CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Terkena Sihir Pemisah, "Tiada keinginan untuk bersama dan Kemaluannya kerap berdarah tanpa sebab"

23-7-2024 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33161| Komen: 2



Seorang lelaki telah disihir dengan teruk sehingga menjejaskan hubungan dengan isteri serta mengalami kesakitan di kemaluannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok oleh sebuah pusat rawatan Islam iaitu Rawatan Ar Syifa, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi sambil meronta kesakitan.

Difahamkan lelaki tersebut telah terkena sihir pemisah yang menyebabkan hubungan bersama isteri telah terganggu.

"Tiada keinginan untuk bersama dengan isterinya kerana nafsu ‘dikunci’ dan kerap kali jatuh sakit bila nak bersama."

Lebih parah lagi sihir yang ada pada tubuh badan telah menyebabkan alat sulitnya berdarah.

"Kemaluannya kerap berdarah tanpa sebab."

"Allahu Akbar, semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan diberikan kesembuhan."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar lelaki tersebut dapat pulih selain mengecam tindakan individu yang tergamak menggunakan sihir untuk meruntuhkan rumah tangga.


Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut berkongsi pengalaman sama ketika mereka disihir.

"Pernah alami, bukan itu sahaja, tak ada nafsu makan dan deria bau hilang."

"Saya selalu ada kesan lebam dan tak ada nafsu dengan pasangan, Tapi kami okay sahaja, tak bergaduh."

"Saya pernah lalui dan sampai sekarang masih lagi merawat sebab benda jahat ni takkan pernah habis. Merata berubat tak dapat kesan, tapi bila dapat ustaz yang betul, baru tahu bertahun dalam badan saya, memang ‘dia’ suka duduk dekat kemaluan rupanya."

Sumber: TikTok Rohfa Perawat Wanita , OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 23-7-2024 10:31 PM
Ntah2 batu karang, gi darul sifuck terus claim sihir pemisah
Quote Thunderclouds 24-7-2024 06:41 AM
Salah bod la hanattt

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.034588 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top