CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Terkejut Lihat ‘Selipar Jepun’ Jadi Trend Di Arab Saudi, Dijual Pada Harga RM5,600

17-7-2024 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14958| Komen: 10


Selipar Jepun sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kerana sudah dipakai sejak sekian lama. Malah, selipar ini menjadi pilihan ramai kerana mudah dipakai, tahan lasak dan murah.

Lebih menggamit memori, apabila selipar ini dianggap terlalu ‘Overpowered’ sehinggakan terpaksa dihalang daripada digunakan di dalam permainan tuju selipar sewaktu kita kecil dulu.

Namun berbeza buat negara di Timur Tengah iaitu Arab Saudi apabila meletakkan selipar Jepun ini sebagai satu fesyen pula dan djual pada tanda harga yang cukup mahal.



Di dalam video yang tular di media sosial, seorang individu yang dipercayai jurujual sedang mempromosi sandal berupa selipar Jepun kepada pelanggan.


Selipar jepun itu turut didatangkan dengan padanan tali getah dan tapak berbagai warna termasuklah warna ikonik berwarna biru. Jurujual juga dilihat mempamerkan tahap fleksibiliti dan ketahanan selipar itu walaupun sudah dilipat dengan kuat.

Difahamkan selipar ini sedang menjadi trend di negara itu dan sedia dijual pada harga setinggi RM5,610. Dengan tanda harga sebegitu mahal, ia menjadikan sesiapa yang memilikinya sudah pasti datang dari golongan bangsawan ataupun T20 di negara itu.

Tidak seperti di Malaysia, selipar ini boleh didapatkan pada harga murah dan disedekahkan sahaja untuk kegunaan masjid kebiasaannya.


Menjengah ke ruangan komentar, netizen meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan selipar jepun yang menjadi trend di Arab Saudi malahan dijual pada harga yang cukup mahal.



Ramai berseloroh mahu menjadi supplier kepada negara itu selepas mengetahui ada permintaan dengan harga yang tidak masuk akal.

Sumber ; The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 17-7-2024 11:20 AM
Jap, mende ni bukan dah lama ke.
Nape baru nk up balik?
Quote ibnur 17-7-2024 11:24 AM
aku nak jual 80% discount
Quote nw111 17-7-2024 11:30 AM
Selipar jepun bata warna biru putih paling sedap pakai..ada lagi ke skrg
Quote akaisora 17-7-2024 11:32 AM
selipar ni main tuju kasut sedap kalau kena tengah belakang.sedap dipakai,sedap jugak dibaling kat org
Quote P.E.K.K.A 17-7-2024 11:36 AM
Kat rumah iols ada sepasang,klu nak pm tepi.Harga boleh runding
Quote hokeypokey 17-7-2024 01:29 PM
ni brand mahal harga pun yahudi ler.. nk perabeh duit pak arab
Quote sayurmayur88 17-7-2024 04:02 PM
selipar jepun legend ni best sebab padat dan berat, pastu pijak pon lembut rasa..
hahahaha kayangan kat negara ereb
Quote kakikuDibibirmu 17-7-2024 04:52 PM
Buat apa lah pakai selipar Jepun, bukan kah lebih baik pakai capal Nabi?
Quote hyie 17-7-2024 04:57 PM
maybe yang ni ala2 selipar skechers kot
Quote Samerosie 17-7-2024 09:58 PM
Wreb moms and slippers.  Innalillah anak2 erebs. https://www.facebook.com/share/v ... XF/?mibextid=w8EBqM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063109 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top