybe arwah tu syg anak tu yg bertahan. Sampai la kena jantung.
Quote taji2906 13-8-2024 01:10 PM
kena g mahkamah nak tentukan sah atau tak lafaz cerai tu. da pulak diclaimed kata dipaksa lafaz lagi la mahkamah kena soal tanya laki betul ke dengan niat lafaz talak tu? kalau dipaksa rasanya tak sah.
Quote miamiot 13-8-2024 01:11 PM
Acik kawin dgn Ucetad tp dok repeat rindu lara dgn Arwah husband yg dh meninggal tu
Quote menjad 13-8-2024 01:25 PM
orang tuh pencen pensyarah kan ... macam tak masuk akal pulak lafaz cerai sebab dipaksa. ko ingat budak kecik. dah tua baru kubur dah kot ... dah tua rente. takan perlu dipaksa2. dah memang datang dari keinginan. xder pulak nampak terketar2 sebab ada yang paksa.
Quote joy_ah 13-8-2024 01:27 PM
khianat member ko ye pak aji. cash
Quote Lampuled 13-8-2024 01:29 PM
Kenapa org tu arah cerai talak 1 bkn talak 3 terus?
Quote kepingbewok 13-8-2024 01:32 PM
dah ambil laki org..nak conquer sorg2.cash
Quote Kancilkering 13-8-2024 01:39 PM
Lampuled replied at 13-8-2024 01:29 PM
Kenapa org tu arah cerai talak 1 bkn talak 3 terus?

sebab x elok…isteri tu x ada buat apa apa yg sampai dia deserve talak 3….

Quote Lampuled 13-8-2024 01:50 PM
Kancilkering replied at 13-8-2024 01:39 PM
sebab x elok…isteri tu x ada buat apa apa yg sampai dia deserve talak 3….

Maksudnya utk arahkan cerai talak 3 perlu ada bukti yg isteri tu ada buat something yg teruk dulu ke?
So in this case walaupun diarah still ada peluang utk rujuk sbb talak 1.

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.089803 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top