PETALING JAYA – Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mati dibunuh merupakan pelajar pintar graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Purata Gred Nilai (GPA) 4.0. Menerusi perkongsian Nur Farah Kartini di Facebooknya pada 30 Ogos 2023 yang dimuat naik dengan ketetapan umum, dia yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian turut merakamkan pengorbanan selama empat tahun kepada ibunya. “Bermulanya bab baharu. Alhamdulillah perjuangan empat tahun dah tamat. Banyak cabaran sepanjang tempoh pengajian ni, tapi alhamdulillah masih dikuatkan jiwa dan raga untuk bertahan. “Terima kasih juga untuk sahabat yang selalu ada disaat susah dan senang. ‘struggle’ nak siapkan ‘assignment’, laporan. “Lepas itu tidur berjemaah dekat ‘student lounge’ semata-mata nak siapkan kerja. Bila minit akhir semua gelabah baru nak buat sama-sama…biasa ya Jadi sekarang kita menuju jalan ke konvokesyen,” katanya pada hantaran itu.
Dia mengakhiri hantaran itu juga dengan menyebut ibunya yang dipanggil bonda. “Kepada bonda tersayang, anak bonda dah besar,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Binikamil replied at 16-7-2024 02:22 PM
Jap…4.0 tu bukan ke pngs hanya utk praktikal arwah..bukan keseluruhan pngk kan..entahla. Apapun mog ...
nysha replied at 16-7-2024 03:09 PM
Tu markah sem utk praktikum je..bukan overall pngk..mudah je dpt 4.0 tu kalau ko dtg mengajar hari2
Decaffeinated replied at 16-7-2024 03:01 PM
Kalau betul fakta ko ni semoga wartawan fake news ini mendapat peringatan dari langit dengan ditim ...
Binikamil: Jap…4.0 tu bukan ke pngs hany ...
ADVERTISEMENT