BANDAR KUWAIT – Sepasang selipar yang biasa dipakai untuk ke tandas mempunyai tanda harga 4,590 riyal Kuwait (RM68,899) di sebuah butik di Kuwait baru-baru ini sekali gus mengundang perhatian orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin. Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman X oleh akaun @trndkw__, seorang penjual mempamerkan sepasang selipar ‘jepun’ berwarna putih dengan tali dan tapak getah berwarna biru. Lebih mengejutkan, harga yang diletakkan adalah 4,590 riyal seolah-olah selipar itu barangan berjenama prestij. “Fesyen terbaru ‘Zanouba’ bermula pada harga 4500 riyal,” demikian menurut keterangan video itu. Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen terkejut dengan harga yang ditawarkan untuk sepasang selipar itu. “Pada ketika ini, mereka cuba menjual apa sahaja kepada orang kaya,” kata seorang netizen.
“Di India, anda boleh mendapatkan selipar ini pada harga cuma 60 rupee (RM3.35),” kata netizen lain. – AGENSI Sumber: Kosmo Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
Safirania replied at 21-7-2024 01:00 AM
Teringat selipar tat sing
ADVERTISEMENT