CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti atlet yang bawa pulang emas Olimpik

16-7-2024 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25676| Komen: 10


Pangsapuri servis mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam, Selangor menanti atlet negara pertama memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.

Beliau juga mengumumkan penajaan peribadi berjumlah RM1 juta daripada Pengerusi Eksekutif Senheng New Retail Bhd (Senheng) Lim Kim Heng kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie yang pernah berada di bawah Program Bakat Badminton SS dari 2012 hingga 2016.

Sekiranya ada lebih daripada satu pemenang, wang tunai berkenaan akan dikongsikan sama rata antara mereka.

“Emas Olimpik adalah kebanggaan Malaysia. Jadi inilah platform untuk sektor swasta memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila membawa pulang emas,” katanya pada sidang media mengumumkan insentif penajaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau berkata ada beberapa lagi penaja telah menghubungi Jawatankuasa RTG dan kini menguruskan dokumen guaman bagi memastikan komitmen tawaran insentif itu jelas dan sahih.

Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000).

Atlet turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.

Bulan lepas, Chery Malaysia mengumumkan ganjaran berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada pemenang pingat Olimpik iaitu Tiggo 8 Pro untuk pemenang pingat emas, Omoda E5 untuk pemenang perak dengan Tiggo 7 Pro untuk pemenang pingat gangsa.

-Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 16-7-2024 11:36 PM
Pprt mana jadi hadiah tu
Quote Ciktiekus 17-7-2024 09:19 AM
kemaruk: Pprt mana jadi hadiah tu

Takkan ler chuoll..penhouse 1jt kott..tak tau la klo 1jt untuk total semua pangsapuri pemenang
Quote babyLON. 17-7-2024 09:32 AM
tak nak harap lebih. atlit malaysia selalunya choked di final.
Quote nisako 17-7-2024 09:57 AM
wowwwww
Quote Ytee 23-7-2024 01:20 PM
bestnye
Quote johan-adx 23-7-2024 02:30 PM
prospek emas nampak yg btul2 potensi dato azizul je
Quote missbigrockstar 23-7-2024 02:34 PM
Semoga ada emas pertama Malaysia pada temasya kali ni. Go go team Malaysia
Quote alesandra 23-7-2024 02:44 PM
Paralimpik xde ke atau x sama?kesian wehh ada double standard.seb baik baju kontinjen deyols lagi lawa dari olimpik yg hauk tu walau dah bertukar
Quote any42 23-7-2024 02:58 PM
Ooo. semoga mnjd pnyuntik semngat utk bt yg tbaik.
selamat berjuang bt para atlet negara
Quote jiwasemangat 23-7-2024 03:01 PM
Sejuta tu ambik duit sapa..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.070204 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top