CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden Hilang Kerosin Jet-A1 Di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang : 6 Ditahan Termasuk 3 Anggota Polis

19-7-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23889| Komen: 15



Kuala Lumpur: Polis menahan enam individu termasuk anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api Kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan bahan api berkenaan Isnin lalu.

"Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor membuka kertas siasatan bagi menyiasat kehilangan bahan api berkenaan.

"Hasil siasatan dijalankan beberapa siri tangkapan dilakukan Selasa lalu ke atas enam lelaki berusia 31 hingga 55 tahun.

"Polis mengesahkan tiga daripadanya adalah pegawai rendah polis yang bertugas di dalam Pangkalan Udara berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua individu berkenaan direman selama tempoh dua hingga tujuh hari bermula semalam.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Polis menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang walaupun kes membabitkan pihak polis," katanya.

Sumber: Harian Metro




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 19-7-2024 08:46 AM
Woowww. Berapa agaknya value kerosin yg hilang tu ya
Quote nusaraya 19-7-2024 08:53 AM
Apakah ini pertanda bahwa budaya mencuri sudah tertanam dalam DNA orang melayu mulai dari level bawah hingga level tertinggi atau level PM ?
Quote SalenaGomez 19-7-2024 08:56 AM
nusaraya replied at 19-7-2024 08:53 AM
Apakah ini pertanda bahwa budaya mencuri sudah tertanam dalam DNA orang melayu mulai dari level bawa ...

Kalau konoha budaya rasuah dan mencuri dlm DNA. Lagi dasat
Quote ctaz 19-7-2024 09:04 AM
polis lagi.........

Quote tungkai 19-7-2024 09:39 AM
Mmg imej polis rosak sekarang ni
Quote KamikuP 19-7-2024 10:17 AM
Polis rasuah, bunuh org, langgar budak sampai mati, rogol tahanan, kawin2 - 3, ada anak/cucu luar nikah berpisah tiada.
Mohon PDRM tapis jangan bagi budak rempit kelas belakang jadik polis.. ekekekehuhuuhu
Quote lo_la 19-7-2024 10:21 AM
Lor… jet A1 pun. Ingat diesel je
Sape buyer tu?
Quote Bungatulip1171 19-7-2024 10:28 AM
Macam mana polis boleh terlibat ni
Quote kemaruk 19-7-2024 10:30 AM
Eh bukan ke najib jer boleh sign borang bawak keluar barang dari stor tentera
Quote mawardia 19-7-2024 04:59 PM
Penat I ol seminggu melahar polis.
Maleh dah nak lahar.  

Semoga polis jahat cepat mampus.
Semoga polis baik dipermudahkan urusan.
Quote edayildiz 19-7-2024 05:07 PM
polis lg
ye la polis tu kbykn bdk kls blkg klau yg pangkt bawahan...sbb tubuh helok cukup inchi blh la jd polis..
jpj mcm xdgr sgt kontrobesi kn
kalau yg insp ke atas tu pulakkk dorg ni tpksa jd polis sbb kdg xdpt kejaa
Quote otai_g 19-7-2024 05:45 PM
LoL mcm ni kalo negara luar nak tawan msia sng jer. Rasuah je org dlm srh sabatoj. Baru jet nak berlepas tetiba br perasan eh minyak x Ada. Mcm mn nak terbang ni.
Quote Firenzza 19-7-2024 06:19 PM
Lepas ni madanon ada alasan nak naikan rega minyak tanah le
Quote Ytee 23-7-2024 01:15 PM
aduh..lagi kes polis
Quote yenil95 23-7-2024 03:10 PM
POLIS lagi?..

Ramai jer polis yang baik baik tapi yang masuk berita semua yang buat hal.

Harap PDRM buang semua polis yang tak berguna macam ni.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.292253 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top