CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu e-hailing, Syahrul Asyraf hilang seminggu lalu sudah dijumpai selamat di Klang

19-7-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43077| Komen: 26



AMPANG JAYA – Polis mengesahkan pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang apabila kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu ditemukan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan di Klang, Selangor.

“Disahkan, pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang ditemukan oleh sepasukan Polis Ampang Jaya di Klang, Selangor sebentar tadi.

“Kenyataan media akan dikemukakan setelah laporan penuh dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 5.40 petang tadi.

Semalam, Kosmo! melaporkan pihak polis menerima laporan kejadian Orang Hilang (OH) Syahrul Asyraf kira-kira pukul 4.17 petang, Ahad lepas.

Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah 12 Julai lalu.


Ketika itu dia sedang bekerja memandu kereta nombor pendaftaran VCE 4826 jenis Proton Persona berwarna coklat pada tarikh 12 Julai lalu.

Lelaki tersebut dimaklumkan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing di bawah syarikat tempatan.

Pada 3 Julai lalu merupakan kali terakhir beliau menetap di rumah salah seorang ahli keluarga yang berada di kawasan Pandan Jaya, di sini. 


Sumber: Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 19-7-2024 10:51 PM
Kesian dia...mungkin duit tak cukup, tu yg tidur dlm kereta lebih 2 miinggu
Quote Manusiabesa 19-7-2024 11:01 PM
Sedihnyaaa... itulah lelaki bergelar bapa. Klu diam seribu kata mata merenung jauh skli skala tarik nafas besar tp bila ditny jwb nya tiada apa2..--- tu sbnrya tgh ada mslh besar... tp telan sndiri sbb xsnggup anak isteri menanggung risau... tu akhir2 nya xbalik rumah tdur dlm kreta.. fasa ekonomi negara skrg ni truk..aku sedih tgok rider2.... bila aku gaji aku mls masak aku kerap jugak ode bkn sbb hadap sgt masakan luar tp nk bntu juga pndptn dorg ni.... bila rate aku kasi rate full .moga allh beri kelapangan buat rider mknn, runner brg2 chopi, driver e hailing jua....

Balik la bang. Wife dgn anak boleh phm... pej zakat dan ajk masjid bole bg sumbangan sbnrya... cuma kena cool, boleh face2face dgn ajk masjid kariah. Xperlu lari mcm ni dh lain kali bang
Quote newyork 19-7-2024 11:05 PM
Kenapa ni..masalah duit ke apa..tension tu
Quote kechikchomel 19-7-2024 11:08 PM
Sukurrrr dia boleh pikir waras lagi. Setakat menghilangkan diri. Ghisauuu kalau dia tak pikir panjang, gi telan racun ke, terjun gaung ke. Nauzubillah!
Quote any42 20-7-2024 12:15 AM
Alhamdulillah msih selamat. semoga baik2 aje keadaan dia mental fizikal.
Quote gigahertz 20-7-2024 12:25 AM
kechikchomel replied at 19-7-2024 03:08 PM
Sukurrrr dia boleh pikir waras lagi. Setakat menghilangkan diri. Ghisauuu kalau dia tak pikir panjan ...

Kalau orang dulu2 anak tak balik. tapi di temui selamat org kampung.
next day kena kurung dalam bilik kunci dari luar.
Quote Suchi 20-7-2024 06:51 AM
Apa2 masalah bincamg la dgn keluarga
Sian anak bini yg risau keselamatan kamu
Kata nk hilangkan diri sbb masalah kewangan pun bitau laa
Rasa risau tu menyakitkan tau dak
Buat org tertanya2 keberadaan diri kita ni suatu tindakan pentingkan diri.
Bygkan bini call berpuluh kali sehari, dia nak makan pun taklalu
Mood dia sehari2 tak ok
Anak2 pun akan jd tak gembira juga la.
So kalau betul menyepikan diri sbb ada masalah sekalipun maklumkanla.

Quote B40tastePosh 20-7-2024 07:10 AM
gigahertz replied at 20-7-2024 12:25 AM
Kalau orang dulu2 anak tak balik. tapi di temui selamat org kampung.
next day kena kurung dalam bi ...

Mak meols dulu sebut " You'ld be grounded for a week ".

Maksudnya kene kurung la seminggu tak boleh main.
Quote B40tastePosh 20-7-2024 07:11 AM
Kesian...masa hilang tak viral pun.

Baru nak perhatian.
Quote Bungatulip1171 20-7-2024 07:13 AM
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki utk pemuda ini
Quote bottombikini 20-7-2024 07:24 AM
kesian dgr sampai tido dlm keta
hidup ini keras
Quote gigahertz 20-7-2024 04:12 PM
B40tastePosh replied at 19-7-2024 11:10 PM
Mak meols dulu sebut " You'ld be grounded for a week ".

Maksudnya kene kurung la seminggu tak bol ...

power mak u cakap english

mak i dulu dia jeling je....lepas tu dia kira  1...2....3.
tu dulu la ....sekarang dengan cucu tak berani .....
tak adil sungguh. dengan anak sendiri bukan main jeling2 jerit
dengan cucu sendiri di baginya cadbury la , M&M la.....
Quote jejaka_hensem 20-7-2024 04:21 PM
Nak kena check apa yg patut tak ni?
Quote kaedahnya 20-7-2024 04:24 PM
aku rasa dia bujang, baru mai dari melaka ke? pastu duk rumah sedara sat then gaduh, so dia pun tidur dalam kereta.
Quote B40tastePosh 21-7-2024 02:28 AM
Edited by B40tastePosh at 21-7-2024 02:32 AM
gigahertz replied at 20-7-2024 04:12 PM
power mak u cakap english

mak i dulu dia jeling je....lepas tu dia kira  1...2....3.


Biasa camtu lah dgn cucu syg sgt siap back up.

Kitorg dulu kalau kena kurung baca magazine- komik macam hype, utopia dlm bilik.

Suka sangat tengok toys dlm tu tapi tak tahu nak beli camne sebab kitorg duduk kat Sabak Bernam.
Quote shernazz 21-7-2024 01:30 PM
Manusiabesa replied at 19-7-2024 11:01 PM
Sedihnyaaa... itulah lelaki bergelar bapa. Klu diam seribu kata mata merenung jauh skli skala tarik  ...

Itu lah..
Iols selalu juga order grab bila.di.rumah..
Order bukan.apa pung.
Makanan ringan.untuk anak2 since depa malas keluar rumah sebab nak rehat je..
Biasa iols bg tips juga lah
So far takde yang bongkak.dan.kurang ajar yang htr ke rumah iols
Alhamdulillah
Quote shernazz 21-7-2024 01:31 PM
Suchi replied at 20-7-2024 06:51 AM
Apa2 masalah bincamg la dgn keluarga
Sian anak bini yg risau keselamatan kamu
Kata nk hilangkan diri ...

Lagi plak nanti mak mertua la anak2 la semua tanya benda sama..
Tak ke stress wife tu..
Mula la speku mcm2...betul tak?
Quote Carcosa 22-7-2024 12:49 AM
Dah kawin ke abang ni? Ke single?
Sampai tertekan mcm ni. Kesian family oiii risau.
Quote zorrro_03 22-7-2024 09:45 AM
madanon kena ambil perhatian benda2 mcm ni.  jgn ke hulu ke hilir gila glam

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.288428 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top