CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesan burger ayam, dapat burger timun

16-7-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26382| Komen: 16


PETALING JAYA – Seorang wanita bengang apabila menerima tiga burger berisi sepotong timun dan mayonis dari sebuah restoran makanan segera.

Menurut perkongsian wanita itu di Facebook, dia memesan tiga burger keju yang sepatutnya mengandungi sekeping patti daging ayam di dalam setiap burger tersebut.

Bagaimanapun dia terkejut apabila mendapati burger yang diterima hanya mengandungi timun dan sedikit mayonis serta sos keju.

“Saya pesan tiga ‘cheesy burger’ untuk anak makan tapi yang sampai burger timun.

“Pekerja mana yang sediakan? Gurauan apakah ini? Permainan apakah ini? Walaupun saya dah ‘request refund’ dekat Shopee tapi tetap tak berpuas hati. Order sebab nak makan bukan sebab nak duit balik,” katanya.

Katanya, pesanan itu dibuat di salah satu cawangan restoran makanan segera berkenaan di Larkin, Johor.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut mempersoalkan kesilapan yang dibuat oleh pekerja restoran berkenaan.


“Dia ingat burger Malaysia agaknya, letak timun dan sambal,” seloroh Azim.

“Kalau saya kena begini, saya dah pergi balik ke kedai bawa semuanya dan tunjuk dekat ‘manager’ dan selesaikan semua di sana,” kata Wanie.

“Pekerjanya lupa kot, atau mula-mula mungkin orang lain buat lepas itu orang lain ambil alih itu yang jadi begitu. Sekadar andaian aku,” kata Amanda. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 17-7-2024 08:42 AM
t*X*s ke? iols nak ngadu gak, aritu beli set big breakfast dia bila sampai, rasa mcm makanan ayam. sbb telur hancur dia boleh dikira. hahaha! nak kata pecah2 telor tu dah sbbnya.
Quote Ciktiekus 17-7-2024 09:15 AM
Timun pon dah sama besar dgn daging burger..maybe pekerja tak perasan la tu..takde keje die nak pedajal org..
Quote dani-rox 17-7-2024 09:30 AM
ai kagum dgn thought process minah nih... takda nak pegi restoran tu utk buat aduan. dia cuma terfikir nak ambik gambar, upload gi internet. wahai netizen sekalian, tengok nih ai dpt beger timun.

Attention is one hell of a drug.
Quote babyLON. 17-7-2024 09:45 AM
pekerja lupa letak ayam?
Quote ifanonline 17-7-2024 09:47 AM
mesti pekerja melayu ni...takleh harap service melayu...banyak sangat makan taik bumiputra
Quote KamikuP 17-7-2024 09:58 AM
Mungkin pekerja tu kelam kabut nak memerut sampai lupa letak daging.. ekekek
Quote _kelly 17-7-2024 09:59 AM
BoongaKertas replied at 17-7-2024 08:42 AM
t*X*s ke? iols nak ngadu gak, aritu beli set big breakfast dia bila sampai, rasa mcm makanan ayam. s ...

marrybrown kebanggaan ummah terpaling
Quote BoongaKertas 17-7-2024 10:44 AM
_kelly replied at 17-7-2024 01:59 AM
marrybrown kebanggaan ummah terpaling

oh MB ke...ayam dia halussssss. pastu staffs outlet area rumah meols pemalas and kerek. nyampah. mentang2 org boikot mekdi, dia fefeeling mendunia plak. dia kena ingt netizen byk pilihan ayam grg skrg.
Quote vanilacup 17-7-2024 05:32 PM
Lebih baik dpt benjo dari jadi burger gini
Benjo memang kenyang walau 1 layer
Skrg dah ada benjo special dia tebal sikit
Quote dekmieDandy 17-7-2024 10:08 PM
mana dapat timun besar gabak gitu
Quote little_sis 17-7-2024 10:21 PM
Timun tu yg besar ke atau roti tu yg kecik.. dah sama besar je
Quote shernazz 17-7-2024 10:50 PM
Selalu fastfood letak lettuce kan..
Iols ada order dolu..mcd.kot..
Iols.kejar customer service tu sampai dapat..
Dan.manager.mcd tu siap call iols.banyak kali minta maaf..

Sebabnya

Iols.order sausage.mcmuffin with egg
Dapat egg je semua
Amukan.puaka lah aku
Siap dpt la 4.set cheeseburger sebab dah lepas waktu sarapan...
Quote Ytee 23-7-2024 01:25 PM
apa la meniaga camni
Quote green~tea 23-7-2024 01:30 PM
Burger vegetarian ovo lacto...

Len kali baca laa bebetul description yachhhhh



Quote green~tea 23-7-2024 01:31 PM
dekmieDandy replied at 17-7-2024 10:08 PM
mana dapat timun besar gabak gitu


Acik lesbians tersenyom bahagia
Quote missbigrockstar 23-7-2024 03:15 PM
dani-rox replied at 17-7-2024 09:30 AM
ai kagum dgn thought process minah nih... takda nak pegi restoran tu utk buat aduan. dia cuma terfik ...

Zaman sekarang, apa2 jadi, snap dulu, kasi viral.
Bongok jadinya dek media social, smart phone.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064065 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top