CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saham Makin Naik, Park Hang-seo Jadi Rebutan

18-7-2024 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25861| Komen: 1



Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo kini menjadi rebutan beberapa pasukan yang mahu jurulatih itu mengemudikan skuad kebangsaan.

Antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Hang-seo ialah Kemboja dan juga India dimana dua pasukan ini baru sahaja berpisah dengan jurulatih masing-masing.

Menurut ejen jurulatih itu iaitu DJ Management, Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) menyatakan minat untuk melantik pengendali berusia 66 tahun itu sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

“Kami ada menerima beberapa tawaran dari pasukan sekitar Asia. Sehingga saat ini, kami masih belum membuat sebarang keputusan untuk Hang-seo menyertai mana-mana pasukan,” katanya.

Sebelum ini, Kemboja pernah melantik jurulatih dari Korea Selatan pada masa lalu seperti Yoo Kee-heung (2007-2008) dan Lee Tae-hoon (2013-2017). Nama paling terkenal pernah menjadi jurulatih Kemboja ialah legenda bola sepak Jepun, Keisuke Honda,dari Ogos 2018 hingga Januari 2023.


Satu lagi pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Park Hang-seo ialah India dimana pasukan itu sedang giat mencari jurulatih bagi mengemudi skuad kebangsaan.


Menurut laporan media India, Hang-seo merupakan salah satu calon dalam senarai akhir Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) dimana dua lagi jurulatih ialah Manolo Marquez dan Antonio Lopez Habas.

Sejak meninggalkan Vietnam pada Januari 2023, beliau banyak dikaitkan dengan beberapa pasukan terutamanya di peringkat Asia Tenggara seperti Singapura dan baru-baru ini Malaysia.

Hang-seo dianggap telah merevolusikan bola sepak Vietnam dimana pasukan itu telah mencapai beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa seperti naib juara AFC B-23 Tahun edisi 2018, pingat emas Sukan SEA 2019 dan 2021 serta Piala AFF Mitsubishi Electric pada 2018.

Sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu mendapatkan khidmat Hang-seo, maka mereka perlu segera untuk meyakinkan jurulatih itu bagi menjadi pengganti kepada Kim Pan-gon.


Sumber : The Vocket



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 19-7-2024 12:50 AM
Confirm jadi bahan lawak berunsur kedah.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.066676 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top