CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khatam al-Quran setiap kali Ramadan, Mamat Sepah pernah ditawar sertai tentera sebab pandai mengaji

3-8-2024 12:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 42598| Komen: 47



IMEJNYA mungkin kelihatan nakal dan suka bergurau namun siapa sangka pelawak Mamat Sepah sebenarnya pandai mengaji al-Quran.

Perkara itu didedahkan sendiri sahabatnya iaitu pelawak Shuib yang turut mengagumi kesungguhan Mamat khatam al-Quran setiap kali datangnya bulan Ramadan.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, memberikan sepenuh penghargaan dan kredit kepada ibu bapa dan gurunya mengenai amalan tersebut.

Kata Mamat, dia tidak akan mampu mengaji dengan baik serta lancar jika tidak dipaksa oleh ibu bapanya ketika zaman kanak-kanak.

'Saya pandai mengaji pun sebab 'kezaliman' ibu saya yang paksa saya pergi mengaji setiap petang lepas balik sekolah agama.

"Segala pujian dan kredit patut diberikan kepada ibu saya dan guru saya." katanya.

Mamat berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di Dol's Podcast yang dimuat naik di YouTube.




Dalam temu bual tersebut, Mamat turut mempamerkam kemampuannya mengaji dengan membaca sepotong ayat al-Quran atas permintaan Shuib.

Bercerita lanjut, pelawak itu turut berkongsi dia pernah ditawarkan menyertai pasukan tentera di Johor hanya kerana keupayaannya membaca al-Quran dan menulis Jawi.

Jelasnya, ramai yang musykil melihat kemampuannya memandangkan keputusan akademik yang diperoleh tidak begitu memuaskan.

"Saya pernah dapat tawaran masuk askar Johor, sebab di sana mereka pentingkan al-Quran dan Jawi.

"Masa temu duga, mereka tengok SPM saya jahanam tapi disebabkan saya ada talian hayat sekolah agama sampai darjah enam dan boleh baca al-Quran.

"Mereka pelik saya boleh pandai mengaji dan baca jawi, saya jawab yang saya tak bodoh cuma saya pemalas saja!" jelasnya.
 

Sumber : MStar

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 3-8-2024 04:12 AM
Oh baru tahu syarat nk jd tentera kena pandai mengaji
Quote kaedahnya 3-8-2024 04:42 AM
dah tu asal tak masuk tentera macam ajak tu
Quote slyfynx 3-8-2024 05:19 AM
Ade jgk org layan Dol's Podcast ni ye.
Dengan penipu, pencurang, semua pakej ade kt situ
Quote MisXoXo 3-8-2024 05:30 AM
Ramai ja tgk. Dan view blh tahan juga.
Quote Cyempaka 3-8-2024 08:07 AM
Gebang setinggi awan ye dia ni.. last2 nampak bodoh tin kosong je.
Aku pun boleh mengaji dan baca jawi. Harap2 pasni dapatla masuk askar
Quote drivethru 3-8-2024 09:29 AM
So....dah boleh agak kenapa dia kena buang dari group sepahtu.
Quote scarflicious 3-8-2024 09:33 AM
Owh..tentera johor.
Quote siasia 3-8-2024 09:34 AM
Menyampah nyaa dgn org yg suka sembang mcm ni. Jenis nk up up diri je. Jenis dtg rumah org beraya sangap menceceh jumpa dato sana bisnes dato sini. Padahal kau pun keje apa je.
Quote mawardia 3-8-2024 11:05 AM
Wah! Tu je syarat nak masuk askar?
I should have applied!

Mesti terus diserap ke dalam unit KAGAT kan.
Ada Mamat sekali.

Tapi I officer la. Mamat keje bawah I.
Quote bro_kr 3-8-2024 01:18 PM
drivethru replied at 3-8-2024 09:29 AM
So....dah boleh agak kenapa dia kena buang dari group sepahtu.

Yes. Now we know why...

Dulu-dulu ada la terfikir, why la Sepah buang Mamat ni. Yer la dah katanya diorang Bff dari zaman sekolah lagi. Siap kenal mak ayah masing-masing. Tup tup bila Sepah dah popular dan banyak buat duit, Mamat kena buang dari group. Jep dan Shuib buat group Sepah2. Kesian la gak masa tu tengok Mamat ni..

Now we know why.
Quote dua_chzy 3-8-2024 03:04 PM
noor2 replied at 2-8-2024 08:12 PM
Oh baru tahu syarat nk jd tentera kena pandai mengaji

Asokar Johor sis. Johor Military Force gitu. Bukan ATM. Johor hado asokar sindri.
Quote noor2 3-8-2024 03:18 PM
dua_chzy replied at 3-8-2024 03:04 PM
Asokar Johor sis. Johor Military Force gitu. Bukan ATM. Johor hado asokar sindri.

Oh ye ke.....
Quote flipolivio 3-8-2024 03:32 PM
drivethru replied at 3-8-2024 09:29 AM
So....dah boleh agak kenapa dia kena buang dari group sepahtu.

Kenapq chuols?
Quote flipolivio 3-8-2024 03:33 PM
bro_kr replied at 3-8-2024 01:18 PM
Yes. Now we know why...

Dulu-dulu ada la terfikir, why la Sepah buang Mamat ni. Yer la dah katan ...

Kenapa dia kena buang?
Quote dua_chzy 3-8-2024 03:44 PM
noor2 replied at 3-8-2024 07:18 AM
Oh ye ke.....

Iyooooo. Tak silap Johor ja satu2nya negeri ada askar sendiri. Askar huntok jaga keluarga diraja, lebih tepat lagik.
Quote Itzy 3-8-2024 04:59 PM
Tak perlu la guna ayat durhaka kata mak kau zalim. Podcast tu ramai kot yang dengar. Bangang ke apa ni.
Quote ReginaGeorge 3-8-2024 05:53 PM
Mereka pelik saya boleh pandai mengaji dan baca jawi.
Quote zuriey 3-8-2024 06:13 PM
Tak.ko mmg bodo..

Quote sleepandream 3-8-2024 09:06 PM
iols tak tengok podcast ni... tapi iols positif jah kalau heols nak bangga pandai mengaji... benda baik kita puji lahhh

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.146683 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top