CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Greece Jadi Negara Pertama Perkenalkan Kerja Enam Hari Seminggu

11-7-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23322| Komen: 28




Melalui laporan UPI, Greece menjadi negara pertama yang perkenalkan kerja enam hari seminggu bagi meningkatkan produktiviti pekerja.

Undang-undang yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai lalu membolehkan perniaga swasta yang beroperasi selama 24 jam memberi pilihan kepada pekerja untuk bekerja lebih sehari ataupun tambahan dua jam setiap hari.

Susulan tambahan hari bekerja, gaji para pekerja difahamkan akan meningkat sebanyak 40 peratus.

Namun begitu, peraturan baru itu telah mendapat tentangan yang hebat daripada kesatuan-kesatuan sekerja negara terbabit.

Menurut Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, undang-undang tersebut bersifat ‘mesra pekerja’ dan ia juga boleh membolehkan pekerja mendapat gaji yang setimpal.

Difahamkan dari laporan Eurostat, pekerja di Greece sudahpun bekerja selama 41 jam seminggu dan juga menjadi tempat yang paling lama bekerja di Eropah.


SUMBER : UPI/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 11-7-2024 11:21 PM
Byr gaji cantik. Kje 30 hari Pon sanggup.
Quote sharlenetexas 11-7-2024 11:24 PM
Macam Malaysia dulu dulu tapi 5 1/2 hari.
Masa kat site dulu kerja 13 hari dalam masa dua minggu.


Quote Kancilkering 12-7-2024 07:35 AM
kerja lelama banyak bayar cukai saje….
Quote MissYouSayang 12-7-2024 07:38 AM
X lama lagi kena guling le teww
Quote pokokmeranti 12-7-2024 07:43 AM
org nak kurangkan waktu kerja supaya kehidupan seimbang tapi dia nak naikkan darah rakyatnya sendiri.
Quote malarky 12-7-2024 09:01 AM
sharlenetexas replied at 11-7-2024 11:24 PM
Macam Malaysia dulu dulu tapi 5 1/2 hari.
Masa kat site dulu kerja 13 hari dalam masa dua minggu.

11 hari la, 5 1/2 hari seminggu kali 2 dapat 11 hari out of 14 hari
Quote shark_eow7 12-7-2024 09:10 AM
waktu bekerja naik, gaji naik. gaya majikan malaysia ni, masa bekerja naik gaji tak nak naik..
Quote Gunama 12-7-2024 09:29 AM
Lantak ko la labu. Mana yg baik tuk org2 ko, buat je asal x ko x sakau masuk poket ko ngan kroni2 ko sudehhhh
Quote IzzahF 12-7-2024 09:31 AM
boleh je tp naikkan la gaji, OT pun biar berpatutan. bukan mcm kat malaysia ni, tiap tahun majikan declare rugi memanjang. sbb tanak bayar tax, tanak naikkan gaji tanak bg bonus. amin kan aje yg mana2 declare rugi tu biar melingkup cpt
Quote plywood 12-7-2024 09:43 AM
dulu tempat kerja lama 7 hari seminggu 5.00 am sampai 9.00 pm kecuali hari minggu sampa 12.00 pm
Quote supernaturalee 12-7-2024 09:51 AM
tmbhn lg 1 hr bekerja dgn 40% kenaikan gaji
sounds fair la

Quote intan_smsb 12-7-2024 10:01 AM
keje 4 hari lah 3 hari cuti
Quote KamikuP 12-7-2024 10:01 AM
mEOLLS Aaaminkan.. moga doa cuolls terpalit juga kat tempat meolls keje
Quote KamikuP 12-7-2024 10:03 AM
IzzahF replied at 12-7-2024 01:31 AM
boleh je tp naikkan la gaji, OT pun biar berpatutan. bukan mcm kat malaysia ni, tiap tahun majikan d ...

mEOLLS Aaaminkan.. moga doa cuolls terpalit juga kat tempat meolls keje
Quote edayildiz 12-7-2024 10:14 AM
penatnya org greece nnti..5 hari pun dh mls
hari isnin mesti xde mood..nsb rini dah hari jumaat..kjp je rasa..tp pg pg berperang ngn hati nk masuk ofis..kdg i xmasuk ofis..online kt zus dr pg sampai  2 atau 3..
balik smbg kt umah..
wiken ni nk rest puas puas..satu bdn sakit sbb asyik workout je.
Quote mejaputih 12-7-2024 10:16 AM
sekolah pun 6 hari ke?
Quote lo_la 12-7-2024 10:29 AM
Kalau ada work-life balance ok je kot.
Nanti kita tgk survey stress level rakyat greece in the next 3 years
Quote damsel_fiji 12-7-2024 10:36 AM
tak bestnya..dorg x baik kampung ke bercuti bagai???
Quote krustykrab 12-7-2024 10:39 AM
Lepas tu bising

- rakyat tak nak beranak. Negara jadi negara tua
- kadar bunuh diri meningkat
- parents tak ada masa untuk anak2

Ko nak apa sebenarnya sethonnnn

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.074667 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top