CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat

18-7-2024 08:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25857| Komen: 2


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut mengarahkan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu digantung selama enam bulan bermula hari ini susulan isu surat layang yang tular dan didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Sebelum itu Dewan Rakyat kecoh apabila tindakan beberapa Ahli Parlimen yang meminta speaker memberi peluang kepada Ahli Parlimen Machang mempertahankan dirinya.

“Daripada jumlah ahli berhormat yang tidak hadir 46, yang tidak mengundi tiga, yang tidak bersetuju 63 tetapi yang bersetuju 110, oleh demikian keputusannya adalah YB Machang digantung mulai hari ini selama 6 bulan,” katanya.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul agar Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen selama enam bulan.


Usul itu menyatakan, Wan Ahmad Fayhsal membawa perhatian suatu surat layang yang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya dan ia bukan saja memberi kesan buruk kepada individu yang didakwa tetapi juga secara umum kepada pegawai agensi di bawah kementerian, yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Ini susulan kenyataan beliau semasa perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 pada 1 Julai lalu, berhubung sepucuk surat layang yang tular dan didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Beliau juga secara terbuka turut menamakan individu terbabit yang didakwanya pegawai atasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Sumber : BuletinTV3



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 18-7-2024 11:01 PM
So..... Gaji kna gantung jgk x?
Quote stingerkentot 19-7-2024 11:11 PM

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.025735 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top