CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kualiti Rakaman CCTV Kemalangan Di Kelantan Raih Perhatian Netizen

18-7-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28984| Komen: 37



Walaupun sudah berada di dalam era serba moden ini, boleh dikatakan majoriti hasil rakaman CCTV di kebanyakkan lokasi masih dengan kualiti rendah.

Hal ini sekaligus memberi kesukaran kepada pihak tertentu dalam mengesan aktiviti atau kenderaan yang berkait kemalangan atau jenayah.

Namun sebaliknya buat sebuah negeri yang berada di timur laut Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan di mana sebuah rakaman CCTV berhubung satu kemalangan yang berlegar di media sosial meraih perhatian netizen.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah dengan kualiti rakaman yang cukup jelas dan beresolusi tinggi walaupun pada waktu malam bahian mampu mengezum visual untuk lebih dekat.


“Tu yang aku cakap Selangor tak akan boleh jadi macam Kelantan. Dalam Pavi mall pun cctv macam 20 tahun lepas,” kongsi seorang netizen.


“Terima kasih kerana menengahkan benda yang positif dari Kelantan,” komen seloroh dari seorang netizen.

“Negeri paling clear CCTV,” komen seorang netizen.

“Bagus sebenarnya sebab boleh mudahkan banyak pihak,” kongsi seorang netizen lain.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kemampuan kamera CCTV yang digunakan di negeri berkenaan. Mana tidaknya, dekat Kuala Lumpur pn belum tentu kita dapat melihat kualiti rakaman sebagus di sana.

Ramai turut meminta pihak berkaitan di seluruh Malaysia untuk menggantikan kamera CCTV lama kepada yang lebih canggih kerana menjadi satu bukti kukuh jika berlaku kemalangan atau jenayah di kawasan awam.


Sumber : The Vocket


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 18-7-2024 10:48 PM
Alhamdulillah, sis!

Serambi 1 - Non-Serambi 0
Quote Thunderclouds 18-7-2024 10:58 PM
Air paip cm teh beng cctv tehtap 4k nokk.. Ko hadaa?
Quote shernazz 19-7-2024 07:09 AM
Tapi mmg elok lah cctv kelate sana..
Ada satu eksiden kat bandar tunpung jelas juga..
Eksiden moto n kete mcm ni juga..
Iols ada tengok dalam fb tahun lepas tak silap...
Quote swateng1 19-7-2024 11:06 AM
CCTV BRAND APA TU? PERGGHH CLEAR GILA
Quote mejaputih 19-7-2024 11:20 AM
iols nk komen part accident tu...traffic light yg salah ke sbnrnya? sbb belah sini masih hijau tp belah kanan kete dan motor pun jalan mcm hijau gak...
Quote zehra2 19-7-2024 11:23 AM
tu ler lampu hijau ke dua2 arah?
Quote insulin 19-7-2024 12:31 PM
Edited by insulin at 19-7-2024 03:02 PM
swateng1 replied at 19-7-2024 11:06 AM
CCTV BRAND APA TU? PERGGHH CLEAR GILA


www.geovision.com.tw
Quote kemaruk 19-7-2024 12:51 PM
Ini bukan cctv, tapi dslr

Takpun james webb telescope
Quote kemaruk 19-7-2024 12:52 PM
hyie replied at 18-7-2024 10:48 PM
Alhamdulillah, sis!

Serambi 1 - Non-Serambi 0

Kebangga @sekngucing
Quote Kitty_catz 19-7-2024 01:10 PM
shernazz replied at 19-7-2024 07:09 AM
Tapi mmg elok lah cctv kelate sana..
Ada satu eksiden kat bandar tunpung jelas juga..
Eksiden moto n ...

tunpung? ada ke nama tu?
tunjung ada lah
Quote naina 19-7-2024 01:11 PM
I syak CCTV baru pasang tu pasal.clear gila. Brand dan teknologi paling latest. Pavi punya tu sejak penubuhan pavi CCTV tak berganti.
Quote shernazz 19-7-2024 01:57 PM
Kitty_catz replied at 19-7-2024 01:10 PM
tunpung? ada ke nama tu?
tunjung ada lah

Tertaip tunpung
Sebenarnya tu pung
Hahaa
Jari dah beso ni payah
Quote Kitty_catz 19-7-2024 02:11 PM
shernazz replied at 19-7-2024 01:57 PM
Tertaip tunpung
Sebenarnya tu pung
Hahaa

hok alohhh mu nihhh
Quote missbigrockstar 19-7-2024 02:15 PM
mejaputih replied at 19-7-2024 11:20 AM
iols nk komen part accident tu...traffic light yg salah ke sbnrnya? sbb belah sini masih hijau tp be ...

Ya aku pun musykil dan perlu pencerahan juga.
Quote B40tastePosh 19-7-2024 03:20 PM
zehra2 replied at 19-7-2024 11:23 AM
tu ler lampu hijau ke dua2 arah?


Lampu Hijau kedua dua arah kerana PAS for ALL.
Quote ifanonline 19-7-2024 03:25 PM
kwsn yg banyak sangat cctv bahaya, admin cctv boleh tengok org mandi bogel
Quote supernaturalee 19-7-2024 03:26 PM
ok sgt clear
good job

yg pelik bezza putih tu dh betul dah, jln die hijau lagi
yg ramai2 dtg dr sblh kanan tu
msg2 menonong je
tak kan la hijau jugak kan

Quote jfq 19-7-2024 04:03 PM
Edited by jfq at 19-7-2024 04:06 PM

Aku baca kat mana tah cctv kelantan yg clear tu bukan gomen kelantan yg install. Private punya. Ada apek cina punya
Quote Clan204 19-7-2024 04:40 PM
huhuhu... apa kes tu... lampu trafik pening ke? tak mungkin belah yg langgar tu langgar lampu merah sbb byk kenderaan jalan pada masa yg sama

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top