CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jeslina Hashim selamat bernikah dengan cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Eddy

12-8-2024 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 57000| Komen: 152



Penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim, 46, selamat melangsungkan pernikahan dengan cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja'afar iaitu Tunku Eddy Nasruan Adi pada hari ini dalam satu majlis tertutup.

Berita gembira mengenai pernikahan pasangan ini dikongsikan pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim, 46, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

"Hari yang indah dan majlis yang indah meraikan akad nikah 'brother in law' saya @eddymudzaffar bersama 'sister in law' @jeslinahashim.

"Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah (syurga)," tulis Sarimah pada ucapannya buat pasangan pengantin.


Pada majlis itu, Sarimah hadir bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin yang juga cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.

Dalam temubual dengan Harian Metro baru-baru ini, Jeslina berkata, segala persiapan menjelang hari pernikahan itu sudah siap sepenuhnya dan majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. 

"Tarikh pernikahan tiada simbolik apa-apa, tapi akan menjadi hari yang terbaik untuk tetamu yang hadir. Ia juga (majlis) akan diadakan secara tertutup.

"Majlis pernikahan itu hanya akan dihadiri keluarga kedua belah pihak," katanya mengakui Tunku Eddy menepati ciri-ciri lelaki yang dicari selain disenangi orang sekeliling.




Jeslina dan suaminya, Tunku Eddy juga difahamkan sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta.

Terdahulu, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.


SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapeka 12-8-2024 08:31 AM
Tahniah
Quote Kekunci_Hitam 12-8-2024 08:38 AM
Tahniah...

tak berubah betul pesen rambut sheols dari dulu
Quote lightheaded67 12-8-2024 08:41 AM
congratsss santek sopan baju nikah sheol....
Quote Cpkay 12-8-2024 08:57 AM
Tahniah Jes & Eddy. anak anak dia katik je ek .. Jes & ex husband mat salleh dia pun tak tinggi.
Quote cik_ingeniare 12-8-2024 09:01 AM
Tahniah jes! Akhirnyaaaa
Quote jlo 12-8-2024 09:12 AM
tahniahh
Quote nhao 12-8-2024 09:37 AM
baju nikah dia lagi sopan dari afifah. dia kan menyeksi tak hengat. hahahahahahah
Quote kessah 12-8-2024 09:38 AM
finally nikah pon . congrats.
Quote cattiecute 12-8-2024 09:51 AM
veil dia macam hmmmm
takpe la janji menikah
ingat kena sidai sampai kering bak kata forumer tu
Quote msdummy.2018 12-8-2024 09:53 AM
nhao replied at 12-8-2024 09:37 AM
baju nikah dia lagi sopan dari afifah. dia kan menyeksi tak hengat. hahahahahahah

Betullll walau seksa nk tengok ..tabiklah maaih ada rasa hormat terhadap majlis nikah
Quote biskutmayat 12-8-2024 10:03 AM
Kira berbiras dengan CP Sarimah la ek? Sebab laki deme adik beradik?

Tahniah Jes
Quote BellaThePrinces 12-8-2024 10:05 AM
tahniah pada mempelai...akhirnya...

letak lah bunga sikit kat kepala tu....baru menyerlah...dah la rambut sepesen tu jer...ha..ha....nak jugak komen negatif....ishhh...ishh
Quote harkktuih 12-8-2024 10:07 AM
mmg kena ber-che puan segala ke?
Quote jebatmaspunyer 12-8-2024 10:38 AM
Nnti raya dapatlah berfoto bersama di balairong Istana giteww sbb dah rasmi. Aku ingat dah nikah dah time dia buat event dlm flight tu. RUpanya ni baru nikah.
Quote royaldanish 12-8-2024 10:45 AM
tahniah Jes & suami
Quote tulip-rain-2 12-8-2024 10:52 AM
Tahniah. Akhirnya nikah jugak.

Quote m2506 12-8-2024 11:10 AM
lama btul mereka bercintaaahhhhh... akhirnya... tahniah2
Quote crazypink 12-8-2024 11:20 AM
Congrats Jeslina
Quote afie_m 12-8-2024 11:32 AM
tahniah..tahniah

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.102190 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top