CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisa Surihani Buat (IF) Dan Ke Gim 4 Kali Seminggu Mahu Kurus, Akui Lebih Senang Untuk Beribadah Dengan Lebih Sempurna

13-8-2024 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17656| Komen: 191



Pelakon terkenal Datin Lisa Surihani tidak hanya fokus untuk mendapatkan berat badan ideal, tetapi juga berusaha gigih menjaga kesihatan demi menjalankan ibadah dengan lebih sempurna dan memastikan dirinya tidak menyusahkan anak-anak apabila berusia nanti.

Menurut Lisa, 38, yang juga isteri kepada pengarah dan penyanyi terkenal Datuk Yusry Abdul Halim, dia telah mengamalkan senaman di gimnasium sebanyak empat kali seminggu serta menjalani kaedah diet intermittent fasting (IF) sejak sebulan lalu.

Langkah ini diambil bukan semata-mata untuk penampilan, tetapi lebih kepada mengekalkan kesihatan yang optimum.

“Niat saya adalah untuk kekal sihat, bertenaga dan nanti apabila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak. Bila kita ada kekuatan, secara tidak langsung saya dapat jalankan ibadah dengan baik,” ujar Lisa dengan penuh semangat menerusi video siaran langsung di TikTok miliknya.


Pelakon filem Ombak Rindu itu turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai rakan-rakan yang positif dan memberi sokongan ketika bersenam di gimnasium.

Mereka tidak hanya membantu dalam latihan fizikal tetapi juga sering mengingatkannya untuk sentiasa berzikir walaupun ketika beriadah.

“Saya bersyukur sebab di pusat gimnasium yang saya pergi ada ramai kawan baharu dan sangat memberikan sokongan kepada saya. Mereka juga selalu mengingatkan saya pada Allah seperti sambil bersenam kita sebenarnya boleh berzikir,” katanya dengan penuh kagum.



Lisa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata yang menjadi penyeri hidup mereka, iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne, 7, dan Yunos Laith yang kini berusia 3 tahun.

Lisa berharap, dengan gaya hidup yang sihat ini, dia dapat terus menjadi ibu yang kuat dan sihat untuk keluarganya serta menjalankan tanggungjawab agama dengan lebih baik.

SUMBER: Murai.my




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-8-2024 05:19 PM
Bestnyer hidop sbg ORKA ni kan byk masa bole buat itu ini.. meolss jugak yg gundu gundu.. ekekekek
Quote bintangct 13-8-2024 06:40 PM
lepas no3 ni dia mmg nmpk gundu wlpun jd model ariani ye
iols igtkn preggy lg
Quote Perils 13-8-2024 06:41 PM
Dah kenapa aku baca dia buat ivf instead of if
Quote MistrezHermanaz 13-8-2024 06:46 PM
Kurus dah.. Ritu tgk video ariani mmg gundu.. Badan dia jenis cepat turun jgk kalau workout betul2
Quote Ennadey 13-8-2024 06:52 PM
Semoga iols pun ada kekuatan nak istiqamah mengamalkan gaya hidup sihat
Quote cm_vungtau 13-8-2024 07:15 PM
Cam tak sesuai aje abam yuci dengan setazah Surihani Teringat dedulu Abam Yuci suka yang modern2
Quote Cyempaka 13-8-2024 07:30 PM
Jap g ada yg keluar dr kuburan demi mengutuk gambar hiasan walopun xberkaitan
Btw aku pun buat if tp ikut suka aku je.. kdg2 12jam, kdg2 14jam, kdg2 18jam. Xtau la thn bila nak langsing bak model
Quote green~tea 13-8-2024 07:32 PM
Lisa surikayu ni tak mekap pun cantik yeee..
Quote green~tea 13-8-2024 07:33 PM
Eh.. lisa umur 38 pun dah sakit pinggang sakit lutut nak semayang keeeeeee...
Quote kierakirana 13-8-2024 07:33 PM
Edisi fitness and healthy. Kaih acik Forum masuk share experience kome. Iolss masih 85kg dulu kini selamanya. Moh lerr kongsi tips kurus dgn teman nii
Quote aina_shaira 13-8-2024 08:17 PM
kierakirana replied at 13-8-2024 07:33 PM
Edisi fitness and healthy. Kaih acik Forum masuk share experience kome. Iolss masih 85kg dulu kini s ...

Takde tips, biar je
Quote aina_shaira 13-8-2024 08:17 PM
Cyempaka replied at 13-8-2024 07:30 PM
Jap g ada yg keluar dr kuburan demi mengutuk gambar hiasan walopun xberkaitan
Btw aku pun buat if ...

Berkesan ke nak kuruş? Kira uols tahan makan lah ye
Quote edoraixora 13-8-2024 08:24 PM
Iklan muka dia ni asek lalu lalang kt tt
Selamat aku blok segala
Dah sendu sibuk nk bisnes acah2 mesra peminat
Masa tgh top kemain sombong kau dgn peminat

Gitu aku bitter
Quote kierakirana 13-8-2024 08:27 PM
aina_shaira replied at 13-8-2024 08:17 PM
Takde tips, biar je

Jangan begitteww
Quote sfrnna 13-8-2024 08:27 PM
Retis lagi kee.. dia ni jenis cepat naik cepat turun lah Meols rasa.
Quote Cyempaka 13-8-2024 08:47 PM
aina_shaira replied at 13-8-2024 08:17 PM
Berkesan ke nak kuruş? Kira uols tahan makan lah ye

A ah x makan at least 12jam. Minum air kosong atau kopi/teh kosong je. Kalo org betul2 tabah dan jaga mmg blh kurus. Ramai dah berjaya. Aku susah sikit sebab susah nak tinggal nescafe ais, bukak posa je aku bantai nescafe ais sebungkus
Quote Lampuled 13-8-2024 08:51 PM
Lawa lisa walaupun chubby. Tenang² jer yer dia lepas kawin dgn yuci. Mesti yuci syg sbb dh bg 3kids.
Quote cm_vungtau 13-8-2024 09:25 PM
Aku bukan apa dia ni, macam over pulak. Kalah nenek2 pulak dok cakap pasal berzikir sambil senam. Bukan apa, kalau yang muda2 ni mungkin ada buat, tapi mostly dendiam sudah. Yang nenek2 ni yelah, nak kena cerita sebab takut cucu2 semua jatuh ke lembah lagha
Quote 234126 13-8-2024 09:26 PM
Ala cucuk ozempic versi msia byk je chuols now kat klinik kecantikkan. Dia kaya apadahal.

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.210896 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top