CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta rempuh kenderaan polis: 3 ditahan, seorang lagi diburu

19-7-2024 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22433| Komen: 2



Pasir Gudang: Polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan yang merempuh kenderaan polis serta nyaris mencederakan anggota dalam kejadian jam 12.20 tengahari hari ini di Jalan Pulasan 17, Taman Kota Masai di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku ketika polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Seri Alam menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki tempatan untuk diperiksa.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dijalankan, sebuah kereta dipandu secara melulu ke arah anggota polis dan merempuh kenderaan polis.

"Keadaan itu mengakibatkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta bagi mempertahankan diri.

"Susulan kejadian itu, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 24 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama memiliki dua rekod kesalahan jenayah dan tiga rekod kesalahan dadah manakala suspek kedua memiliki satu rekod kesalahan jenayah dan dua rekod kesalahan dadah selain suspek ketiga memiliki dua rekod kesalahan dadah.


"Hasil ujian air kencing dijalankan, kesemua suspek yang ditangkap didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

"Kes juga disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan atau memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara hingga tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh orang dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera kepada mana-mana individu, maka pesalah hendaklah dipenjara sehingga 20 tahun." katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan esok.

Menurutnya, usaha bagi mengesan seorang lagi suspek masih bebas berkaitan kejadian di Taman Kota Masai masih dijalankan.

Katanya, lelaki warga tempatan yang sedang diburu itu adalah Mohd Syakirin Mohd Samsudin berusia 25 tahun.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintendan ASP Mohd Afzan Musa di talian 016-2956969," katanya.

Terdahulu Sohaimi juga menafikan kejadian mengakibatkan kematian penjenayah seperti ditular di media sosial.

Sumber: Harian Metro




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 19-7-2024 08:21 AM
Kalo ikut teori freeshiping, positip dadah sebab kena cocok polish
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:55 PM

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.028178 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top