Baru-baru ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin ditahan 10 hari dalam wad sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat keletihan melampau namun sudah dibenarkan pulang ke rumah. Memetik Murai.my, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, memberitahu dia telah menjalani pemeriksaan penuh sepanjang tempoh tersebut sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang virus atau penyakit berbahaya. “Ya, saya ditahan di wad sejak Isnin minggu lalu. Saya lebih kepada penat sangat. Badan terlampau letih. Saya cuma risau ada jangkitan virus atau demam sebab sekarang macam-macam penyakit tetapi selepas buat pemeriksaan doktor sahkan tiada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang mahupun kanser,” katanya. Nora, yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema, memaklumkan bahawa sebelum dimasukkan ke wad pada 22 Julai lalu, jadual kerjanya padat dengan proses penghasilan lagu baharu.
“Saya pun memang perasan agak penat kebelakangan ini dengan kerja sibuk menyiapkan rakaman single terbaharu. Sudah lama tidak masuk studio, tiga jam berdiri agaknya badan lama tidak bekerja. Balik sahaja daripada rakaman badan saya menggigil. Keesokan harinya ke klinik kerana demam tidak kebah dan terus dihantar ke hospital kerana takut ada jangkitan,” ujarnya. Selepas keluar dari hospital, doktor menasihatkan Nora agar berehat di rumah bagi mengelakkan tekanan dan memastikan kesihatannya pulih dengan segera. “Doktor suruh rehat di rumah sahaja dalam dua, tiga hari tanpa melakukan sebarang kerja atau memandu kereta dalam tempoh perjalanan panjang. Paling penting doktor harap saya jangan stres. Bila tekanan muncul, semua fungsi organ jadi tidak betul dan mudah diserang sakit. Jadi, doktor bekalkan segala ubat untuk dimakan. Nak tak nak saya kena hadap,” jelasnya lagi. Sebelum ini, Nora pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh hari di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas. Pengalaman tersebut menambah kesedaran Nora tentang pentingnya menjaga kesihatan, terutama dengan usia yang semakin meningkat. “Umur saya sudah 51 tahun, usia begini memang kena berjaga-jaga dan tidak boleh ambil mudah terutama ramai berita orang sihat tiba-tiba sakit atau meninggal dunia,” katanya. Dengan semangat yang kuat dan sokongan dari keluarga serta peminat, Nora Ariffin kini dalam proses pemulihan dan berazam untuk terus berkarya dalam industri muzik. Semoga Nora terus kekal sihat bersama keluarga tercinta. Sumber : Murai.my WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
ashilalat replied at 5-8-2024 08:01 PM
So bernombor ke tidak?
ashilalat replied at 5-8-2024 08:01 PM
So bernombor ke tidak?
ADVERTISEMENT