CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas 4 tahun beroperasi, Malakat Mall umum ditutup 31 Julai ini

18-7-2024 08:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31256| Komen: 27



PUTRAJAYA – Malakat Mall, Cyberjaya hari ini mengumumkan penutupan pusat beli-belah berkenaan pada 31 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim, beliau memaklumkan pihaknya menutup satu-satunya premis fizikal itu selepas empat tahun beroperasi.

Katanya, penutupan itu adalah bagi meneroka model perniagaan baharu.

“Imej pasar mesra Muslim dan mesra usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan berhenti di sini dan mesti diteruskan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian.

“Kami akan bina kekuatan asas kumpulan kami dengan memberi fokus kepada sistem dalam talian.

“Semoga usaha ini akan mencapai kejayaan di masa hadapan. Kami mohon doa dan sokongan yang berterusan agar perjuangan ini mencapai kejayaan di masa depan,” katanya dalam kenyataan di aplikasi Facebook hari ini.

Jelasnya, perniagaan makanan dan minuman akan berpindah ke dalam bangunan Casa DeMadani yang akan diubah menjadi Restoran “RumahMakan” yang lebih sesuai dan selesa untuk warga Cyberjaya.


“Unit peruncitan pula akan berpindah 100 peratus kepada perniagaan secara dalam talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan di www.malakat.com.

“Manakala, kedai Malakat Grocer akan hanya dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang,” ujarnya.

Dalam pada itu Mohd. Fadzil berkata, sempena penutupan premis fizikal, pihaknya turut mengumumkan jualan penutupan dengan diskaun aset-aset sehingga 70 peratus pada 20 Julai hingga 31 Julai ini. 

Sumber : KOSMO! ONLINE


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 18-7-2024 08:48 PM
Ni yg founder terlibat QM tu ke?
Quote sharlenetexas 18-7-2024 09:05 PM
RIP


Quote ulamalu 18-7-2024 09:07 PM
X pernah pergi.
Quote nikaido 18-7-2024 09:11 PM
Owner sembang BMF tapi duk jilat bontot apek scammer tauke quantum metal
Quote mat_arof 19-7-2024 06:42 AM
siapa nak datang tempat malaikat maut ni
Quote shernazz 19-7-2024 07:03 AM
Anak iols tadika yang dia jadi ceo tu..
So selalu lah jumpa fadzil ni kalau ada event...
Memula masa tahun 2015 tu takde apa pung..okay2 je..lepas tu dia ada jual.lauk2 frozen tau..mmg iols selalu lah beli stok untuk beberapa hari..haha...
Lepas tu dia buat macam mlm plak ..ape entah iols tak ingat...selalu lah masuk dalam email iols ucap hari jadi selain lhdn hahah..
Pastu nak buat rumah...under pkns..raudah.city ke apa...laki iols ada bagi nama untuk konon beli rumah...
Pastu share malakat mall rasanya..
Macam2 fadzil ni buat..
Dan yang iols rasa okay adalah lauk frozen..hahahaha ...
Weols mak mak kat tadika tu.mmg selalu beli
Lain2 iols tak amek port lah...
Quote airmineral 19-7-2024 08:51 AM
kenapa dia ada title "coach"?
dia coach apeee
Quote Normiang-Baru 19-7-2024 09:34 AM
hidup segan matey x mau
Quote Kitty_catz 19-7-2024 01:11 PM
tered dah ada la TT uii

baper banyak nak bukak?
Quote manop 20-7-2024 09:04 AM
ipan..mana ko
Quote mrseller 20-7-2024 06:39 PM
Melayu bodoh dgn slogan bmf kah?
Quote hyie 20-7-2024 06:51 PM
shernazz replied at 19-7-2024 07:03 AM
Anak iols tadika yang dia jadi ceo tu..
So selalu lah jumpa fadzil ni kalau ada event...
Memula masa ...

iols nampak kat ig ada orang komen: BrainyBunch..agittewww
Quote pooh~key 20-7-2024 09:04 PM
shernazz replied at 19-7-2024 07:03 AM
Anak iols tadika yang dia jadi ceo tu..
So selalu lah jumpa fadzil ni kalau ada event...
Memula masa ...

Lauk frozen heols contohnya apa yang chuols recommended sangat sissy?
Quote ajinomotonosuga 20-7-2024 10:56 PM
Edited by ajinomotonosuga at 20-7-2024 10:58 PM

Malaikat Maut....Malakat Mall

suweiiii
Quote shernazz 20-7-2024 11:08 PM
hyie replied at 20-7-2024 06:51 PM
iols nampak kat ig ada orang komen: BrainyBunch..agittewww

Yezza bener..huhu...
Quote shernazz 20-7-2024 11:09 PM
pooh~key replied at 20-7-2024 09:04 PM
Lauk frozen heols contohnya apa yang chuols recommended sangat sissy?

Iols selalu beli ayam.masak lemak dan ayam masak.merah...
Marveles...
Tak pasti sekarang ada jual ke tidak lagi..
Quote TOPwind 21-7-2024 12:32 AM
nama tak komesial lansung

Quote edayildiz 21-7-2024 12:40 AM
hmm xpnh p..nama pun x menarikk ..
Quote putriTS 21-7-2024 04:15 AM
Pernah la singgah 3 tahun lepas masa bulan puasa. Sendu yakmat. Supermarket dorang tak fully stocked, banyak brands yg tak pernah dgr even ada brand yg well known pun contoh utk shampoo, harga lebih mahal dari kedai lain. Vendor yg meniaga kat luar2 tu pun mahal. Butang baju melayu yg bodo pun, gi tekan smpi RM50.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.106886 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top