CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buli Siber: 'Perempuan muda itu isteri saya' - Kulasegaran

15-7-2024 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28029| Komen: 9


Kuala Lumpur: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran mendedahkan beliau turut menjadi mangsa buli siber secara tidak langsung apabila dituduh berhibur dengan seorang wanita muda.

Kulasegaran berkata, beliau dihentam teruk di TikTok kerana didakwa keluar dengan seorang wanita muda, sedangkan individu itu isterinya.

"Minggu ini saya balik, isteri saya memberi saya satu video yang dia dapat melalui TikTok. Saya pun terima. (Video ini) kata Kula dengan seorang perempuan muda, dia enjoy (berhibur).

"Dalam Bahasa Tamil dia kata, orang ini tak ikut umurnya. Macam mana dia boleh dengan perempuan muda, tak malu, macam-macam dia kata. Hentam cukup-cukup. Tapi dia tak tahu, perempuan muda itu isteri saya.

"Saya dapat puluhan (mesej di) TikTok yang dihantar kepada saya, anda harus berhati-hati Kula kerana orang akan tahu anda bersama siapa. Macam mana saya nak jawab? Secara tidak langsung ia buli siber," katanya semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.


Mengulas lanjut, Kulasegaran juga bersetuju supaya kesalahan buli siber diambil tindakan tegas termasuk membabitkan kes pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau dikenali sebagai Esha yang meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber.

"Ahli politik ada ketahanan tinggi tapi masam kes Rajeswary, sangat tidak adil. Saya harap mereka (polis) menyiasat sedalam-dalamnya.

"Ada prosedur tertentu polis boleh ambil ambil tindakan tegas," katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan sedang memperhalusi cadangan mewujudkan dasar membabitkan peruntukan khusus mengenai buli siber.

"Pandangan semua pihak termasuk ahli akademik akan dipertimbangkan ke arah pengwujudan peruntukan kesalahan khusus tentang buli siber yang kian menjadi-jadi," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-7-2024 11:20 PM
Muda tu umur berapa?


Quote Purplehaz 16-7-2024 12:36 AM
Perempuan muda isteri dia ? atau isteri muda dia..bini muda?? Entahlah hahaaha
Quote BoongaKertas 16-7-2024 08:37 AM
news ni td memula buatkan iols ingtkan heols kawen 2 yach.
Quote BoongaKertas 16-7-2024 08:38 AM
jap, iols google. wife dia x nampak muda pun?
Quote grouper 16-7-2024 08:44 AM
Org india ada poligami?
Quote supernaturalee 16-7-2024 10:57 AM
BoongaKertas replied at 16-7-2024 08:38 AM
jap, iols google. wife dia x nampak muda pun?

delulu maybe



Quote Mary_jane 16-7-2024 11:06 AM
Asal ada modal je kan orang nak mengata. Toksik betul.
Quote BoongaKertas 16-7-2024 11:50 AM

hahaha! ini deep
Quote Ytee 16-7-2024 03:56 PM
grouper: Org india ada poligami?
mcm tak je

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049286 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top