CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah ditangkap khalwat dengan anak saudara

22-7-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34814| Komen: 13


JAKARTA – Seorang pensyarah sebuah universiti swasta di Gorontalo, wilayah Sulawesi Utara ditangkap berdua-duaan dengan anak saudaranya oleh isteri sendiri, lapor laman berita Detik.

Mereka ditemui berada di dalam bilik rumahnya di Bolango.

Menurut si isteri yang dikenali sebagai Windayani, anak saudara suaminya iaitu S, tinggal di rumah mereka.

Ujarnya, dia sudah mula berasa curiga mengenai hubungan kedua-dua pelaku sejak tahun lalu selepas suaminya sering menelefon S.

Disebabkan itu, Windayani secara senyap-senyap memasang kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya tanpa pengetahuan suaminya.

“Saya temukan beberapa barangan milik wanita lain di bilik saya dan suami. Itu bukti pertama dan saya terus memasang CCTV,” ujarnya.

Windayani kemudian membuat laporan polis sebelum menangkap suami dan anak saudaranya di rumah mereka.


“Saya, polis dan penduduk menangkap mereka berdua di dalam bilik dan mereka dibawa ke balai,” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duriand24 22-7-2024 11:04 PM
Konoha rupanya
Quote sfrnna 22-7-2024 11:42 PM
Apalah. Igt kat MY.
Quote Ciktiekus 23-7-2024 07:27 AM
Duriand24: Konoha rupanya

Msia pon sama je
Quote Ytee 23-7-2024 07:49 AM
kat sana mmg mcm2
Quote KamikuP 23-7-2024 09:21 AM
GOBLOQ nya konoha
Quote sukacactus 23-7-2024 10:17 AM
Setakat tangkap khalwat negara seberang, xpayah la kot masuk CI ni
Quote Decaffeinated 23-7-2024 12:54 PM
sukacactus replied at 23-7-2024 10:17 AM
Setakat tangkap khalwat negara seberang, xpayah la kot masuk CI ni

Lubuk konten.

Yang ini dari Sulawesi. Actually tak payah keluar pulau jawa pun dah melambak2 bahan nak cover.

Quote BoongaKertas 24-7-2024 02:15 PM
ingatkan kat msia...ceh.
Quote gideoncross 28-7-2024 05:46 PM
Gmbr pun kabur
Quote yangsemb 28-7-2024 06:03 PM
Ewwww..apa2an
Quote damsel_fiji 28-7-2024 10:33 PM
woi editor sangkak, ko kalu sehari x bukak tred sampah pasal isu dari seberang x boleh boleh ke laknat????
Quote edayildiz 28-7-2024 10:51 PM
ank sedara maut
ni ank sedara nya sndiri kan..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071861 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top