CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa dimaksudkan bahaya oleh Pan Gon - Tunku Mahkota Ismail

16-7-2024 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28357| Komen: 43


KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mahu mengetahui apakah dimaksudkan bahaya yang diluahkan bekas pengendali negara, Kim Pan Gon.

Pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, jurulatih dari Korea Selatan itu seolah merahsiakan perkara sebenar di sebalik keputusan melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.

Kata Pan Gon, beliau tidak boleh berkongsi perkara sebenar kerana ia dianggap 'bahaya' dan ia hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kenyataan itu menarik perhatian Tunku Mahkota Ismail yang mahukan Pan-gon menerangkan lebih terperinci apa yang dimaksudnya bahaya itu.

"Apa susah. Pergi tanya dia (Kim Pan-gon) beramai ramai apa yang dia maksudkan "dangerous". Penyokong, Ahli politik dan pihak media.

"Tanya dia apa maksud dia "dangerous." Nyatakan dengan lebih spesifik. Takut kena tembak? takut kena culik? Kena sepak? Terus terang!"."@RimauXI Awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja. Jadi ini semua lagi satu ciptaan konspirasi teori," tulis Tunku Ismail.


Terdahulu, Pan-gon sah meletakkan jawatan selaku pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-7-2024 11:29 PM
Nak comment mcm2, tapi meols dah book PT session dgn abam gym. So meols takboleh lah, kalau tak pegi, or kena cancel session tu kan.
So meols diam jelah.
Quote hyie 16-7-2024 11:42 PM
heshe terasa ke apa nyeh? meols baru tahu maksud topui = gemuk dan pendek. Ada terbaca kat mana tah haritu..
Quote Sazreena 17-7-2024 06:04 AM
Ytjt..hmmmmmm...
Quote azurro 17-7-2024 06:09 AM
Mcm ada sesuatu tak kena antara tmj dngn pan gon. Ada pan gon mention tmj ke, knapa tmj meroyan lain mcm je. Sam ting rong lah...
Quote _blackbird 17-7-2024 07:40 AM
Awat bitter sgt jantan sorg ni?
Quote _blackbird 17-7-2024 07:41 AM
Mohon ban sehingga akhir waktu keturunan lanun dari terlibat dlm sukan negara
Quote Thunderclouds 17-7-2024 08:32 AM
Pada pendapat saya lah, ini hanya sekadar pendapat jer.. Pendapat yang saya bagi ini bukanlah pendapat yang terbaik, mungkin ada pendapat yang lebih baik, saya hanya sekadar memberi pendapat jer.. Macam ni lah.... Mungkin pendapat saya tak sama dengan pendapat orang lain atau tidak sependapat. Tetapi saya berharap pendapat saya boleh diterima.. Walau ini baru pertama kali saya memberi pendapat dan minta maaf kalau saya salah bagi pendapat.. Disini saya ingin memberi pendapat, Pendapat ni bukan memaksa tapi sekadar pendapat sahaja untuk umum. Dan kalau ada yang tersilap dan kasar ke tentang pendapat saya,saya minta maaf dan itu sahaja yang mampu berikan pendapat saya....Begini lah saya punya pendapat.
Koh... Koh.. Kohh
Quote BoongaKertas 17-7-2024 08:36 AM
hyie replied at 16-7-2024 03:42 PM
heshe terasa ke apa nyeh? meols baru tahu maksud topui = gemuk dan pendek. Ada terbaca kat mana tah  ...

br meols tahu today gak.
Quote KamikuP 17-7-2024 09:54 AM
pENDAPAT MEOLSS PULEK, SEMUA NEGERI JANAGN MAIN BOLA DAHBIAR JE STADIUM TU TEMPAT JADI PASAR malam atau pasar tani.

bIR JDT JE YG main bola dan peluk piala tiap2 season.. boleh?
Quote Fly_over 17-7-2024 09:57 AM
kenapa heols melompat ni nyah?
Quote stingerbumpy 17-7-2024 10:00 AM
KamikuP replied at 17-7-2024 09:54 AM
pENDAPAT MEOLSS PULEK, SEMUA NEGERI JANAGN MAIN BOLA DAHBIAR JE STADIUM TU TEMPAT JADI PASAR malam a ...

Kalau liga dibubarkhen, jdt nak layak ke ACL ELITE melalui saluran apa?

Quote fatimahmarkonah 17-7-2024 10:10 AM
hyie replied at 16-7-2024 11:42 PM
heshe terasa ke apa nyeh? meols baru tahu maksud topui = gemuk dan pendek. Ada terbaca kat mana tah  ...

Rasenye bahan cina
Quote KamikuP 17-7-2024 10:12 AM
stingerbumpy replied at 17-7-2024 02:00 AM
Kalau liga dibubarkhen, jdt nak layak ke ACL ELITE melalui saluran apa?

pANDAI2 le penaung dia nak buat camne.. bukan hal meolls.. ekekek
Quote stingerbumpy 17-7-2024 10:26 AM
KamikuP replied at 17-7-2024 10:12 AM
pANDAI2 le penaung dia nak buat camne.. bukan hal meolls.. ekekek

Penaung sedar ...as much as he can condemn team lain ttg isu gaji tak habis sudah...he cannot afford to have the league to be discontinued because that is the only route jdt can gain into acl elite by being the champion....faham kheunz?
Quote ifanonline 17-7-2024 10:29 AM
MACC perlu come down hard on FAM...dah jadi sarang taik dah
Quote babyLON. 17-7-2024 10:30 AM
duduk luar lebih baik drpd ke dalam.
Quote cm_vungtau 17-7-2024 10:58 AM
Edited by cm_vungtau at 17-7-2024 11:05 AM

Dia malas kot nak kerja kat Malaysia dah. Baik kerja kat Korea nun. Dapat gak masuk World Cup
Quote haruslah 17-7-2024 11:08 AM
Korang, jgn main social media
Baiiiii
Quote haruslah 17-7-2024 11:15 AM
KamikuP replied at 17-7-2024 09:54 AM
pENDAPAT MEOLSS PULEK, SEMUA NEGERI JANAGN MAIN BOLA DAHBIAR JE STADIUM TU TEMPAT JADI PASAR malam a ...

Bola MY dah nak lingkup pun
Byk team ade masalah gaji
Lepas satu, satu team sangkut gaji
Jgn sampai kena ben pipa jer lah

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081209 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top