Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 65, masih tertanya-tanya mengenai tindakan anak lelakinya, Zaki Yamani yang merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh Mei lalu sehingga ke hari ini. Memetik BH Online, Jamal berkata anaknya itu hanya membisu apabila diajukan soalan mengenai keputusan peperiksaannya itu namun tetap bersikap terbuka sekiranya keputusan kurang memuaskan. “Saya sendiri tak tahu kenapa Zaki nak rahsiakan keputusan peperiksaannya. Saya sudah hantar mesej menerusi WhatsApp dan minta abangnya, Osama Yamani untuk menghubungi adiknya itu, tapi tetap tak nak beritahu. “Sebagai bapa saya faham, dia mengikuti pelajaran secara dalam talian dan bukannya pergi ke sekolah. “Jadi, untuk lulus dengan cemerlang mungkin agak sukar. Tapi, saya bersikap terbuka, kalau betul keputusannya kurang memuaskan, dia boleh kembali belajar.
“Lagipun, Zaki masih muda dan peluang masih terbuka luas,” katanya. Sementara itu, Jamal turut meluahkan rasa teruja apabila mengetahui Zaki baru menjalani temu duga untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). “Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan. “Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu teruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.” katanya. Sebelum ini, Zaki berkata dia lebih selesa menyimpan perkara itu sebagai privasi miliknya dan ada menerima tawaran daripada beberapa IPT namun belum membuat keputusan kerana masih menunggu tawaran daripada UiTM merupakan idamannya. Apapun, rasanya boleh periksa keputusan SPM dengan di atas talian dengan memasukkan nombor kad pengelanan. Sumber : BH Online WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
airmineral replied at 5-8-2024 09:03 AM
Ko as bapa xkan xtau ic anak?
fattymah replied at 5-8-2024 02:19 AM
Uitm tak masuk lagi ke.. hat asasi dengkil minggu lepas dah daftar
Retis khuenz.. baik p ipts je.. a ...
Prickford replied at 5-8-2024 10:46 AM
UiTM music bagus. Equipment cukup & tenaga pengajar sangat2 profesional. Ada yg praktikal pon dgn ...
limau_lemon replied at 5-8-2024 10:11 AM
Sbb apak dia hanya bg nafkah Zahir aka Wang ringgit. Yang lain yillek Kan..dia rasa xpenting la tu n ...
fattymah replied at 5-8-2024 10:19 AM
Uitm tak masuk lagi ke.. hat asasi dengkil minggu lepas dah daftar
Retis khuenz.. baik p ipts je.. a ...
ADVERTISEMENT