CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Hadap Macam-Macam Komen Negatif. Ada Yang Samakan Wajah Saya Seperti Nelayan, Muka Jual Burger” – Muaz Zabir

5-8-2024 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18771| Komen: 24




Pelakon baru berwajah tampan, Muaz Zabir, 27, sering menjadi bualan ramai walaupun baru dua tahun menjadi anak seni.

Memetik HibGlam, Muaz antara pelakon yang laris berbanding bintang baharu lain salah satu sebab adalah kerana terkait skandal cinta bersama pelakon, Bella Astillah yang ketika itu masih berstatus isteri orang.

“Tidak jangka perjalanan karier saya seperti ini. Macam roller-coaster! Ada masa okey, tetapi terdapat juga detik yang menggerunkan.

“Namun, alhamdulillah kehadiran saya dalam industri diterima baik meskipun terpalit kontroversi baru-baru ini, kita langgar sahaja!” katanya.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu lagi, dia juga tidak terlepas daripada kecaman netizen sehingga ada yang mendakwa dia hanya ‘menjual’ muka dan bukannya bakat.

“Saya kena hadap bermacam-macam komen negatif. Ada yang menyamakan wajah saya seperti nelayan kampung dan muka jual burger. Saya terhibur baca semua komen sebab bukan jenis simpan dalam hati,” katanya.


Dalam pada itu, Muaz berkata dia meluahkan rasa syukur di atas rezeki buat dirinya dan serta berusaha untuk memberikan persembahan yang bagus dalam lakonan.

“Tipulah jika tak bimbang dengan tetapi saya sentiasa percaya dengan rezeki. Bersaing perlu ada tetapi secara sihat. Kalau pelakon lain mampu beri lakonan hebat, saya perlu usaha lebih untuk berikan hasil yang bagus juga.

“Janganlah bersaing secara kotor seperti tabur kata-kata negatif tentang mereka. Itu bukan cara saya,” katanya.



Mengajaknya kembali menelusuri kontroversi yang memanaskan nama, Muaz menganggap kisah dengan Bella sebagai asam garam dunia hiburan.

Terdahulu, tular di platform TikTok pendedahan perbualan dan gambar mesra kedua-dua pelakon itu sekali gus meraih reaksi pelbagai netizen. 

 

Sumber :   hibglam








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-8-2024 03:56 PM
KIV.... kalau ada leak baru keluar ye dik... tibehhh
Quote Mary_jane 5-8-2024 04:26 PM
“Pelakon baru berwajah tampan..”

Gitew.
Quote red_velvet 5-8-2024 04:54 PM
Apesal dek? Hina sangat ke muka disamakan dengan nelayan & penjual burger? Kerja diorg lebih halal ' berkat dari kerja pelakon drama yg pegang2 n cium2 bini orang... Sekian..

#mode setazah
Quote sukanyanyi 5-8-2024 05:08 PM
Tp kan kdg abam2 atau hadek2 jual burger mmg ade yg helok.. banyak kali dh jumpa
Quote DianaSaksen 5-8-2024 05:15 PM
Dik kalau ko jadi polis atau askar
Jadi rebutan muka pun helok
Tengok kat tt..
Quote Hoola 5-8-2024 05:16 PM
Edited by Hoola at 5-8-2024 11:06 PM

abam2 nelayan dan abam burger tersimyum manjah...
Quote hokeypokey 5-8-2024 07:13 PM
Takpe dik, letak bella kt sebelah baru naik seri wajah kau
Quote kookiechip 5-8-2024 08:22 PM
Sebelum ni ada budak ni jual pisang goreng.
Cute jugak. Now dah kerja pilot.

Btw, gambar first nampak macam toklip.
Okay kan kalau orang kata iras toklip?
Sebab heshe kaya
Quote Binodino 5-8-2024 08:40 PM
Mengada la kau. Orang tak samakan kau dengan muka selipar pun patut bersyukur

Dah pergi duduk bawah ketiak bella sana
Quote beatgirlX 5-8-2024 08:51 PM
Org bwk lori pun ada yg hensem laaa
Quote TeropongThaico 5-8-2024 08:53 PM
Aiol lg berselera tgk muka abam nelayan dgn yg jual burger tu noks dr tgk dia ni sejak tersebar gambar hampir berjimak dgn ba tu. Entah kenapa rasa geli pula
Quote bukan_ustazah 5-8-2024 09:12 PM
Sama macam zul masa yebi baru cerai dulu. Pikir balik macam sama jalan ceritanya nyah. Norman-memey-yebi-zul untuk 2024 alip-runis-bela-muaz
Quote kaedahnya 5-8-2024 09:50 PM
takpa dik, aritu akak pun pi beli nasi arab kat satu gerai tu semata sebab muka penjual tu macam timoti camalet (malas nak google ejaan)
Quote codenamedream 5-8-2024 09:51 PM
Abang penjual burger pun ada yg hensem.. itu bukan hinaan.
Quote gideoncross 6-8-2024 10:08 AM
@AWEKSAMURAI @amarakasih @tidak_kelihatan Hahahahaha
Quote gideoncross 6-8-2024 10:09 AM
kaedahnya replied at 5-8-2024 09:50 PM
takpa dik, aritu akak pun pi beli nasi arab kat satu gerai tu semata sebab muka penjual tu macam tim ...

Timothee Chalamet
Quote tidak_kelihatan 6-8-2024 10:11 AM
bukan_ustazah replied at 5-8-2024 09:12 PM
Sama macam zul masa yebi baru cerai dulu. Pikir balik macam sama jalan ceritanya nyah. Norman-memey- ...

betul
Quote anilanil 6-8-2024 10:25 AM
Adoyai acik bawang mana la samakan muka ko ngan nelayan. Ko terlalu cerah utk watak nelayan dik muaz. Tapi ada jer muka mamat jual burger, nasi lemak, pisang goreng yg hesmes. Yg jual durian pakej topless pun ado..
Quote mrsLucky 7-8-2024 01:36 AM
eeeeeh fed up tengok muka budak Muaz ni... dahlah kacau bini orang..better duduk tepi..kalau nak up cara ni...lama2 orang menyampah...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.159478 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top