CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Diliwat Kenalan Gimnasium, Terdapat Kesan Koyakan Pada Dubur : Polis Berjaya Tahan Suspek

12-7-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 61568| Komen: 6



Petaling Jaya: Seorang lelaki ditahan berhubung kes liwat lelaki warga asing di sebuah kondominium, di sini, pada 4 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ipoh, Perak, jam 11.45 pagi tadi.

"Tangkapan terhadap suspek dibuat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Suspek dibawa balik ke IPD Petaling Jaya dan akan memohon reman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah diliwat di sebuah kondominium, di sini, pada 4 Julai lalu.

Shahrulnizam dipetik berkata, mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.


Katanya, suspek bertindak membuka pakaian mangsa, mencabul dan meliwat mangsa sebaik tiba di rumah berkenaan.

Menurutnya, mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenekjiwang 12-7-2024 10:23 PM
Seramm nokk
Quote pooh~key 12-7-2024 10:43 PM
Tak mahu reveal gambar suspek ke dekkkkk? Herlok ke idokkkk dek?
Quote AKAZ85 14-7-2024 05:15 PM
Adoii.. Abis jubo rabak
Quote BoongaKertas 16-7-2024 12:01 PM
pooh~key replied at 12-7-2024 02:43 PM
Tak mahu reveal gambar suspek ke dekkkkk? Herlok ke idokkkk dek?

iols tergelak baca komen ni
Quote BoongaKertas 16-7-2024 12:01 PM
lelaki ke perempuan ke, skrg mmg bahaya lah.
Quote selipar_hijau 16-7-2024 12:42 PM
Ke sebab tak taste gi buat repot?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.027299 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top