CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Naik Sendiri Jumpa Dengan Allah" - Lelaki Sebar Ajaran Sesat Di Tiktok ‘Live’, Siap Mengaku Naik Ke Langit Jumpa Allah

17-7-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33606| Komen: 30


Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih lagi ada segelintir pihak mengamalkan ajaran sesat yang jauh terpesong daripada agama Islam.

Apa yang menakutkan, golongan tersebut menyebarkan kefahaman tersebut kepada orang ramai sehingga ada yang percaya dan mengikutinya.

Jika sebelum ini, tular di media sosial mengenai ajaran sesat Si Hulk yang mendakwa Nabi Muhammad SAW merupakan Allah SWT.

Terbaharu, tular pula di media sosial satu rakaman siarang langsung (live) di TikTok seorang lelaki yang mendakwa telah naik ke langit dan bertemu dengan Allah SWT.

Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di akaun X @poxjaxx, lelaki terbabit turut mengakui kononnya dia ada berbual dengan Allah sebelum turun daripada langit dan bertemu pula dengan Malaikat Jibril yang menyamar sebagai orang tua.

“Saya turun (langit), saya berhenti ambil orang tua, Allah kata orang tua itu Malaikat Jibril yang menyamar sebagai orang tua.


“Lepas itu saya turun (langit), besoknya itu saya hubungi guru saya dan cerita, ‘semalam macam itu macam ini’, lepas itu dia cakap terima kasih kamu telah sampai apa yang kamu nak, kamu nak tahu siapa Imam Mahdi,” katanya.

Dakwa lelaki itu, Imam Mahdi merupakan Nabi Muhammad SAW yang akan bertukar nama ketika turun ke bumi di akhir zaman nanti.

Selain itu, dia turut mendakwa Imam Mahdi akan turun dahulu ke bumi dari langit sebelum turunnya Nabi Isa.

“Jadi peruntukan emas-emas di alam ghaib ini semua adalah untuk Imam al-Mahdi, siapa Imam Mahdi ini? Adalah Muhammad Rasulullah yang akan bergandingan dengan Nabi Isa,” katanya lagi.

Sesi live yang dibuat oleh lelaki terbabit di akaun TikTok miliknya telah meraih lebih 300 jumlah tontonan di mana rata-rata penonton mengecam dan tidak mempercayai ceritanya itu.


Sementara itu, di ruangan komen di X pula, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan cerita yang disampaikan oleh lelaki terbabit adalah mengarut dan seperti di bawah pengaruh dadah.

Malah, ada juga segelintir netizen yang meminta orang ramai agar melaporkan akaun TikTok milik lelaki tersebut agar ianya disekat.

Allahu mengarut dan terpesong betul cerita yang disampaikannya…



Sumber : Buzzkini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 17-7-2024 10:39 PM
ada plak pengikut... apa nk jadi
Quote edayildiz 17-7-2024 10:40 PM
yg mengikut pun bodoh
xkn la xde basic agama langsg dlm diri mereka
Quote shernazz 17-7-2024 10:41 PM
Tanya dia..jumpa ayah pin tak?
Quote sukacactus 17-7-2024 10:47 PM
Edited by sukacactus at 17-7-2024 10:52 PM

Dia mengarut sensorang lantak dia lah
Jgn ada plak yg bodoh jd pengikut nnt
Ckp mcm ada slang siam
Quote noor2 17-7-2024 10:59 PM
Dah la muka hodoh..bodoh..penipu + gila pulak tu lengkap pakej.
Quote ninja boy 17-7-2024 11:03 PM
Kerasukan jin kah,
Quote lightheaded67 17-7-2024 11:04 PM
mana maunye. gelojoh gini cepat le org pangkah.kalau nk ngumpul pengikut, cuba blaja ikut setan, pelan pelan halussssss agitu.
Quote _blackbird 17-7-2024 11:14 PM
Betul ke dia jumpa allah tu. Ntah2 jumpa ayah pin kot. Ayah pin je yg ada di langit - kata pengikut ayah pin


Saya berjumpa sendiri ayah ping di langit. Saya beramal kemudian masuk ke alam sebalik mata dia panggil. Alam barzah. Saya melalu madinah kemudian pergi ke mekah. Dari mekah saya naik ke atas saya bertemu sendiri dengan ayah ping di istana dia. Jadi saya tgk ayah pink ni kaki dia duduk dibawah bukik, lepah tuh, saya dok atah bukik, sedehkang saya tingok lagi tuh dio tinggey lagih dari bukik. Nak royak nya kelebiheh deh kebesarang den ketinggiang ayoh pink. Motip aku igt kata2 pengikut ayoh pink
Quote noor2 17-7-2024 11:21 PM
_blackbird replied at 17-7-2024 11:14 PM
Betul ke dia jumpa allah tu. Ntah2 jumpa ayah pin kot. Ayah pin je yg ada di langit - kata pengikut  ...

Ayah pin dah mati....yg dijumpa tu mesti syaitan atau halusinasi ..geng Acik  Syitah...ke apa nama perempuan yg pi syurga neraka tu..
Quote Cyempaka 17-7-2024 11:29 PM
Nape cakap macam mcm indon mix kedah?
Indon kontrak dok kedah lama kot..
Quote any42 17-7-2024 11:36 PM
Hrap xde la org yg buta agama pergi pcaya dgn mamat mental mcm ni. sat lg rmai pengikut lg galak mmyebar citer2 rekaan yg tpesong
Quote stroberi_80 18-7-2024 12:04 AM
Gilos aaihhh ... merapu
Quote Thunderclouds 18-7-2024 09:48 AM

It came down on 2 option

Screenshot_20240718_094513_edit_591968307630589.jpg
Quote ketambangkang 18-7-2024 11:04 AM
tak sehebat Wak dekat indon tu la..Wak tu guna telipon je ckp dgn Allah
Quote yenil95 18-7-2024 11:09 AM
Astaghfirullah..

hari tu ada yang claim tepon tuhan nak raya.
ni naik ke langit jumpa sendiri.

Yang lebih bodoh pengikut-pengikut dorang la.
Quote chinta89 18-7-2024 11:12 AM
korang kalau benda basic pun menyimpang, sah la ajaran sesat.
Quote mrsLucky 18-7-2024 05:05 PM
cray cray
Quote fazzrules 18-7-2024 05:15 PM
Ni gam yg prototaip ni, belum ada dlm market dia p balun..lain mcm level high dia
Quote batmana 18-7-2024 05:50 PM
dia saje nk marketing baju levi's dia ni..haha

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.223369 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top