CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis hilang seminggu ditemui di Triang

22-7-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34546| Komen: 26



BENTONG – Selepas seminggu pencarian akhirnya remaja perempuan berusia 17 tahun yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Felda Lurah Bilut ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja berkenaan, Nur Aina Faqihah Shahrizan,17, ditemui oleh orang awam di stesen bas di bandar Triang, Bera kira-kira pukul 2.30 petang.

“Remaja berkenaan telah dibawa ke balai polis berdekatan dan akan dirakam percakapan sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Keadaannya stabil dan kita akan buat pemeriksaan di hospital bagi keperluan siasatan,”katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan kes orang hilang semakin menjadi-jadi apabila tiga lagi kejadian terbaharu dilaporkan membabitkan tiga remaja perempuan di Petaling Jaya, Sungai Petani, Kedah dan Bentong, Pahang.

Dalam kejadian di Bentong seorang bapa dihimpit kebimbangan apabila anak perempuannya dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak Isnin lalu.


Shahrizan Mohd Daud,44, berkata, dia menyedari kehilangan Nur Aina Faqihah,17, selepas balik daripada kerja pada Isnin lalu.


Katanya, Nur Aina ada memaklumkan kepada adiknya dia hendak keluar dan selepas itu anak ketiga daripada tujuh beradik itu tidak lagi dapat dihubungi. 


Sumber: Kosmo


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Momohizan 22-7-2024 10:46 PM
Mak pak dah boleh dah hantar anak counselling + berkenalan dengan kawan anak2.
Quote Ytee 23-7-2024 07:53 AM
sian parents dok risau
Quote bbalik 23-7-2024 08:10 AM
udah lunyai, balik le...
Quote bulalof 23-7-2024 08:23 AM
kalau salah sendiri hrp kena tindakan.
Quote amyza 23-7-2024 08:26 AM
Merajuk dgn makpak kot terus lari rumah.
Tunggu dah keje ada gaji bulanan, baru lah cari bilik sewa dok sendiri ye adik.baru tau susah-senang sara diri sendiri.
Quote lucky_peace 23-7-2024 08:34 AM
Ooo ni budak lain dgn yg jumpa kt arau tu.. ramai tu yg hilang, sebaik dua selamat ditemui.
Quote supernaturalee 23-7-2024 09:07 AM
lucky_peace replied at 23-7-2024 08:34 AM
Ooo ni budak lain dgn yg jumpa kt arau tu.. ramai tu yg hilang, sebaik dua selamat ditemui.

yg laki bwk teksi umur 33 tu pun dh jumpa
kt klang ke kola sgor kot
tu pun selamat
dipercayai ada mslh peribadi or something

tgl adik umur 6 tahun yg hilang kt eco galleria iskandar puteri tu je yg x jumpa lg
ni kita ckp psl kes2 yg hilang dlm seminggu ni ye


Quote syamzana 23-7-2024 09:30 AM
supernaturalee replied at 23-7-2024 09:07 AM
yg laki bwk teksi umur 33 tu pun dh jumpa
kt klang ke kola sgor kot
tu pun selamat

yang bdk freehair asal n9 kot kes awal sebelum budak ni dgn lelaki grab tu dah jmp belum? yg tu katanya before ni pernah hilang jugak. cun la jugak bdknya.

hilang dpt blk semula even makpak geram naik antu skalipun ok lagi la, jgn jd mcm arwah kartini sudah.
Quote kotakbaju 23-7-2024 09:34 AM
supernaturalee replied at 23-7-2024 09:07 AM
yg laki bwk teksi umur 33 tu pun dh jumpa
kt klang ke kola sgor kot
tu pun selamat

Macam berjangkit pun ada.

Start kes hilang, lepas tu deret kes hilang.
Start kes kena keracunan, lepas tu ada je pulak kes yang sama.
Kes pesawat terhempas pun sama jugak. Mesti ada lagi kes sedemikan lepas tu.
Quote kotakbaju 23-7-2024 09:36 AM
syamzana replied at 23-7-2024 09:30 AM
yang bdk freehair asal n9 kot kes awal sebelum budak ni dgn lelaki grab tu dah jmp belum? yg tu ka ...

Rasanya apa tindakan yang terbaik untuk halang kes macam ni berulang lagi (macam soklan kbat pulak )
Quote syamzana 23-7-2024 10:00 AM
kotakbaju replied at 23-7-2024 09:36 AM
Rasanya apa tindakan yang terbaik untuk halang kes macam ni berulang lagi (macam soklan kbat pulak ...

diluar kotak pemikiran iols
bila hilang rasanya mau iols masuk spital, dah jmp akan jadi singa, pastu silent treatment habis segala iols solex agaknya

hrp kita tak diuji sebegini. anak remaja iols ni pun kdg kala ada jugak memberontak. bawak pergi holiday pun merentan sbb syg nak tgl bilik
bila tak kemana2 bising plak
bila tnya itu ini kdg2 malas nak jwb, iols plak pantang betul bila bertanya takde jwpan

Quote noell 23-7-2024 10:17 AM
ooooo ini budak 50kilo tuh so sila timbang beliau semula
Quote lucky_peace 23-7-2024 10:18 AM
supernaturalee replied at 23-7-2024 09:07 AM
yg laki bwk teksi umur 33 tu pun dh jumpa
kt klang ke kola sgor kot
tu pun selamat

Dengan dua org pakcik kutip siput kt bakau pantai remis, masih belum jumpa.
Quote nolya 23-7-2024 10:21 AM
kotakbaju replied at 23-7-2024 09:36 AM
Rasanya apa tindakan yang terbaik untuk halang kes macam ni berulang lagi (macam soklan kbat pulak ...

Benarlah dikiaskan dek orang2 dulu,  kerbau-lembu sekandang lebih mudah dijaga drp anak gadis seorang. Payah dn pening kepala makbapak mikirkan bagaimana nak jinakkan anak2 supaya tidak lakukan hal2 yg boleh timbulkan rasa bimbang dn takut kpd makayahnya. Kpd orang ramai/warganet, apakata kita semua bincang kenapa dan bagaimana hendak mencegah hal ini drp berlaku?

Pertama:  keakraban, hubungan dn rasa kasih sayang-rindu anak2 terhadap makayah mcmana? Adakah bila tak jumpa makayah/adik beradik  lebih 24 jam tak ada rasa rindukah kpd keluarga. Apa sebab sebenarnya yg membuatkan si anak keluar rumah tanpa ada rasa tanggungjawab untuk memberitahu keluarga terlebih dahulu? Si anak tu nak pergi, pergi ke mana, untuk apa? Berapa lama, bekalan  pakaian dn duit belanja ada? Apakah si anak tak ada rasa curiga/bimbang kot tiba2 sesuatu yg tidak baik/musibah terjadi ke atas dirinya, bagaimana?

Keakraban makayah terhadap anak2 wajib dn perlu diperkukuhkan lagi. Zmn yg serba canggih dn penuh penipuan ni sangat2 mengkhuatirkan. Parents kena lebih peka kpd setiap aktiviti anak2, harus lebih berpesan2 supaya jaga diri, waspada dn jgn terlalu ramah dgn orang yg tak dikenali.
Pesan kat anak2, sila beri tahu kalau nak kemana2, untuk apa, naik apa: bas, motor, grab, lrt-mrt, baliknya pukul berapa, dn sewaktu2 tel. si anak untuk tau keberadaan dia di mana. Tak lupa iringi kasih sayang (peluk-cium) dn doa selamat agar langkah anak yg berpergian sentiasa dilindungi olehNya, semoga anak selamat pergi-balik. Keakraban dn bonding yg erat antara makayah dgn anak2 perlu diterapkan seawal didikan, selebihnya sandarkan kpd berkat doa yg sentiasa mengharapkan kebaikan dn keselamatan.  

Quote kotakbaju 23-7-2024 10:25 AM
syamzana replied at 23-7-2024 10:00 AM
diluar kotak pemikiran iols
bila hilang rasanya mau iols masuk spital, dah jmp akan jadi sin ...

Banyak2 berdoa la uols minta dilembutkan hati si anak tu. Umur2 remaja gini kena jadikan kita ni sebagai kawan diorang. Iols rasa iols penah jadi cam anak uols tu. Selalu dok terperuk dalam bilik, tapi dah lama sangat bosan pulak, macam nak pi berjalan pun ada. Dah pi berjalan teringat kat bilik pun ada, cam nak cepat2 balik. Sebenarnya iols pun tak paham nak apa
Quote meah_kelabu 23-7-2024 10:28 AM
kdang2 maleh nk bace cite budak skolah umo 12-16 tahun hilang sbb ni la
menyusahkan org je
rase nk sekeh sekor2
ddk rumah makan free, spenda smua org beli pn nk memberontak bagai
dia ingt dgn sijil ape xde tu nk kuar keje nk bole dapat gaji 2500 ke bole sewa rumah hidup sndiri ckup bulan g hiling2.. bingai
Quote kotakbaju 23-7-2024 10:37 AM
nolya replied at 23-7-2024 10:21 AM
Benarlah dikiaskan dek orang2 dulu,  kerbau-lembu sekandang lebih mudah dijaga drp anak gadis seor ...

Setuju dengan pandangan acik nolya.

1. Keakraban ibu bapa terhadap anak2.
2. Doa kepada Yang Maha Esa.

Tapi acik, saya perasan, anak remaja ni mereka lebih mencari2 identiti sendiri. Tak tahu nak ikut mana, nak jadi apa. Ini berdasarkan pengalaman sendiri waktu jadi remaja dulu2. Apa yang ada depan mata itu la yang menjadi ikutan. Pengaruh kawan2 sebaya. Tambah pulak tak boleh berfikir yang mana betul yang mana salah.

Jadi macam mana kita nak buat kalau berhadapan dengan situasi macam ni?
Quote nolya 23-7-2024 11:54 AM
kotakbaju replied at 23-7-2024 10:37 AM
Setuju dengan pandangan acik nolya.

1. Keakraban ibu bapa terhadap anak2.

Pendidikan dn kawalan makayah kita dulu, zmn dulu sangat autokratik. Strick/tegas, no is no, tak boleh bantah dn anak2 sangat akur, tak berani membantah. Tu kadang2 anak2 minta emak atau ayah jadi orang tengah bgi dptkan keizinan: "Tanya ayah dulu atau tanya emak dulu" sampai begitu.  Tetapi hari ini, asuhan sedemikian tak boleh diterapkan lagi: mengongkong namanya dn anak2 akan lebih memberontak.
Nampaknya, zmn skr ibubapa harus mengubah cara asuhan dn didikan kpd anak2.  Tak boleh lagi bersikap authoritarian: Keras dn tegas.
Parents kena ada understanding, menjadi kawan, bersahabat dn membina kemesraan tanpa melunturkan hak sbg parents. Cara didikan makayah kita dulu dah ketinggalan zmn, bahkan hari ini parents garang/merotan anak2. So pendekatan yg boleh diterapkan ialah untuk sentiasa bertanya khabar 'Are U okey today?', sekolah mcmane? Semak juga interest kokurikulum anak di bidang apa: Scout/ketenteraan/sukan padang/renang/muzik band..... beri galakan.  

Kawan anak2, Yes, merekalah yg banyak pengaruh mencalarkan sahsiah anak2 kita, therefore parents kena ambik tau siapa kawan2 anak kita. Adakah mereka dari kalangan yg berperangai tak baik/merokok/vape/rempit/dadah atau yg bermasalah? Anak2 remaja yg katanya ingin berkumpul bersama2 kerana nak ulangkaji pljrn, apa kata anak2 jemput kawan2 dtng ke rumah, buat tusyen sama2  dn parents yg mampu, sediakanlah sedikit kudapan/hidangan ringan dn minuman (kopi/teh/sirap) atau masing2 bawa bekal/air kotak sendiri. Kalau keadaan di rumah tidak kondusif, ambik tau tempat mana anak2 nak berkumpul sambil belajar dan semak kewajaran waktu mereka berpergian. Anak2 remaja perlu ada 'curfew period' semoga anak tak terlibat dgn hal2 tak baik dn jenayah.
The dos n don'ts ni memang susah nak diterapkan lantas makayah kena beritau kpd anak kenapa makayah buat aturan sedemikian. Suka-tak suka kena pantak nasihat begitu selalu/ulangkali supaya anak mengerti/faham. Jika anak terlibat dgn perkara2 yg menyangkut undang2 dn kepolisian, tanya anak, apakah mereka mau hal begitu terjadi. Anak nak jadi apa sebenarnya.  Tak kesian kpd makayah?
Last but not least, doa dan  pesanan iman sangat penting, tanya anak dah solat ke belum dn pastikan anak di rumah sebelum maghrib.
Hari ini kehidupan duniawi sangat mencabar ttpi amalan ukhrawi adalah suluhan kesejahteraan.


Quote Chah21 23-7-2024 11:55 AM
I dulu klu x jawab soalan parents kena tibai satu badan,,lebam habes.. tp tula i xnk jwb sbb taw dh bukan dilayan pon isihati i . Jadi better i x jwb tp kena pukul.. dr mengharap parents memahami tp diberi ayat pedas... Huhuhuhu.. tp klu ank u xpernah kena pukul, hurmm mmg i simpati la kt u sbb diuji kesabaran sbg parents

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.050897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top