CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua MP mesti jalani pemeriksaaan kesihatan sebelum 11 Nov - Johari Abdul

18-7-2024 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26428| Komen: 11



Semua ahli diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.

Katanya ahli parlimen yang gagal berbuat demikian akan dipaparkan nama masing-masing pada laman sesawang parlimen.

“Sehubungan itu, tanpa pengecualian, surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu telah diedarkan kepada ahli-ahli yang berhormat.

“Pemeriksaan kesihatan itu akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di kemudahan swasta,” katanya sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata pemeriksaan kesihatan yang serupa telah diadakan ke atas semua ahli parlimen pada tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya langkah itu sekali lagi dipersetujui KKM untuk diadakan tahun ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada KKM atas keprihatinan dan kerjasama diberikan.


“Pemeriksaan kesihatan itu sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan ahli-ahli yang berhormat pada peringkat awal seterusnya membolehkan langkah pencegahan segera diambil,” katanya.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangkit mencelah untuk mencadangkan supaya mana-mana ahli parlimen yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya.

Johari secara berseloroh pula berkata dia akan memastikan perkara itu berlaku dan akan memaklumkan cadangan itu kepada presiden parti politik.

- Bernama/Malaysiakini



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapirbiru 19-7-2024 10:09 AM
cek otak sekali..tgk mcm ramai yg tak waras
Quote Samerosie 19-7-2024 10:16 AM
Elok lah, patut yg pertama tu yg buat cerita telenovela dia dipujuk join kerajaan tu.  Ha tu memang sakit otak, kata dah tau dan tak mau, tapi duk datang juga jumpa orang tu.
Quote kemaruk 19-7-2024 10:31 AM
Ramai yang sakit sekarang
Quote Belibis 19-7-2024 11:15 AM
Pastikan 3 dos lengkap...jangan skip bosster sekali.
Quote copy_paste 19-7-2024 11:28 AM
yelah,asik prk je x sudah2 dari dulu lagi, setahun berapa kali prk,
sekali prk byk kot duit habis
Quote Purestteam1 19-7-2024 11:51 AM
kemaruk replied at 19-7-2024 10:31 AM
Ramai yang sakit sekarang

mana x sakit.. banyak makan sumpah org agaknya...
Quote cantthinkofany 19-7-2024 01:26 PM
tapirbiru replied at 19-7-2024 10:09 AM
cek otak sekali..tgk mcm ramai yg tak waras

ya betolllll....termasuk psikiatri test sekali....
Quote Tinot7 19-7-2024 01:40 PM
Deme nak cek apa?
Quote orenmango 19-7-2024 02:10 PM
Test kesihatan mental sekali
Quote MissYouSayang 19-7-2024 02:12 PM
Test hiv tu yg penting
Quote Firenzza 19-7-2024 08:07 PM
Wajibkan buat test polygraph sekali termasuk speaker, yg kantoi test tu sila letak jawatan, buat perabih duit rkyt lantik mp kaki penipu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076091 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top