Seorang suami menangis saat menangkap isterinya tanpa seurat benang dengan kekasih gelap dalam sebuah bilik di Mojokerto, Jawa Timur Indonesia. Memetik laporan Detik.com, si suami bersama lima orang rakan nekad mencari isteri selepas melihat isterinya keluar dengan lelaki lain menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Difahamkan, si suami mengesyaki ada yang tidak kena dengan isterinya sejak Mac baru-baru ini. Isterinya kerap bercerita dan memuji kebaikan rakan sekerja menyebabkan si suami berasa curiga. Sejak dari itu, suami mula memantau pergerakan isteri dan meletakkan GPS di motosikal. Isterinya dilihat sering ke sebuah perumahan di daerah itu ketika waktu rehat sehinggalah dia ditangkap berbogel dengan seorang lelaki. Saat ditangkap, skandal si isteri sempat bergelut kerana mahu melarikan diri sementara si suami hanya mampu menangis melihat isterinya dalam keadaan bogel. Jelasnya, rumahtangga yang dibina sejak 12 tahun lalu musnah hanya disebabkan si isteri kurang perhatian. Difahamkan, pasangan ini kedua-duanya bekerja dan mereka tiada masalah dari segi kewangan. Sumber : OhMedia |
ultra78 replied at 11-7-2024 03:26 PM
Masalah dengan setiap posting wartawan cari adalah tiada tagging tempatan atau dunia di page depan.
Jitu replied at 12-7-2024 07:01 AM
harap wartwan cari amik cakna dgn setiap komplen daripada forumer2 cari
kami sangat tidak suka kis ...
Lily_Elizabeth_ replied at 11-7-2024 11:24 PM
Apahal kisah indon masuk sini???
ADVERTISEMENT