CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar akan jumpa keluarga Beng Hock

15-7-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27442| Komen: 2



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjumpa keluarga mendiang Teoh Beng Hock, bekas Setiausaha Politik EXCO Selangor daripada DAP yang meninggal dunia dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.

Perdana Menteri juga memberi jaminan, akan meneliti tuntutan yang terkandung dalam memorandum yang mahu diserahkan kepada beliau di Parlimen, pagi tadi.

Merujuk insiden ahli keluarga mendiang dan sekumpulan aktivis menuntut keadilan atas kematian Beng Hock yang disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen, Anwar berkata, beliau mengambil maklum kejadian berkenaan.

"Saya ambil maklum insiden yang berlaku di luar Parlimen hari ini melibatkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock. Saya beri jaminan akan berjumpa mereka dalam masa terdekat dan meneliti memorandum tuntutan," menurut Perdana Menteri di platform X.

Beng Hock yang juga saksi SPRM, ditemui mati dan asalnya dipercayai jatuh dari bangunan sebelum Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kes itu pada 2011 memutuskan kematiannya kerana membunuh diri berikutan siasatan yang dijalankan SPRM.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ytee 16-7-2024 03:59 PM
lama betul kes ni
Quote clueless_gamer 16-7-2024 06:01 PM
mendiang ni antara modal politk fitnah geng politaik.. sama mcm altantuya dgn segala mcm lagi yg tak masuk akal.. purely character assassinations  

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.025384 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top