BANGKOK – Mayat pesohor media sosial China yang hilang selama hampir dua minggu di Thailand ditemui, manakala seorang suspek warga China telah meninggalkan negara itu, demikian menurut akhbar tempatan seperti laporan saluran berita CNA semalam. Perkembangan itu berlaku ketika Thailand dan Filipina merekodkan sebilangan kes penculikan yang menggemparkan rakyat kedua-dua negara. Media tempatan memetik sumber polis Thai sebagai berkata, mayat berkenaan dipercayai ialah personaliti TikTok berumur 38 tahun, Yan Ruimin. Mangsa diculik semasa melawat Thailand sebagai pelancong. Ruimin tiba di Thailand dari Malaysia pada 26 Jun lalu. Dia dilaporkan hilang oleh rakannya pada 12 Julai lepas. Sebelum ini, Ruimin telah memberitahu tentang rancangannya untuk melawat Phuket di selatan Thailand, awal bulan ini.
Pada Sabtu lalu, pasukan forensik polis menemui mayat reput dan dikerat-kerat dipercayai Ruimin di Chachoengsao, sekitar 50 kilometer ke timur Bangkok. Sebuah pasukan mencari diketuai oleh timbalan ketua Biro Polis Metropolitan Thai(MPB), Noppasil Poolsawat menemui mayat itu di sebuah kawasan terpencil dekat taman perumahan Tambon Bang Phra, daerah Muang. Pasukan penyiasat sedang bekerjasama dengan unit forensik untuk melakukan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa, demikian menurut akhbar Bangkok Post. Polis juga mencari seorang suspek rakyat China dikenali sebagai Ma Qingyan Lelaki berumur 32 tahun itu memasuki Thailand dari Singapura pada 30 Jun lalu. Menurut media tempatan, suspek dipercayai bertemu dengan Ruimin pada 1 Julai lepas, hari mangsa dikatakan dibunuh sekitar Soi Sukhumvit 12 di pusat bandar Bangkok. – AGENSI Sumber : Kosmo |
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.
Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang ...
lanacondor replied at 17-7-2024 03:50 PM
Mn chuolz tepek la sini
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.
Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang ...
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.
Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang ...
ADVERTISEMENT