CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Varian Baharu Durian ‘Kayangan’, Tupai King Dijual Pada Harga RM1,000

17-7-2024 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23541| Komen: 28



Di antara durian-durian terkenal seperti Musang King, Black Thorn, dan D24, ada satu lagi varian atau jenis raja buah yang mungkin tidak begitu dikenal, durian Tupai King.

Durian Tupai King, atau juga dikenali sebagai D214, kini menjadi perhatian peminat raja di Malaysia.

Menurut Brian Ong di laman Facebook Buza Biz, seorang penjual durian dari Pulau Pinang, varian Durian Tupai King biasanya memiliki berat sekitar 3kg dan dijual dengan harga antara RM600 hingga RM1,000 bergantung kepada keadaan dan kesegarannya.

“Durian tupai 226 atau tupai king kini dikatakan menjadi buah taruhan pemilik kebun atau pengusaha durian sehingga mampu dijual antara RM600 hingga RM1,000 sebiji dengan berat sekitar 3 kilogram kepada penggemarnya.

“Ini disebabkan raja buah itu amat sukar ditemui di pasaran tempatan selain dikatakan kurang menjadi pada musim kali ini,” katanya.


Durian Tupai King bukanlah durian yang mudah untuk diperolehi  di pasaran Malaysia.


Produksinya tidak sebanyak jenis durian lain seperti Musang King atau D24.

Produksi yang terbatas membuatkan jenis ini antara yang susah untuk diperoleh dan menjadi antara yang dicari oleh para kolektor durian.

Brian juga memberikan beberapa tips kepada para penggemar durian untuk mengenal pasti Durian Tupai King yang asli.

Daging durian ini kebanyakannya berwarna kuning dengan sedikit hijau, dan sangat berlemak.

Aromanya cukup pekat seperti Musang King namun sedikit pahit.

Di Pulau Pinang, Durian Tupai King telah didaftarkan secara rasmi pada Februari 2024 sebagai satu lagi jenis durian yang dijangka mampu menyaingi populariti Musang King.

Sumber : The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 17-7-2024 01:26 PM
Harga makin mengarut, lantak la bukan duit aku pun kan..
Quote Gunama 17-7-2024 01:47 PM
Produksi yang terbatas membuatkan jenis ini antara yang susah untuk diperoleh dan menjadi antara yang dicari oleh para kolektor durian.

Collector? Collect nk watpe?
Quote nisako 17-7-2024 02:01 PM
tupai la pulak......
Quote IzzahF 17-7-2024 02:04 PM
mcm mana boleh terhasil varian2 baru ni ya? mcm2 nama di bagi tp rasa durian la jugak kan? takde la rasa tupai
Quote sayurmayur88 17-7-2024 03:58 PM
hahahaha, harga durin ni takde kawalan kan?
iolls untong, ada dua batang pokok durian, musim jer, boleh melantak sepuasnya, lebihan buat jadi tempoyak.
alhamdulillah
Quote KakRumiMenari 17-7-2024 04:09 PM
Woww.. kalau ada duit terlebih tu why not kan buat raso2 masa tgh musim ni..
Quote Tiggybiru 17-7-2024 04:14 PM
Okay2 p juai kat jepun tau
Konfirm laku
Iols support
Quote kemaruk 17-7-2024 04:19 PM
Dejavu

Macam pernah komen kat thread nih tapi... hmmm..

Mainan perasaan bangkem je kot
Quote dua_chzy 17-7-2024 04:23 PM
Macam2 la jenis. Padahal lebih kurang je rasa. Macam kek Sarawak juga. Har. Yang kuning gitu musti isi lemak manis hado pahit2 siked.
Quote dua_chzy 17-7-2024 04:26 PM
Boikot durian overpriced ngan overhyped.

Baik makan durian hutan @ sukang Borneo. Rega ok affordable (walaupun lagik mahal dari 30 tahun dulu). Sedap pon sedap.

1000107323.jpg

1000107324.jpg

1000107325.jpg



Quote noor2 17-7-2024 04:31 PM
Baru lepas beli durian RM100 dlm 20 biji..D24 dan doyan kg yg baru luruh dari kawan baik yg ada kebun doyan dlm 100 pokok ...
Quote aechae 17-7-2024 05:16 PM
sayurmayur88 replied at 17-7-2024 03:58 PM
hahahaha, harga durin ni takde kawalan kan?
iolls untong, ada dua batang pokok durian, musim jer, bo ...

Saje nk tau...klu sebatang pokok tu hasil buah nya byk mna sekali musim?
Quote otai_g 17-7-2024 05:18 PM
Order kat china je srh buat durian tiruan. Murah
Quote Rogue98 17-7-2024 05:23 PM
Dulu kita mkn durian kampung murah n sedap jer. Masuk cina terus jadi mahal. Habis tanah kat Pahang tu diaorang nak conquer tanam durian harga yahudi.
Quote Sazreena 17-7-2024 05:58 PM
Abis sedap pun kat tekak je...pastu sendiri mau ingat la. Just for the experience? Go ahead kalau mampu.
Quote edayildiz 17-7-2024 05:59 PM
nk makan duyan..dh dua thn xmkn
Quote bungarose 17-7-2024 06:41 PM
Rase dia bey overtake blackthorn or MK ker ? Anyone?
Quote TeropongThaico 17-7-2024 07:35 PM
Engko letak le nama tah hapa2 harga kayangan mcm mana pun tetap aiol suka durian kampung yg ashli isi tebal biji asal ada
Quote TeropongThaico 17-7-2024 07:39 PM
dua_chzy replied at 17-7-2024 04:26 PM
Boikot durian overpriced ngan overhyped.

Baik makan durian hutan @ sukang Borneo. Rega ok afford ...

Ya ampun... tersandar celah batu sambil berendam dlm sungai aiol mkn durian hutan 2 biji tu hari. Dah bertahun dah tp memorinya kekal sampai skrg. Nnt ada rezeki nak gi carilah harap ada nnt

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.294550 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top