CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Tertekan, Pemuda Gantung Diri Selepas Dua Tahun Menganggur

23-7-2024 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36830| Komen: 15



Gara-gara kemurungan selepas dua tahun tidak mendapat sebarang pekerjaan, seorang lelaki di Indonesia bertindak menggantung dirinya sehingga mati.

Menerusi laporan Detik, mayat lelaki yang dikenali sebagai HD itu ditemui oleh ibunya sendiri di rumah mereka yang terletak di Kecamatan Candi, Sidoarjo pada Isnin lalu.

"Menurut Ketua Polis Candi Pesuruhjaya Eka Aggriana, ibu mangsa berasa pelik dengan tindakan anaknya yang menutup pintu bilik setibanya mereka pulang ke rumah."

"Kebiasaannya mangsa yang sering membuka pintu ketika ibu bapanya pulang kerja. Tetapi pada hari kejadian, tiada siapa yang membukanya."

Ibu bapa HD kemudian bertindak memecahkan pintu bilik dan alangkah terkejutnya mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan badannya tergantung.

Mereka dengan pantasnya memotong tali gantung berkenaan dan membawa HD ke ruang tamu namun sayang, anak mereka sudah pun meninggal dunia.


"Dalam pada itu, hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa HD berbuat demikian kerana mengalami kemurungan selepas dua tahun menganggur."

"Daripada cerita orang tuanya, difahamkan, mangsa sudah dua tahun menamatkan pelajaran di sebuah Universiti dan selama itu dia langsung tidak mendapat pekerjaan."

Sebenarnya pihak keluarga sudah berusaha untuk mencarikan pekerjaan untuknya, tetapi sehingga saat ini mangsa masih belum mendapatkannya.

Mayat HD kini berada di Hospital Bhayangkara Porong bagi tujuan bedah siasat.

Sumber: Detik.com, OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-7-2024 10:26 PM
@nusaraya kata sebab Malaysia beraja sebab tu Indonesia tiada pekerjaan. Ehhhh
Quote stompuper79 23-7-2024 10:35 PM
poor guy. harsh reality.
Quote B40tastePosh 24-7-2024 12:51 AM
stompuper79 replied at 23-7-2024 10:35 PM
poor guy. harsh reality.

Nak panen buah sawit di Malaysia, mulut dah terlajak cakap dalam facebook dan youtube.

Better jadi content creator macam Tren Publika.
Quote biozipstar 24-7-2024 04:13 PM
bukan islam eh sebab bunuh diri. waduh
Quote gigahertz 24-7-2024 04:25 PM
B40tastePosh replied at 23-7-2024 02:26 PM
@nusaraya kata sebab Malaysia beraja sebab tu Indonesia tiada pekerjaan. Ehhhh

I dah check si mati tu lokasinya di mana.
Rupanya pulau jawa. 5 jam perjalanan
dari kota jakarta.
Quote Perils 24-7-2024 06:41 PM
B40tastePosh replied at 23-7-2024 10:26 PM
@nusaraya kata sebab Malaysia beraja sebab tu Indonesia tiada pekerjaan. Ehhhh

Udoh2 le tu tag saka mu sundirik.dah 2024 pun rajin pakai MN erk.lg brp bln je nk 2025.x cukup dgn kisah fake kengkonon kawen dgn JUSA
Quote SalenaGomez 24-7-2024 06:58 PM
Perils replied at 24-7-2024 06:41 PM
Udoh2 le tu tag saka mu sundirik.dah 2024 pun rajin pakai MN erk.lg brp bln je nk 2025.x cukup dgn ...

Lorhhh org yg sama ke?
Quote Tinot7 24-7-2024 07:57 PM
Takziah kpd keluarga
Quote Minami2013 24-7-2024 08:51 PM
Edited by Minami2013 at 24-7-2024 01:12 PM

Life skrg mmg challenging. Mcm i komen sblm ni, i dah jumpa ramai yg muda2 ada mental health issue.
Quote mojarean_X 24-7-2024 08:55 PM
Siannya.....kwn iols baru hilang keje. Ada anak 2, bini sorang dan scandal sorang. Semoga dipermudahkan utk mereka2 yg sukar dpt kerja ni
Quote ninja boy 24-7-2024 09:09 PM
Sana penduduk ramai ratus juta apalagi senang berkonten2 scam2 macam2 boleh bikin, makin ramai penduduk semakin persaingan mendapat kerja
Quote sayurmayur88 25-7-2024 02:05 PM
1. hidup ini keras
2. gen Z kena lebih tabah, pendidikan penting (klu bukan orka), skill hidup penting
3. semoga Allah memandang arwah dengan sifat rahmat Nya (klu dia muslim) sebab dosa bunuh diri ni dosa berat
salam takziah..
Quote Dysania@72 25-7-2024 02:10 PM
banyak berita konoha, reput cari dual citizenship kah? hehhehe
Quote pokokmeranti 25-7-2024 03:02 PM
buka la kedai pam tayar, sekali pam angin 500 rupiah...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061027 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top