CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukar George Town kepada nama asal Tanjung Penaga - PAS

18-7-2024 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28252| Komen: 66



PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri agar mengembalikan nama asal George Town, iaitu Tanjung Penaga, yang menurutnya melambangkan ‘identiti Malaysia’

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Jan berkata, nama asal sesuatu tempat yang melambangkan identiti negara wajib diketengahkan, bukan ‘identiti yang diberikan penjajah’.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan susulan pengeluaran klip video promosi George Town Festival 2024 (GTF) yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

Menzahirkan kekecewaan PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz berkata, video itu seolah-olah menafikan semangat perpaduan masyarakat Pulau Pinang yang sebenar kerana budaya masyarakat Melayu tidak juga dipromosikan.

"Adakah ini satu lagi agenda terancang untuk menggambarkan George Town akan dimiliki oleh kaum tertentu sahaja? soalnya.


Adakah terdapat pihak tertentu ingin menafikan kewujudan penduduk asal yang menetap di Pulau Pinang sebelum penjajahan Francis Light?

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri agar mengambil tindakan terhadap pihak berkaitan agar keharmonian rakyat di Pulau Pinang terus terjaga.

Besar harapan PAS Pulau Pinang agar kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan mana-mana pihak menganaktirikan kaum Melayu dan sekadar menjadikan ‘kerajaan perpaduan’ kata-kata pemanis bicara, katanya.

Terdahulu penganjur GTF, Kerson Media Global Sdn Bhd memohon maaf dan menurunkan video promosi yang didakwa tidak menonjolkan budaya Melayu itu.

Menerusi kenyataan, jurucakap memaklumkan, semua klip video berkaitan telah dipadam di semua saluran media sosial dan laman web bagi mengelak ‘salah faham’.

Sumber : Freemalaysiatoday


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 18-7-2024 11:09 AM
tukar kereta2 import korang tu dulu naik kuda la senang.....duduk dalam gua sambil menunggang!
Quote manehnya 18-7-2024 11:35 AM
tobatlah dap nk tukar, mana mau nya, klu tukar buh nama depa  mau la
Quote ifanonline 18-7-2024 11:37 AM
George memang nama kapir...knp melayu tunduk dgn kapir?

nama2 kapir di malaysia patut di tukar
Quote annehuda 18-7-2024 11:54 AM
tp la kan, kalau komuniti berbahasa melayu kt Penang memang diorg pggl georgetown tu tanjung. kalau butterworth pulak diorg pggl bagan.  kat penang ada dua, bukit minyak dan bukit mertajam, tapi kalau bukit mertajam auto diorg pggl BM.
Quote melekaifc 18-7-2024 12:10 PM
ok je tukar ke bahasa melayu.
Quote fish 18-7-2024 04:58 PM
org lama2 sampai skrg pun panggil Georgetown tu Tanjung
Quote princessmiang 18-7-2024 05:00 PM
Alahai puak2 bangang ni
Quote ifanonline 18-7-2024 05:01 PM
lebih baik hapus sedikit demi sedikit sejarah penjajahan british ni...tiada faedah pun kpd umat islam malaysia
Quote kakikuDibibirmu 18-7-2024 05:03 PM
tukar kereta2 import korang tu dulu naik unta la senang.....duduk dalam gua sambil menunggang!
Quote shernazz 18-7-2024 05:04 PM
annehuda replied at 18-7-2024 11:54 AM
tp la kan, kalau komuniti berbahasa melayu kt Penang memang diorg pggl georgetown tu tanjung. kalau  ...

Patut la ada tajuk filem nana tanjung
Maknanya nana dok kat georgetown la ek
Quote arnauld 18-7-2024 05:24 PM
shernazz replied at 18-7-2024 05:04 PM
Patut la ada tajuk filem nana tanjung
Maknanya nana dok kat georgetown la ek

Org utara mmg panggil tanjung
Quote tripleid 18-7-2024 05:27 PM
Knp baru skrg?? ..sbb Dap??..masa GERAKAN jadi kajaan negeri berpuluh tahun dulu knp lobai sennyap??
Quote amyza 18-7-2024 05:28 PM
annehuda replied at 18-7-2024 11:54 AM
tp la kan, kalau komuniti berbahasa melayu kt Penang memang diorg pggl georgetown tu tanjung. kalau  ...

Laaa yeke. Jiran org penang kalau balik kg dia citer lah pi tanjung. I tak tanya lah, agak² dia pegi tanjung bungah kot mandi laut beach sana pun cantik².

Mana mau nye cina² tu tukar tanjung penaga, tanjung naga ok jugak lah. Naga kan org cina suka. Drama cina slalu sebut dewa naga/tuhan naga gitu.
Quote kemaruk 18-7-2024 05:31 PM
Dulu swronok baca majalah ujang tentang asal usul nama daerah/negeri

Contohnya kota kinabalu asalnya dua sahabat cina sedang bergurau baling2 batu di atas gunung.. baling2 tak kena tapi akhirnya kena juga lalu mereka jerit "balu kina, balu kina" akhirnya gunung itu diberi nama kinabalu
Quote ifanonline 18-7-2024 05:40 PM
antara tempat2 yg wajib ditukar nama adalah

1. Port Dickson, NS
2. Georgetown, PP
3. Butterworth, PP
4. Templar Park, Selangor
5. Cameron Highlands, Pahang

amacam melayu? ada bran?
Quote shernazz 18-7-2024 05:46 PM
arnauld replied at 18-7-2024 05:24 PM
Org utara mmg panggil tanjung

Ooo begitu..
Baru iols tau..hehe
Quote miss_white 18-7-2024 05:52 PM
Tak mahu kalu pergi pindah duduk indon sana
Quote MissYouSayang 18-7-2024 06:25 PM
Nama Georgetown pon bunyi cam paria je.. elok la tu tukar..
Quote noell 18-7-2024 06:30 PM
bangnon pasti bangga kampung kelahiran dia kekal dgn nama cherok tokun

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.108659 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top